Saturday, June 27

..Dialog Aku..

Aku kat sekolah hari nie..


"Apa?? Sekolah?? Hari nie hari apa?"


Hari Sabtu laa, kenapa?


"Bukan hari Sabtu cuti ke?"


Dah nak buat macam mana, kena ganti cuti Hari Raya Puasa laa. Orang lain mana ada yang kena ganti, kan?


"Emm, macam tu ke.. Eh, ok laa tu. Lagipun cikgu kan banyak cuti..."


Ye ke banyak? Mana ko tau? Ko cikgu ke?


"Yelah, dah asal budak cuti, cikgu pun cuti. Lebih-lebih lagi cuti hujung tahun. Sebulan tu!!"


Ooo, cuti hujung tahun tu je laa yang orang nampak. Tapi ada tak korang nampak BEBAN tugas kitorang SEPANJANG tahun? Orang lain masuk pukul 9, balik kul 5. Mungkin dah tak ada apa yang dibawa pulang ke rumah. Tapi kitorang, banyak lagi tau. Buku nak ditanda, handouts nak dibuat, preparation untuk mengajar.


"Bukan sepanjang tahun, kan??"


Siapa kata? Tak berhenti-henti tau, start dari hujung tahun. Cuti nampak macam banyak. Tapi ada tak orang nampak kalau masa cuti tu kena pergi kursus ke, kena datang sekolah untuk siapkan kerja ke. Ramai sangat yang tumpul akal fikiran dengan tugas cikgu zaman sekarang, tapi nak cakap banyak, macam hebat sangat. Ada aje yang tak puas hati dengan cikgu. Kenapa? Ada masalah?


"Ntahlah, mungkin diorang rasa tugas cikgu nie senang. Banyak cuti"


Itu aje point yang korang nampak. Sebenarnya, para guru memang deserve cuti lama tu tau. Sebab kalau dihitung tugasan yang dibuat sepanjang tahun, cuti tu sebenarnya ruang untuk bernafas lega. Nak kena bagitau ke..


- Kamilah guru yang mengajar apa sahaja subjek yang diberi. Mungkin opsyen. Mungkin bukan. Ditambah lagi dengan nak menanda buku-buku latihan dan nota, membuat, menaip, meriso, mengstapler, menguruskan kertas periksa dan juga menanda kertas periksa itu.
- Kamilah guru yang menjadi orang gaji, nak memastikan kebersihan kelas.
- Kamilah guru yang menjadi kerani. Menguruskan sebarang urusan surat menyurat, borang-borang, fail-fail, buku rekod, buku penyata, borang disiplin dll.
- Kamilah guru yang menjadi ahli jawatankuasa untuk bermacam-macam acara tahunan di sekolah. So, kitorang boleh jadi tukang kebun, pakar PA sistem, interior designer, tukang sapu sampah, malah tukang masak dan tukang bancuh air juga.
- Yang paling penting, nak mendidik anak bangsa menjadi manusia berguna. Tapi kalau ada pihak yang tak boleh nak faham, nak sentuh anak dia pun melenting macam monyet termakan cili, macam mana nak didik?


"Ntah, tapi mungkin cikgu sekarang denda tak agak-agak. Sebab tu ibu bapa marah"


Ye ke? Zaman kita dahulu kita dididik macam tu la. Cikgu marah, rotan, cubit, ketuk ketampi. Tapi kebanyakannya jadi manusia. Aku tengok budak sekarang sentuh tak boleh. Kena nasihat secara berhemahlah, kena guna pendekatan kaunselinglah, tapi aku tengok banyak yang jadi beruk. Dulu-dulu mana ada mat rempit, bohsia, buang anak sesuka hati. Sekarang? Budi bahasa budak sekarang pun dah jatuh menyembah bumi. Kurang ajar sesuka hati. Bukan pada cikgu saja, malah pada mak bapak sendiri. Tak ada cikgu yang gila, nak marah anak murid sesuka hati. Mesti ada kesalahan, barulah dimarah.


"Habis tu, apa ko nak buat?"


