Thursday, March 19

.. Pening2 ..

Ntahlah kenapa... 2,3 hari nie aku rasa macam tak puas hati dengan diri aku sendiri. Aku rasa macam banyak sangat benda nak buat. Tapi bila buat, rasa macam tak siap-siap......

Bila aku renung balik, dah banyak yang siap sebenarnya.. Aku je kot yang rasa tertekan dengan perasaan aku sendiri.. Sekarang nie, tinggal nak buat pendaftaran online SPM tu laa... Pening jugak, sebab kadang2 server LPM tak berapa bagus. Aku pernah bangun pukul 2 pagi just untuk melakukan online registration ni.. Penat, sebab si kecik tu kejap-kejap bangun nak menyusu... Tapi aku teruskan juga perjuangan demi tanggungjawabku...

Syukurlah, pada 16 Mac hari tu, walaupun sepatutnya cuti sekolah, sekolah mengadakan kursus Team Building. Ni laa antara kursus yang paling menarik yang pernah aku pergi. Ceramah diberikan oleh Prof Madya Tuan Syed Mohd Shafeq bin Syed Mansor, Ketua Klinik Kaunseling dan Psikoterapi Fakulti Pendidikan, UTM Skudai. Aku rasa tenang jugak sedikit sebanyak lepas habis course tu.. Emm, aku rasa kalau ada course stress management pun ok, sebab aku tak nafikan dalam menyelesaikan tugasan harian, kadang-kadang aku rasa stress...

Hehehe~ don't misunderstand me... It's not like I'm not happy with my job.. I DO love being a teacher, because it brings the best out of me... I love mingling with the students, and my colleagues here are MARVELLOUS!! Cuma sebagai manusia, kadang-kadang kita akan rasa tertekan dengan suasana di sekeliling kita. Bukan tiap-tiap hari pun... Kalau aku tak cukup tidur ke, atau kalau anak-anak murid aku buat hal ke...

Apa-apa pun, apa gunanya kehidupan tanpa cabaran. Kerana cabaran itulah yang akan mematangkan akal fikiran..

Tuesday, March 10

.. Kena tag lagi ..

Kali nie, aku kena tag ngan Angah Zulaika la plak
(my dear darling Hawa, jgn marah teacher ek? teacher nggak ngerti camne nak wat tag kamu itu. hehe~)

So, inilah dia hasil tag itu...

#1 describe 10 things about the person who tag u

1. Emm, aku rasa dialah sepupu aku yang paling ceria dalam dunia... Kerja dia asyik gelak jer...
2. Yang paling pandai kot setakat nie, sebab dialah bakal doktor.. Hebat, hebat...
3. Yang paling brutal pun dia gaks, sebab aku tak pernah dengar lagik mana2 sepupu aku yang drift kat corner, masuk gaung, then panjat balik tebing tu naik ke jalan raya... huhu~
4. Aku suka dia, sebab dia sporting sangat~ *wink*
5. Aku tak suka kalau dia blend kacang untuk dibuat kuah kacang.. sebab dia akan blend kacang tu sampai halus (tak rasa laa kacangnya ngah oii), sedangkan aku suka kalau lebih rasa kacangnya...
6. Punyai taste yang baik, sebab aku pernah order kain untuk dia beli dari Indonesia...Aku suka sgt pilihannya itu.. Mekasih!!
7. Jauh di sudut hati, aku tau yang aku dan dia mempunyai banyak persamaan sebab kitorang sama-sama Pisces..
8. Pandai wat kuih.. Aku ingat lagi (tapi tak ingat raya tahun bila) dia buat kuih chocolate cornflakes. Simple, tapi sedap!
9. Kalau dia tu lebih kurang sama macam aku (rujuk no 7), dia nie susah nak says no kat orang..
10. Seorang insan penyayang, yang tengah rindu kat ibu nya!! (Kata pak ngah, akal je tu, nak balik!! kui kui kui~)

#2 describe 10 things about you

1. Dilahirkan 28 tahun yang lalu di Klinik Sambhi, KL.
2. Mempunyai ayah dan ummi yang paling hebat di dunia, serta adik-adik yang sporting dan manja, suami yang amat penyayang (dan kuat merajuk, hehe) serta anak-anak yang amatlah manja dan aktif..
3. Seorang cikgu yang berdedikasi (chewah~) dan berkaliber (chewah lagi~) serta mampu mengajar apa sahaja subjek walaupun tak related dgn opsyen..
4. Agak berbangga dengan apa yang aku buat sekarang, sebab walaupun tak kaya, tapi aku bahagia dengan kejayaan anak-anak didikku...
5. Mempunyai mood yang cepat berubah-ubah..
6. Susah nak kata tidak kalau orang mintak tolong. Walhal kadang-kadang perkara itu akan buat aku susah..
7. Suka makan western food, esp speghetti bolognaise, chicken chop dan lamb chop. Setakat nie, lamb chop jer yang aku tak pandai masak sendiri lagi, yang lain dah pandai dah...
8. Aku rasa aku manja sebenarnya, tapi aku tak pandai nak tunjuk yang aku nie manja. Konon macam aku nie berdikari laa...
9. Suka melancong, so memang betullah kerjaya suamiku di travel agency.. Cuma ada kekangan dari segi masa je laa untuk pergi melencong, eh salah, melancong nie...
10. Sebenarnya suka sangat memasak, especially desserts. Tapi dah mula kurang rajin sebab suamiku tak suka makan desserts.. Huhu~

#3 at the end you need to choose people to be tagged and list their names.

