Tuesday, April 28

.. Tak sabar ..

Aku tengah tak sabar nie...
Banyak sgt benda yg meng'excited'kan aku sekarang nie..
Antaranya...


1. My family is coming!!
Tak sabar sgt nak tunggu diorang sampai hari Jumaat nie. Aku dah rindu dgn diorang. Yang aku tau, ayah, ummi, ngah, qayyim dgn danial jer yg nak datang. Aku tak sure laa plak zaem, qusam and yi nak dtg tak. Cuma aku harap SEMUA dapat dtg, baru laa besh!!

2. Waiting for my new laptop!!
Baru nak survey jerk, tapi aku yakin aku akan dapat satu laptop baru dalam minggu nie jugak. Dah bosan pakai yang sekolah, mandom jer... Cepat ye bang, saya dah tak sabar nak tengok laptop baru saya nie.. Hehe...

3. Treasure Hunt!!
Aku tak sabar gaks nak tunggu Treasure Hunt esok, sbb kali nie aku yg bagi cadangan utk satu check point tuh. Aktiviti nie hands-on punya, bukan teori jerk... Apa laa cara budak-budak tu nak kerah otak diorang esok ek??? I'm waiting!! Treasure hunt nie sempena minggu Sains, Matematik, Teknologi dan Kerjaya.

4. Hari Jumaat!!
Nape yang aku tak sabar sgt tunggu hari Jumaat nih?? Sbb hari Jumaat nie cuti Hari Pekerja! Seronoknya dapat cuti straight tiga hari, setelah dua minggu berturut-turut Hari Sabtuku 'diganggu'... Hari tu sekolah ganti, last week jaga peksa MUET laa plaks (takpe, claim lebih RM100). Cuti!! Cuti!!

Yang paling tak sabar.....

5. Nie kat sekolah lagi nie, teman anak murid buat preparation bagi Pertandingan Persembahan Topik Sains utk minggu Sains,Matematik, Teknologi dan Kerjaya tu... So, tak sabar sangat sangat nak BALIK!!!!!


Monday, April 20

.. Kawad Kaki ..

Ustaz Khir memberi taklimat apa-apa yang patut pada bebudak nih
(sempat gaks posing, tak tahan betoi!)

Tengah bersabar tunggu giliran nak perform
(di dalam hati, Tuhan saja yang tau)




Pada hari Rabu 15 April yang lalu, telah berlangsung Pertandingan Kawad Kaki peringkat Daerah di SM Sains Bandar Penawar. Aku bawak team sekolah aku yang mewakili pasukan Pengakap Laut. Guru-guru pengiring yang lain ialah Ustaz Khir dan Cik Kavitha.

Pasukan ini dilatih oleh Ustaz Khir, serta latihannya mengambil masa dalam 1 minggu lebih sikit. Ada sekolah siap berlatih sampai 2 bulan, kau... Tapi aku tengok performance diorang ok sangat-sangat walaupun berlatih sekejap jer. Dengar ceritanya, kalah sebab accessories yang kurang sempurna di mata juri. Walhal bagi aku, kekurangan yang disebut tu macam small matter jer. Tapi, siapalah aku.... Bukannya pakar...

Dengan semangat diorang yang membara dan latihan yang sedikit serta pasukan yang bleh dikatakan juniors, diorang telah memberikan persembahan yang mengagumkan bagi aku yang tak tau hapa-hapa nih. Terer jugak anak-anak aku berkawad rupanya. Hasil daya usaha, dapat jugak laa no 4, ok laa tuh!

Takpe, tahun hadapan boleh cuba lagi. Semoga berjaya!!

Tuesday, April 14

.. Peksa weh!! ..

Jelas kelihatan Syukhaimi yang gila posing... ha ha..
Jawab peksa laa, bukan suruh posing...






Pelajar-pelajar 4 UKM yang tekun menjawab exam sampai
tak perasan aku amek gambar diorang...


Hari ni, Selasa 14 April 2009 hingga Khamis 16 April, berlangsunglah Ujian Formal 1 di sekolahku yang tercinta, SMK Laksamana Kota Tinggi...

Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk membuatkan pelajar2 berada dalam keadaan "berjaga-jaga" dalam mempersiapkan diri untuk menempuh Peperiksaan Pertengahan Tahun pada bulan Mei nanti.