Aku siapa? Apa yang aku boleh buat? Cuma aku geram je nak sarankan.. Kepada mak bapak yang tak percaya pada guru yang nak mendidik anak-anak mereka untuk menjadi insan berjaya, apa kata korang ambik anak korang tu bawak balik rumah, mengajar laa sendiri. Kan korang hebat, sampai apa cikgu buat semua tak betul. Ajar laa anak korang tu, tengok macam mana. Aku cabar orang yang sewenang-wenangnya mengutuk cikgu tu, try jadi cikgu seminggu. Baru tahu macam mana stressnya. Tapi kami ikhlas. Orang yang tak faham tapi nak mengutuk, kitorang boleh jawab "Pegi mampus laa, apa aku peduli."


Nota di kaki : Luahan hati sendiri. Tidak berkenaan dengan yang masih hidup atau yang telah mati. Ada kata pepatah, "Siapa makan cili, dialah yang rasa pedas" Tak payah laa nak marah-marah.

Monday, June 22

..Bersyukurlah dengan nikmat-Nya...

Aku ada keluarga aku sendiri. Yang amat aku cintai.



Aku ada ahli keluarga. Ummi, ayah, adik-adikku
(dari kiri: XXX dukung Zikri, Qusam, Ummi, Danial, Yi, Qayyim,
Ngah @ Aizuemi, aku, suamiku dukung Eizzah dan ayah) I love you all soooooo much!!!!!

Ummi dan ayah - Idolaku, my eternal love, my everything. Mmmuahhh!!

Anak-anakku Eizzah dan Zikri. Jadilah anak-anak soleh dan solehah.
Moga doamu pada mama dan abah menyinari kami di alam barzakh nanti, ye sayang??

Suamiku tersayang, Salim bin Ismail. Ku milikmu, rite?? ^_^

Kadang-kadang aku terfikir jugak..
Apa sebenarnya yang aku nak dalam hidup aku nie? Kadang-kadang aku rasa macam ada benda yang aku nak, tapi aku tak dapat. Aku nak apa yang orang lain ada.. Dan aku keluh kesah dengan perkara yang aku tak ada...

Contoh...
Aku nak rumah yang cantik, dan stylo, ala-ala di'interior design'kan oleh Eric Leong (Deko bersama Eric) tu..
Tapi aku tak dapat,sebab aku tak berani nak mengeluarkan belanja banyak-banyak pastu berisiko ditenggelamkan air (ya, rumah aku berada di kawasan banjir besar yang melanda Johor pada 2007 yang lalu. Dan rumah aku hanya kelihatan bumbung sahaja..)

Contoh lagi...
Aku nak pakai kereta besar, yang boleh memuatkan ahli keluarga aku yang berkebarangkalian untuk semakin bertambah nanti. Agaknyalah.. *naughty grin* Seriously, aku mengimpikan MPV berjenama dari Jepun, bukan setakat kereta sedan ataupun kereta kecik-kecik..
Tapi aku tak dapat, sebab masalah-masalah kewangan yang terpaksa aku hadapi implikasi dari banjir besar itu jugak. Kerosakan barang-barang rumah, tekanan dari pihak bank yang tak memahami (demn yu EON Bank) malah kereta yang 2 minggu berendam dalam air juga memaksimumkan perbelanjaan aku. Aku tak dapat claim insurans berbelas-belas ribu (rezeki selepas bencana) seperti yang diperolehi oleh kawan-kawan aku yang lain.Sebab? Ketika itu aku sekadar menyewa, bukan rumah aku sendiri lagi.

Contoh jugak...
Aku nak TV LCD 42" untuk menghiaskan ruang tamu rumahku yang bagi aku agak biasa-biasa itu. Aku tak dapat bayangkan seronoknya aku menonton TV besar gabak sampai jerawat pelakon-pelakon drama pun terserlah kelihatan (walaupun) di sebalik mekap 4 kaki yang dikenakan oleh mekap artist. Ahaha~
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah ada sebuah TV yang aku ambik dari Ummi masa zaman bujang (mekasih Ummi!!). Dan sebuah lagi yang telah aku dan suamiku kongsi beli semasa kitorang ingatkan TV yang Ummi bagi dah rosak (rupanya boleh baiki lagi. Dan kitorang baiki). Dah ada 2 TV tu, kalau nak beli jugak TV yang lain lagi, memang nak kena laa dengan suamiku itu!

