Okeh, daging dalam entry semalam yang telah diperap semalaman tu akhirnya berjaya jugak dikerjakan oleh aku. Keh keh keh... Entah kenapa ntah, bangun awal lepas tu rasa rajin. Breakfast makan roti canai dulu. Lepas dah rilek-rilek barang 3 jam, baru la masak. Aku siap tanya suami lagi, nak masak nasik tak, wat back-up. Dia cakap apa korang tau? "Apa barangg makan lamb chop dengan nasi?" Keh keh keh.. Eksyen ye? Dahlah lamb chop aku kekurangan sayur dan coleslaw, sebab suami aku jugak laa yang tak nak. Dia tak minat sangat makan sayur ala western ni. Dah tu, takkan aku nak goreng kailan ikan masin bagi makan dengan lamb chop pulak, kan???
Kita goreng je la.. Apa susah? Masa nie bau semerbak giler. Kucing belakang rumah aku dah buat muka comel dah. Konon aku nak bagi rasa sikit la tu... Hoh, ada aku kisah??
Assistant aku di dapur. Abaikan kebersepahan dapur itu. Hehe...
Masa ni, aku pulak yang terasa macam nak jadi kucing buat muka comel konon nak bodek. Tapi dah aku tukang masaknya, nak bodek hapa kemendenya? Koh koh koh....
Sudah siap bebeh, sudah siap.....!!
Eh, belum lagi. Ada sikitt lagi....
Sempat lagi dia pose. Aku yang chef pun tak pose begitu sekali, hokeh??
Bersama fries yang digoreng garing-dengan-menjadinya. Kat Giant semalam ada jual fries yang packing bapak besar punya. Berapa tahun bertapa dalam peti ais aku baru habis gamaknya. So, cerdiknya Giant, dia ada jual makanan frozen yang versi timbang. Aku ambik fries segenggam penuh tangan aku ni, timbang baru RM0.91. Hahaha, jadi laa... Dari tak ada, ye tak??
Selepas disimbah kuah. Pergh, disimbah tuh... Haha.. Kan aku dah kata, aku letak je dalam pinggan, terus kena serbu. Belum sempat bawak pergi meja depan pun. Nak hias pinggan, buat presentation ala masterchef kejadah pun tak sempat... Keh keh keh...
First time tengok suami aku berselera makan western. Biasanya dia bukan minat sangat pun. Kalau pergi makan-makan kat JM Bariani dengan family aku pun, konfem dia order bariani kambing punya. Tak pandang laa western ni. Agak first time gitu, tengahari tak makan nasik.. Kih kih kih.
Pastu menjelang jam 4 petang, Pandan sponge kek yang aku beli semalam untuk buat tiramisu dah habis. Buah anggur pun dah habis. Keh keh keh... Kelaparan tak makan nasi, ye bang?? Tengok, masa aku menaip ni, suami aku laa yang tengah masak makan malam. Pukul 6 tu, dah start masak. Sebab dia ada kelas tai-chi malam ni. Kena la makan awal. Aku?? Rilek je la.. Tadi kan dah berpenat-lelah... Hahaha!!