Hari nie, aku dapat relief 4 UIAM untuk jaga paper English, dan rata-ratanya menjawab essay hanya satu muka surat sahaja. Untung sungguh Cikgu Vijaya Shankar, tak payah penat nak menanda... kuang kuang kuang....

Then untuk 2 masa terakhir, aku masuk laa kelas 4UKM, menjaga exam Sejarah. Hebat tau diorang, ada 40 soalan dan diberi masa sejam. Ramai yang buat dalam masa setengah jam je dah habis... Itu sama ada betul-betul terror(ist) atau diorang main tembak aje jawapan... (dah namanya terrorist, memang laa pandai menembak). Cikgu doakan korang berjaya laa yek??

Esok paper Bio, jangan main-main... Penat cikgu buat soalan tau. Jawab elok-elok... Tak lulus dapat 'hadiah' laa dari Cikgu..... Nak tau hadiah apa, cuba laa fail Paper Bio tuh....

.. Selamat Bertunang !! ..

Lama betul baru nak boleh wish, sibuk sangat nak suruh rahsia laa, hapa laa....

So to my dearest little sis,

Nur Zuraiha Harris Abidin binti Zainal Abidin
(aku tatau nama penuh encik fazil apa, hehe... sowie..)

Selamat Menempuh Alam Pertunangan

pada 4 April 2009

yang lalu...

Sorry, aku lambat sampai ke Serdang. Macam-macam hal..

Anyway congrats 2 both of you...

And I would like to compliment the cupcakes..

"Those were the GREATEST and TASTIEST cupcakes that I've ever tasted!!"

Yummy~


Friday, April 10

.. (^_^') ..

Aku tengah gabra menunggu...

Hari nie merupakan hari terakhir untuk pihak sekolah aku menghantar pendaftaran SPM secara online...

tapi kecoh betul laa budak2 Form 5 tahun nie...

Masuk sekolah tak bagitau aku dulu.. Last minute baru dapat detect ada budak baru. Pastu plak sekolah lamanya belum daftarkan dia, tak cakap dengan aku... Nasib baik sempat gaks aku daftarkan dia, kalau tak saja-saja je jadi calon cicir...

Corrections dah settle, budak-budak yang nak drop subject pun aku dah update... Harap-harap tak ada lagi laa sebarang masalah selepas aku send hari nie...


[Itu pasal dalam title tu aku berpeluh... Hehehe...]

"Ya Allah, berkatilah pekerjaan dan tugasanku ini..
Sesungguhnya aku telah pun berusaha sedaya upaya
untuk melakukan yang terbaik, namun segalanya adalah dengan izinMu jua.
Jauhkanlah aku dari dugaanMu yang tidak mampu aku tanggung,
namun ujilah aku agar aku sentiasa mengingatiMu ya Allah..."

.. Happy Birthday Ayah ..

Salam Panjang Umur dan Murah Rezeki aku [Yong yang Best], menantunya [En Salim], dan cucu-cucunya [Eizzah Nur Harris dan Eizz Zikri Harris] tujukan buat ayahandaku yang tercinta...

Zainal Abidin bin Idris

pada 5 April 2009 yang lalu.

Terkedu gaks aku bila tetiba ummi cakap
"korang bayangkan, patutnya ayah dah pencen dah hari nie" (sebabnya tahun 2009 ini menyaksikan ayahku selamat berusia 55 tahun, Alhamdulillah...)

Tapi kenapa ayah blom pencen lagi?
Sebab ayah sambung perkhidmatan sampai umur 58 laa... Lagi mau tanya....

Kenapa ayah sambung??
Ntah, aku rasa ayah boring kot dok kat umah.. Bukan ada apa yang nak dibuat pon... Kan ayah, kan???

Semoga Ayah sentiasa dirahmati Allah dan sihat selalu.

We LOVE you soooo much Ayah!!!

(Hadiah dah pakai?? Jangan main-main, hadiahnya Jam Seiko 5 yang berharga agak-agak gerun jugak kalau aku kena beli sorang2.. Nasib baik share adik beradik + ummi sekali join... Haa, korang jangan lupa plak bayar kat Ummi... Aku dah bayar dah sebelum balik Kota Tinggi ari tu...)