Thursday, February 18

Cepatlah, beritahu aku...

Ya... Sudah lama aku tidak meng'up-date'. Aku tahu, tidak perlu beritahu aku untuk sesuatu yang telah aku tahu.. Aku akan lebih berminat dengan sesuatu yang aku tidak tahu. Lebih baik kalau kamu cuba bagitahu aku tentang komponen di dalam sebuah mesin fotokopi, atau bagaimana merak mengembangkan ekornya. Itu pun belum tentu aku mahu mendengar. Tapi kamu boleh cuba, apa salahnya...

Aku berterima kasih di atas kemajmukan kaum di sekolahku, dapatlah kami merasai cuti sempena Tahun Baru Cina selama seminggu. Campur dengan dua kali Sabtu dan Ahad, jumlah semua cuti adalah 9 hari. Dapatlah aku menyelesaikan pelbagai perkara dalam cuti ini, dan juga bersuka ria dengan suami dan anak-anakku.

Agenda pertama awal cuti adalah Hari Keluarga Tiram Travel, tempat suamiku bekerja. Selama tiga hari berkampung di Summerset Rompin, sangat menyeronokkan. Tambahan pula anak-anakku dapat melakukan aktiviti yang amat mereka sukai - ke swimming pool. Swimming pool di Summerset memang amat mesra kanak-kanak. Sangat sesuai untuk membawa anak kecil tanpa pengawasan super maksimum. Juga sesuai untuk seorang ibu yang tidak pandai berenang (akukah itu? Kenapa aku termengaku??)

Kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke Kemaman. Lebih kepada melawat abang iparku yang mengalami kecederaan agak parah akibat terjatuh dari pokok. Banyak tulang-tulangnya yang retak, dan ada yang patah. Paling teruk, tulang vertebra (pergh, ayat Bio) atau tulang belakangnya ada yang retak dan juga patah. Ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak dari paras pinggang ke bawah. Aku sendiri tidak sanggup melihat keadaannya. Aku juga kasihankan mak yang menjaganya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Aku tidak berkesempatan untuk naik ke wad kerana waktu melawat yang telalu singkat, dan juga arahan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk masuk ke wad. Jadi, aku hanya mendengar dan memerhati dari jauh sahaja.

Aku mahu kongsikan gambar-gambar sebenarnya. Entah kenapa Blogger.com menimbulkan masalah kepada aku. Jadi, tidak dapatlah aku meng'up-load' gambar-gambar yang ada. Di entry yang lain sahajalah ya? Banyak juga gambar-gambar yang aku mahu kongsikan, terutamanya gambar semasa Merentas Desa, dan Acara Sebelum Sukan.. Yeah!! Rumah Wira aku mendahului pungutan mata setakat ini. Semoga dapat dikekalkan sehingga Kejohanan Olahraga Tahunan!!!

Gambatte Kudasai Wira-san!!

1 comment:

aizuemi said...

aku kan atlit rumah Wira.. hahhahahha~ sbb tu leading lm pungutan si pemungut..