Pun contoh...
Aku nak selangsing dan sekurus dulu. Ketika aku berada di zaman persekolahan dan zaman U. Aku rasa aku akan lebih selesa untuk menggayakan sebarang jenis pakaian. Sampai ada kawan lelaki (bukan kekasih, harap maklum) aku menamakan aku sebagai "Yong 36.5" dalam handphone-nya. Ya, berat aku adalah 36.5 kg pada masa itu. Dan tinggi aku 148 cm. Silalah kira BMI aku. Tapi masa itu, aku benar-benar mengalami inferiority complex pulak. Aku merasakan aku tak cantik untuk bergaya. Malah ada je warna pakaian yang aku rasa tak sesuai. Pada aku.
Tapi aku tak dapat, sebab aku dah beranak dua. Sedikit sebanyak (bukan sedikit tapi banyak!!) ada pertambahan pada figure aku. Tisu-tisu adipos aku semakin menambahkan stoknya. Jadi, aku merasakan figura aku semakin tidak comel. Pada aku.

Tapi kan...

Aku sedar, banyak yang aku ada, mungkin orang lain tak ada..

At least, aku ada rumah. Rumah aku, yang dibeli dengan loan kerajaan dan dibayar oleh aku, tiap-tiap bulan melalui potongan gaji aku. Ada tempat berteduh, tempat berlindung, tempat beramal, tempat bergelak ketawa, tempat menceriakan hari-hari aku dengan gelak tawa anak-anak, tempat bermanja dan bermesra bukan setakat dengan suami,malah dengan ahli keluarga yang datang. Tak kira dari Serdang atau dari Kemamang (ahaha~ nak bagi bunyi sama). Tempat kawan-kawan nak datang buat kerja atau saja-saja datang melawat. Tempat anak-anak murid nak datang bertanya, soalan apa nak masuk periksa cikgu? (Korang ingat cikgu ni Lembaga Peperiksaan ke?)
Alhamdulillah...

At least, aku ada kereta. Kereta aku, yang dibeli dengan loan bank dan dibayar oleh aku, tiap-tiap tiap bulan melalui potongan akaun bank aku. Boleh bawak balik kampung, boleh bawak pergi sekolah,boleh bawak pergi shopping, boleh bawak anak-anak pergi jalan-jalan, boleh bawak anak murid pergi sukan/kuiz/aktiviti lain, boleh racing..(hmm, point terakhir nie, ada SEORANG sahaja yang faham. Tapi bukan suami aku.)
Alhamdulillah...

Yang ketiga tu, malas nak hurai. Anggapkan sahaja syaitan memanggil-manggil aku untuk melakukan pembaziran. Nyah kau, setan!!! Zaman sekarang nie, membelilah secara bijak. "Inflasi sifar wawasan kita, harga berpatutan menawan ibu....blablabla" Sila rujuk iklan tepung susu Everyday zaman dulu-dulu...
Alhamdulillah...

Rupanya, aku je yang rasa aku lebih comel pada masa dulu itu. Pertemuan semula aku selepas hampir 4 tahun tidak berjumpa dengan sahabat yang amat aku sayangi (terima kasih Cik Sabariah Taib, SMK Rengit) menyedarkan aku bahawa aku telah diberi bentuk tubuh yang lebih baik dari sebelumnya. Aku tak kata menarik, aku kata baik. Susuk tubuh yang terlalu kurus dahulu menyebabkan aku sebenarnya kelihatan sakit-kata Saba. Aku benar-benar berharap aku tidak kelihatan anorexia dahulu. Malu seyh~ Sekarang, aku lebih yakin untuk bergaya. Kebaya singkat pun aku belasah. Hmm... aku lebih comel agaknya sekarang... Ahaha...
Alhamdulillah...

Moral of the story, bersyukurlah dengan apa yang telah Allah kurniakan pada kamu. Baik pada mata kita, tak semestinya baik pada mata orang lain. Lirik lagu favourite aku untuk kita renungkan bersama..


