Wednesday, December 28

Sabaq weh... Aku pon sabaq gak neh...

(gambar ehsan Google)

Okay.. okay...

Update nanti la ye? Sabar.....

Bila semua dah selesai, InsyaAllah..

Sekarang masih terlalu sibuk.

Nanti aku update entry versi marathon, baca la sampai senak ulu hati.

Hahaha~

Cheiss, kata sibuk. Dok merepek apa tak tau panjang-panjang kat sini.

:D

Thursday, December 8

Aku kawen hari ni la!! Yeay yeahh~~~~

Entry flashback, mau?? Haha~ Mau tak mau, aku nak buat jugak...

Tanggal 8 Disember 2005, aku selamat meninggalkan alam bertunang, dan melangkah masuk ke alam rumahtangga.

Majlis akad nikah diadakan di Masjid Tampin, Negeri Sembilan.

Nervous?? Tak payah cakap laaa~

Suami aku siap 3 kali akad tau? Baru la boleh dengar perkataan yang amat dinanti-dinantikan. Perkataan apakah itu?? "Sahhh..." Muah ha ha ha~

Gambar-gambar yang ada adalah hasil kidnap dari gambar album kawen je la. Malas laa plak nak cari yang raw punya mana... Keh keh keh.. Aku kan malass~

Masa baru sampai masjid, tengah tunggu pengantin lelaki. Masa ni aku belom lagi bukak spek, rabun kott. Mana aku tau pengantin takleh pakai spek. Aku kan first time nak jadi pengantin :D

Debaran menunggu. Menunggu tak berdebar sangat kott, berbanding yang nak mengakad-nikahkan dan yang nak diakad-nikahkan... Keh keh keh....

Alhamdulillah, selesai.... Disebabkan kitorang nikah kat masjid lepas Asar, ramai la jemaah yang solat Asar terus tunggu sekali kat masjid tu. Tu la sebab suami aku nervous tak hengat gaknya. Wargh kah kah kah...


Selesai la ye? Alhamdulillah.... Semoga dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan di dunia dan akhirat, InsyaAllah...


Wednesday, December 7

Encik Suamiku sudah 31!! Eh eh eh... Sudah tua ye? Tua-tua pun ilebiu jugak :D


Entry ini ditujukan khas buat Encik Suamiku yang tersayang...

Salam Hari Lahir yang ke-31 ye? Walaupun aku tau dia tak tau pun aku ada blog (kih kih kih... memang aku tak cakap pun kat dia), tapi ni je la cara nak abadikan tarikh-tarikh khas dalam hidup aku.

Walaupun suami aku pendiam, macam garang, susah nak senyum, kuat tido kalau cuti, tapi kalau dia kerja, aku tau dia kerja dengan sangat bersungguh-sungguh dan berpenat-lelah. Dia bukannya orang yang kuat mengelat masa kerja. Nak suruh dia cuti pun bukan main susah. Sebab tu aku appreciate sangat masa dia bersusah-payah ambik cuti last weekend sekadar untuk menggembirakan hati aku dan anak-anak untuk bercuti sakan. Oh ye, entry cuti-cuti aku buat kemudian-kemudian je la. Penat dowh...

And, dia juga bukannya seorang suami yang balik rumah jadi raja goyang kaki duduk depan TV order je apa dia nak. Dia rajin tolong aku semua hal yang berkaitan dengan kain baju. Start dari basuh, sidai, angkat, lipat dan susun. Oh ye, iron baju pun sama. Lagi satu, bab-bab mengemop. Sebab dia tau aku memang tak suka mengemop lantai rumah. Terima kasih ye encik Suami? Terima kasih jugak buat mak mertua aku sebab dah train anak dia buat kerja rumah dari kecik. Senang kerja aku. Hehe... Woh, nasib baik laki aku tak baca blog. Ehehe~

So, buat suamiku yang tercinta...

Encik Salim bin Ismail...

Selamat Hari Lahir yang ke-31. Semoga Allah merahmati dan melindungimu. Takde kek, tapi aku masak special sikit la malam ni. Kebetulan pulak adik-adik aku ada sekali ni.

Aku skip semua proses memotong, menghiris, mengisar, dan sebagainya. Aku terus ke time dekat-dekat nak membakar dah.. Kali ni aku bernasib baik sebab ada assistant yang betul-betul boleh assist. Bukan tolong menghuru-harakan dapur aku. Kihkihkih....