1. Ngah (wargh kah kah kah)
2. Matt
3. Qusam
4. Siti Hawa Salip
5. Najat

Thursday, March 5

.. Backdated event 2 ..


26 Februari yang lalu, genaplah usiaku 28 tahun... Cepat sungguh masa berlalu.. Moga-moga pertambahan usiaku sejajar dengan bertambahnya amalanku, InsyaAllah...


Elok plak pada tarikh tu, aku ditugaskan untuk membawa 4 orang pelajar terpilih ke Seminar Pecutan Kognitif Sains SPM di SMK Air Tawar. Penceramah adalah Tuan Haji Hamzah, Guru Cemerlang Sains dari Terengganu. Tengah khusyuk mendengar ceramah, aku dapat call dari Kak Zuriati, memberitahu yang anak2 muridku nak wat surprise bawak kek ke bilik guru, tapi cari punya cari, aku tak ada. Huahuahua~ Kesian diorang. Lepas tu, si Widia call, and terpaksalah aku beritahu yang seminar hari tu sampai kul 4 ptg. Tak dapatlah aku balik makan kek...


Keesokannya hari, masa rehat anak-anak muridku itu pun datang dengan kek yang siap berlilin.. Rasanya, adalah dalam 10 org, Widia, Izzati, Aika, Atikah, Hidayah, Elias, Hafiz, Faiz.... Anyway, thanks anak-anakku sayang... Susah payah kalian akan sentiasa cikgu ingati...


.. Backdated event 1 ..

Kesian anak-anak muridku berpanas di tengah padang... Takpe, dah nak balik dah..

Tuan Pengetua ku, Encik Md Din bin Hussein tengah memberi ucapan
perasmian KOT SMK Laksamana


Aku terlupa betul nak update Hari Sukan Sekolah... Tahun 2009 nie, SMK Laksamana telah melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan kali yang ke-33 (tak salah aku laa) pada 19 Februari yang lalu. Bukan main lagi aku plan nak amek gambar banyak2, sekali tahun nie aku ditugaskan menjadi pencatat utk kategori P18, bersama Kak Safarizah (P13), Kak Norlida (P15), Puan Low (L13), Kak Akmar (L15) dan Kak Normala (L18). Ketua kitorang tidak lain tidak bukan Cik Tan yang menurut katanya dah 15 tahun bertugas sebagai pencatat. So, agak susahlah untuk aku meninggalkan kawasan tugasku kerana setiap result haruslah dicatatkan untuk menjadikannya keputusan rasmi.
Tahun nie aku taklah excited sgt sbb aku bukan lagi Pengurus pasukan yang perlu terjerit2 menyokong anak-anak murid rumah sukanku (WIRA) berlari. Dan tahun ini juga aku tak masuk acara larian untuk guru sbb baru dapat baby. So aku bersemangat menyokong dari meja pencatat je laa...

Tahun ini lebih baik dan semuanya berjalan lancar. Takde lagi berlaku insiden 'ngeri' yang melibatkan pak cik jual aiskrim (hehe~) macam tahun lepas... Harap tahun ini atlit-atlit SMKL dapat beat SMKB dalam kejohanan olahraga peringkat daerah...
Setelah 2 tahun berturut2 Pahlawan menjadi juara, kali ini giliran Panglima pulak menjuarai. Manakala Satria tetap maintain dengan kedudukannya.... Anyway, tahniah kepada semua yang telah bersusah payah dan menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini....

Tuesday, March 3

.. Happy Birthday Danial ..

Hari ini adalah hari bersejarah buat adikku yang paling kecik (kecik ker??)

Muhammad Danial Danish bin Zainal Abidin

kerana menyambut ulang tahunnya yang ke-11...

Selamat Hari Lahir Danial, Semoga Allah melimpahkan rahmatNya ke atas kahidupan Danial.
Jangan nakal-nakal, dan jadi anak yang soleh
Juga semoga dapat menjadi Pak Su yang berkaliber selama-lamanya...
Tak lah asyik kena buli dgn Eizzah Nur jek...
Nanti kena buli dengan Zikri pulak..
Kui kui kui~

Awal awal pagi lagi aku dah call Danial.. Dia tengah breakfast.. Maklumlah, kalau tak isi 'minyak' camne nak study smart, kan??

Aku siap offer nak bagi birthday present lagik. So tgh tunggu laa apa request dia tahun nie..

Tunggu ya Danial, Insya Allah dapat hadiah masa kita jumpa kat A Famosa hujung minggu ini...