Apa yang ada, jarang disyukuri
Apa yang tiada, sering dirisaukan
Nikmat yang dikejar barukan terasa, bila hilang
Apa yang diburu, timbul rasa jemu, bila sudah di dalam genggaman...
(Kumpulan Saujana-tajuk aku lupa)

Tepat, kan??

Sunday, June 21

..Puas hati aku. Hahaa. Marah laa laki aku kat aku nie nanti. Tu pun kalau dia baca..

Aku rasa nukilan aku kali ini sangatlah luar biasa. Sebab aku suka cerita event yang berlaku dalam hidup aku sahaja. Or cerita pasal anak. Or pasal kawan-kawan. Or pasal anak murid. Or pasal family (yeah,yeah... We get what u mean...)

Hari ini aku nak tulis (or taip??) tentang MENGAPA

1. MENGAPA ada orang yang sangat sukar nak mengaku kesalahan dia, dan cenderung menuduh orang lain untuk menutup kelemahan diri sendiri? Hello... Pleaselah, apa yang berlaku tu disebabkan keBODOHan kau (aku ulang, keBODOHan kau sendiri). Jadi, apa hak kau untuk menyebarkan berita palsu tentang orang lain?? Yang paling tak boleh blah, kau bawak cerita, tabur pasir kat periuk nasi orang lain (yang semestinya orang yang AKU sayang. Sangat.) Tapi, ALLAH maha Berkuasa. Sebab setiap huruf fitnah yang kau sebar (aku ulang, FITNAH) Allah telah balas dengan pahala pada orang yang aku sayang (InsyaAllah, sebab dia SANGAT sabar, bukan macam aku), dan juga REZEKI yang melimpah ruah. Aku rasa, pasir yang kau cuba taburkan tu, dah ditiup angin dan berbalik ke periuk nasi kau sendiri. Bagilah anak bini kau tu makan nasi berpasir,ye? Aku makan Pizza dan KFC, sebab aku ada kupon 25% discount. Tak main laa kupon Petronas...

2. MENGAPA kau ingat kau ada title HAJI (yang kononnya dah berpuluh-puluh kali pergi. Siap jadi wakil Tabung Haji laa kunun.. Ada aku heran?) kau boleh suka-suka hati wak lu nak buat apa kau punya suka? Buat keputusan macam *tuttt* (dicensored, sebab aku cikgu) macam orang tak ada anak bini nak disuap makan. Mujurlah aku dikurniakan Allah dengan karier bergaji tetap. Walau tak kaya, tapi aku bangga sebab gaji yang aku dapat tiap-tiap bulan (yang mungkin pada kau sikit. Aku peduli apa) adalah gaji yang HALAL. Aku tak pernah (aku ulang, TAK pernah) menipu untuk mendapatkannya. Janji palsu pun aku tak bagi, tau? Tak mainlah, cakap tak serupa bikin nie... Macam slogan kau "mesra dan selesa, bukan janji tapi pasti" Buat aku nak muntah, dowh~

3. MENGAPA kau mencampur adukkan ahli keluarga kau yang pada aku bimbo dan tak berilmu tu dalam pengurusan yang dia satu hapa pun tak tahu? Pastu, kerek macam *tuttt*(censored lagi, sebab aku cikgu). Yang kelakarnya, perniagaan yang dia patut handle, dia tak peduli, mungkin sebab dia rasa tak mendatangkan sumber kewangan yang banyak. Maklumlah materialistik. Mana nak datangkan wang, dia pun tak pernah nak ada kat kedai dan melihat apa yang terjadi. Mentang-mentang bahagian yang kau jaga (ye ke kau jaga? Aku tengok pekerja-pekerja kau yang jerih, cuti pun susah. Kau sedap-sedap sekeluarga makan angin. Patutlah komisyen pekerja selalu tak bayar. Kau buat guna pergi bercuti yek??) banyak mendatangkan wang, terus ahli keluarga kau, ahh, senang cakap bini kau tu laa nak busy body?? WTH???