Eh, ada jugak rupanya budak nie.. Ehehe.. Dia excited nak tengok apa Pak Tam dengan Pak Su dia buat kat dapur sebenarnya...

Tengah ready menghias ikan yang perlu dibakar dengan bunga kantan, daun limau purut dan hirisan bendi...

Hasil sebelum dibungkus dan dibakar. Jangan main-main... Assistant hebat woo malam nie :D

Dah agak dah... mesti hampir terlupa nak amek gambar punya. Dah kena makan separuh dah, baru teringat. Keh keh keh...


Friday, December 2

Terkejut di hari mendung hujan tak berhenti dan diharap agar Kota Tinggi tidak banjir lagi!!

Hari ni sungguh mengujakan... Hahaha... Walaupun hari sungguh muram, hujan tak berhenti-henti dari semalam. Tapi tak lebat la. Aku pun takut kenangan banjir berulang kembali, tapi serius hari ini sangat mengujakan. Sebab?

1. Esok aku nak balik Serdang. Nak balik Serdang... Nak balik Serdang... (Ikut nada Labu dalam cerita Labu Labi - "Nak cari kayu, nak cari kayu") Yeay!! Bercuti la dulu, sementara menunggu masa nak berpenat lelah pulak..

2. Tetiba dapat parcel. Okeh, fine. Bukan tetiba. Aku memang expect akan dapat parcel hari ni, hasil online shopping aku. Tapi aku expect satu je parcelnya. Sekali yang datang................ 2 parcels! Hoh, terkejut aku.

Posmen tu pun nak tergelak tengok aku terkejut. Keh keh keh...


Ni la parcel yang aku tunggu-tunggu tu. Datangnya dari Butik Mengandung Ibuku AZ.

Ni la hasil online shoppingku itu. Baju mengandung. Tapi sebenarnya design dia bagus, sebab tetap boleh dipakai walaupun selepas bersalin. Cantik sangat dan lembut sangat material dia, dari cotton. Yang penting, murah!! Sebab tu aku terus beli 3. Banyak beli, banyak la diskaunnya :D Pergilah tengok-tengok kat link tu. Berbaloi-baloi..... Tapi kalau korang nak yang mahal pun, ada jugak....

Haa, inilah dia satu lagi parcel yang membuatkan aku terkejut tu. Tengok pengirim pun aku tak kenal jugak. Ish, hati berdegup kencang. Apa agaknya, eh? Kereta ke? Merepek apa pulak di hari-hujan-sejuk-best-tido-tapi-hati-bimbang-takut-banjir ni....

Ooo... Ye tak ye. Aku ada beli benda ni, online jugak. Ini semua gara-gara seorang 'chef' bernama 'Chef Adam' bagi komen kata lamb chop aku tak cantik sebab takde belang-belang. Padahal masuk perut --> digestion happened --> jadi faeces pun tak nampak gak belang dia :))


Tapi alang-alang aku dapat komen membina, aku pun berusaha mencari benda ini. Aku ada nampak gak dalam a few cooking website/blog diorang pakai ni. Alhamdulillah, terjumpa pulak yang murah di sini. Apa lagi, aku pun beli la... Beli yang murah je. Yang mahal, suami aku tak mau support pulak... Keh keh keh...



Cuma si penjual tu ada bagitau aku, benda nie takde stok. So dia mintak a few days untuk dia restock dulu. Aku pun tak kisah gak, sebab bukannya aku akan memasak dalam masa 2,3 hari ni. Nak balik Serdang, kan?? So dia janji once dia dah pos, dia akan inform. Agaknya dia lupa, dia dah restock dan pos. Tu yang menyebabkan aku tak expect akan dapat parcel ni hari ni jugak.


Tak apalah, yang penting barangnya dah dapat. Bukannya dah bayar tapi tak dapat barangnya, kan? Cepat tu, kiranya rezeki aku la. Dan juga maksudnya si penjual sangatlah efisien. Hehe..


Wah, bestnya hari aku sehari sebelum balik ke Serdang nie... Hehe... Harap-harap apa yang akan berlaku di Serdang nanti pun best juga... InsyaAllah. Mungkin tak berupdate la blog nie sampai aku balik dari Serdang nanti.