4. MENGAPA kau amat susah nak berlaku adil? Adakah kekayaan dunia yang kau rasa dah banyak tu telah mengaburkan hati dan nurani kau? Aku rasa, sedikit sebanyak Allah nak tunjukkan pada kau sebab kau tu takbur, cakap besar, riak, berlagak dan perasan bagus. Sama laa macam bini kau tu pun. Tapi, bila Allah datangkan dugaan untuk kau berfikir dan muhasabah diri kau, kau senang-senang nak salahkan orang lain. Secara langsung, kau telah mensia-siakan hidayah yang Allah nak bagi tu dengan menjadikannya satu dosa plak. Satu ke?? Aku rasa banyak. Dosa mengadu domba, dosa memfitnah, dosa menipu. Dosa yang jika dilakukan pada manusia, kau takkan merasa menjejakkan kaki ke syurga selagi kau tak mintak maaf pada manusia itu. Ada paham, 'Tuan Haji' ??? (eewwww, apsal aku geli sangat nak sebut perkataan nie?? Senang. Sebab aku rasa dia tak layak)

5. MENGAPA kau tak nak tengok anak-anak kau? Aku rasa, kalau kau kurangkan pergi menyebarkan fitnah tentang orang. Or kurang busy body tentang orang. Or cari duit secara HALAL, kau akan dapat lihat anak-anak kau tu sebenarnya adalah calon-calon orang yang akan memalukan kau dan bini kau tu di masa hadapan. Sekarang nie pun dah ada ciri-ciri (dan aku tau kau pun sedar itu) cuma kau dan bini kau hidup dalam denial. Tak nak mengaku kelemahan dan kegagalan sendiri. Sebab itu kau dan bini kau menyibuk ke sana ke mari menceritakan keburukan orang lain, kan? kan? kan? Isshhh.... tak boleh blah betul laa korang nie...

MENGAPA aku luahkan kat sini? Sebab ini blog AKU. Takkan aku nak bagi kau pulak yang luahkan kat sini? Eh, aku lupa. Kau mana pandai komputer. Aku berani jamin, blog itu apa pun kau tak tau. Habis-habis, mesti kau kata blog tu adalah serumpun dengan external hard disk yang kau bangga-banggakan kerana kononnya telah berjaya menyedut semua dokumen dari PC pekerja-pekerja kau. Apa yang kau tak tau, satu dari PC itu mempunyai VIRUS yang amat gila kuatnya. Kau rasa, apa akan jadi dengan external hard disk kau tu nanti?? (Budak Form 1 yang ambik Literasi Komputer dah berebut-rebut angkat tangan nak jawab tu. Jawab lee 'Tuan Haji'. Kau kan mengaku kau tu serba pandai..)

Aku tulis ini bukan untuk memalukan kau. Sikit pun aku tak sebut nama kau, kan? Aku benar-benar berharap dalam menjalani hidup aku nanti, aku tidak akan mengulangi kesalahan-kesalahan yang kau buat. Semuanya aku nak jadikan iktibar dan panduan dalam melalui kehidupan aku sebagai khalifah di bumi Allah ini. Aku harap kau pun sedar kenyataan itu, sebab Allah boleh tarik balik apa yang dia kurniakan dalam sekelip mata sahaja. Bawaklah bertaubat.

Nota di kaki : Kalau kau baca pun bagus jugak. Ada aku kisah??


Friday, June 19

..Gonna Miss U. So Much!!..

Ini bukan aku.. Ini Kak Azizah (interframe jugaks~, jgn marah kak,nanti kena jual)
dengan Kak Zuriati.

Kedua-dua gambar ini (atas dan bawah) barulah gambar aku dengan Kak Zuriati.


Hari ini...
19 Jun 2009..

Hari terakhir buat kakakku yang seorang ini...

Puan Zuriati binti Sabidin...

Akan pergi meninggalkan kami di SMK Laksamana...

Berpindah ke SMK Ulu Tiram...

Huhu~ Aku kehilangan seorang kawan yang sangat-sangat cool, dan sporting. Banyak sangat perkara manis, suka duka yang aku boleh share dgn Kak Zuriati.. Yang paling best, dia sangat suka ketawa, and her laughter will make us want to laugh, too.... ^o^

Ayong doakan akak sentiasa bahagia dalam menjalani kehidupan akak dengan abg Hairul dan si kecik Adib... Take care and I'm gonna miss you. Forever!!
Ayong sayang akak sangat-sangat!!


Friday, June 12

..Allah selamatkan kamu...


Hari ini, tanggal 12 Jun 2009

buat Ummi @ Nema yang tersayang



Puan Wan Esah bt Ton Harun

Kak Yong, Salim, Eizzah Nur Harris dan Eizz Zikri Harris ingin mengucapkan

Selamat Hari Lahir yang ke-55

Semoga sentiasa dalam rahmat dan lindunganNya, dimurahkan rezeki, disihatkan tubuh badan dan seterusnya dikurniakan segala kebaikan di dunia dan di akhirat.

We LOVE you so very much, Ummi @ Nema!!

Semoga gembira dengan birthday present dari Isetan, KLCC tahun ini!!!



..Tag oleh Zulaika..

Tak pasal2 kono tag laa plaks...
Takpe, kita enjoy~


1.Apa perasaan anda sekarang?Seronok!! Pergi dating dgn suami tercinta (berdua je tau), dapat beli hadiah birthday Ummi,
and yang utama, dapat SMS dari Fedtri (MHI-TV3). Dia nampak kitorang kat area
Masjid India tadi.. Haha~
2. Saya nak makan?
teringin sangat2 nak makan Pizza Pah... Orang yg tertentu jer yang tau nie...
3. Saya x suka?
banyak benda.. paling utama, disalahkan atas kesalahan yang saya tak buat... nyampah tau...
4. Impian saya?
Hmm... ada satu impian yang saya rasa amat mustahil untuk didapati sekarang... Biarlah rahsia~
5. Haiwan yang saya x suka?

saya tak suka semua haiwan.. huhu~ sbb tu laa ayahku pernah berkata
"macam mana laa ko jadi cikgu Bio kalau takut binatang?" Takpe, Kak Yong sayang tumbuh-tumbuhan... Hehe~
6. Saya harapkan?
untuk masa terdekat nie, saya harapkan suami saya yang tersayang dapat membuat keputusan
yang terbaik dalam menentukan hala tuju kerjayanya. All the best, sayang!
7. Jika saya boleh putarkan masa?
saya nak ready betul2 untuk menghadapi banjir 2007. so, kalau saya sempat larikan kereta saya itu,
taklah banyak sangat menanggung kos membaikinya...
8. Saya pada 10 tahun akan datang?
semoga amalan saya dah berlipat kali ganda berbanding sekarang, hutang piutang bank pun dah dilangsaikan,
pulangan insurans2 saya pun dah dapat, dan maybe dah naik DG44 kot... haha~
9. Handphone saya adalah sebuah?
gadget yang banyak membantu dalam hidupan seharian saya...
10. Saya pernah bercenta sebanyak?
serius? 2.5 kali (hmm... ~.~)
main2? banyakkkk.... haha!
11. Saya suka pada?
banyak perkara.. paling utama, kegembiraan kerana nikmat kurniaan Allah...
12. Kawan-kawan saya...?
adalah mereka yang berada di sisi saya tatkala saya memerlukan mereka..
tapi ada jugak yang AMAT menyakitkan hati saya (u know who u are)
13. Pernah dikhianati?
pernah sangat2.. tapi pengalaman itulah mengajar erti kepercayaan...
mekasih laa sbb khianati saya...
14. Apa yang hendak anda lakukan kepada orang yang pernah mengkhianati anda?
insaflah.. takut2 kalau Allah balas terus kat dunia nie, tak tertanggung nanti...


Senaraikan 8 orang untuk di tagNgah (wargh kah kah kah)Qusam (demam pon leh wat tag, kan??) Zaem Hayes (jgn nak mengelak, aku tak guna nama Matt kali nie)Najat
Yie (bleh laa.. blog hang pon dah nak mereput dah tuh)
[tak cukup lapan, leh?? Kurang senarai laa]

Wednesday, June 10

..Tadaa~..

Guess what??


Aku dah ada kat Serdang...


Hoyeh~!!


Pagi2 buta dah bertolak dari Kota Tinggi.. Berenti breakfast dekat R&R Seremban. Sampai dlm kul 10.30 am kot tadi.. Bestnya!!


Yang lagi best...


Aku tulis blog ini dgn menggunakan laptop baruku yang ummi tolong belikan...


Thanks ummi!! Nanti kak yong bayar ek? Tapi ansuran bulanan tanpa faedah laa,k??


Hehe~


Lallala~ laptop baru!!


Nota di kaki: Pembetulan!! Kali ini laptop dibeli oleh AYAH! Thanks ayah.. Love you so much!!!

Wednesday, June 3

.. Mari lihat gambar!! ..

Suami takde, gi uruskan bisnes...
Teman tersayang takleh nak ber sms plak, sbb henpon dia rosak. Maklumlah dia rajin sangat mendaftarkan henponnya masuk kursus renang... hehe...

So, aku nak share gambar2 anak-anakku, diriku, suamiku dan ummi ayahku tersayang je laa... walaupun tak terkini, tapi dpt gak wat menghilangkan boring...

Zikri kan, kalu kita nak amek gambar dia, suka wat muka heran...
Aku pon naik heran nape...


Eizzah Nur, kalau bab posing, memang konpem nak punya...


Susah sgt nak amek gambar berdua nie.. Bila Zikri tgk kamera, Eizzah Nur tak tgk..
Bila Eizzah tgk kamera, Zikri plak tak tgk.. Aaarrgghhhhh!!!
(Kan aku dah cakap, Zikri suka wat muka heran..)


Tiga orang tersayang dalam hidup aku. My life is meaningful because of you...


Ummi, ayah n Zikri masa makan kat Kota Tinggi. Ntah hapa ntah nama kedai tuh..
Lupa, tapi kat bulatan Tmn Kota Jaya tu laa....


Me and my hubby kat A Famosa masa family day RISDA

Tuesday, June 2

..Aik, ada lagi?? ..

Byknya entry kali nie?
dah byk kali tunda, mmg byk event laa tak citer..
yang korang kalut naper?
inikan 'go'blog aku
suka aku laa brp byk pon nak letak, kan?kan?kan?




antara event yg telah berlaku laamaaa dahulu,

ntah nape ntah, bebudak 4UKM ini berjaya membodeks aku untuk membelanja mereka KFC.
takpe... aku kan seorang che gu yang baik... ahaks~ dari kiri, fathi yg tengah merenung masa depan, halimi yg wayar tgh terlebih karan, syukhaimi yg kontrol pose, dan farid yang tak kontrol pose... ntah hapa2 laa korang neyh.

lagi....




peserta2 Persembahan Topik Sains sempena minggu Sains dan Math sekolah aku.. Aku handle bhgn nie dgn kak Normala. Ada 4 team sains tulen dan 2 team sains teras. lepas present, apa lagi, bergambar laa!!! say cheeeeeeesy wedges!!




Serious... I enjoy being a teacher!!!

.. Menyepi?? ..

Rasa-rasa macam aku menyepi ker??

Sebab kes bos suamiku yang bangang nak mampus tuh ker?? Oh, tidak... Aku takkan menyepikan hidupku pasal haji tua kutuk nak mampus tak sedar diri dgn bini nya yang sengal dan perasan bagus tuh... Tak kuasa aku...


Tapi memang aku menyepi..
Nape ek???
Tadaa~


Biasa laa... buat soalan, print soalan, hantar riso, dah siap, bawak balik, stapler soalan, susun, buat tali pinggang, pastu bawak balik ke sekolah, budak jawab peksa, kutip balik, bawak balik umah, tanda, bagi markah, nanti nak serah pada guru tingkatan dan seterusnya......

Memetik kata seorang sahabat yang amat disayangi [dia tau siapa dia...] "tugas kita kan mulia, didik anak bangsa, TAPI diorang yang tak berapa nak dididik".. Ya, aku setuju!!

Aku nak settlekan semua tugas aku dulu, baru nak balik bersantai di Serdang. Yeah!! Serdang!! Tunggu kepulangan kami!! Yeehaa!!