Wednesday, February 24

Aku gembira, belum tentu hatiku bahagia.. Aku ketawa, tidak semestinya aku ceria..

Aku menunggu untuk gambar-gambar acara sukan di sekolahku sampai ke tanganku. So, melalui gambar-gambar itu, kamu akan interpretasi sendiri bagaimana seronoknya kami pada hari sukan tahun ini. Okay, mungkin bukan semua 'kami' yang gembira. Aku akui. Aku takkan nafikan ada sesetengah pihak yang lantang bersuara (tapi di belakang la.. takkan berani di depan, bukan??) membantah segala cadangan berkenaan hari sukan tahun ini. Tapi percayalah, hari sukan bukan diadakan untuk kesenangan guru-guru, tetapi sebagai cara membolehkan anak-anak murid kita meluangkan masa untuk bergembira dalam suatu bentuk yang dibenarkan. Dari dia terpekik terlolong, bersorak-sorak di depan pintu pagar rumah kita, lebih baik kita galakkan mereka untuk melakukan sebegitu ketika acara sukan, kan? Lagipun, kan ada pepatah mengatakan "All work and no play makes Jack a dull boy?"

Jangan kerana kita nak senang, nak mudah, kita nafikan hak mereka untuk bergembira. Sesungguhnya pelajar-pelajar sekarang menghadapi banyak tekanan yang kita tidak ketahui. Jangan bandingkan zaman kita dengan mereka. Tidak sama. Secara rasionalnya, apa salahnya kita meraikan mereka, terutamanya kepada mereka yang tidak menimbulkan sebarang masalah kepada kita dari segi disiplin ataupun pelajaran. Jangan nafikan bahawa ada budak yang aktif dalam bidang sukan juga turut cemerlang dalam pelajaran. Tolonglah, ubah cara kita berfikir, tukar cara minda kita dikawal, agar tidak kekal jumud dan ketinggalan zaman. Tidak semestinya pelajar yang aktif bersukan adalah pelajar bermasalah atau pelajar lemah. Ada, tetapi tidak semua, okay?

Aku bosan. Kepenatan jasmani sekaligus emosi, membuatkan aku begitu sukar untuk meluahkan kata-kata. Sangat sukar untuk aku menyatakan perkara-perkara yang boleh menggembirakan orang sedangkan hati aku sendiri sedang perit berdepan dengan perkara yang tidak aku duga. Namun, aku sentiasa pastikan rohaniku tidak letih dan kehausan. Jadi, kepada Allah aku sentiasa mengharapkan agar tunjukkanlah apa yang sepatutnya kepada mereka yang tidak pernah kenal erti penat dalam meluluhkan hati dan perasaan orang lain. Ingatlah, dosa sesama manusia, selagi tidak dipohon maaf kepada manusia itu sendiri, Allah tidak akan mengampunkannya bagi pihak manusia itu. Anda bersediakah menghadapi keadaan itu?

Oh ya, aku ingin kongsikan hasil aku menjawab soalan kuiz di dalam Facebook. Aku sekadar main-main, tetapi aku suka dengan hasilnya. Betul atau tidak, kamu boleh tentukannya, ya? Aku sekadar mahu mengongsikannya sahaja. Tiada sesiapa yang suruh kamu percaya dan terima. Jangan komen tidak membina dalam ruangan komen. Aku akan pastikan aku delete.

Tajuk : What does your birthday says about you?

Compassionate, Artistic and Wise
Understanding is the most appropriate keyword for your gentle, affectionate personality. Easygoing and generally accepting of others around you, you are often found in the company of a variety of different personalities. Your willingness to give of yourself emotionally lends to an aura of quiet empathy. You are comforting to be around. While not likely to be the leader, your presence is strong and vibrant in any cause you put your heart into.

Favorable Colors: Sea-Green

Key Body Part: Feet, Immune System

Lucky Gem: Moon Stone

Strengths: Intuitive, compassionate, artistic, gentle, wise, musical.

Weaknesses: Can be a victim or martyr, fearful, overly trusting, sad, desire to escape reality.

Charismatic marks: Soft, sometimes frail to medium build. Face easily shows emotion.

Likes: Spiritual themes, time alone, visual media, time to sleep, romance, music, swimming.

Dislikes: Know-it-alls, the past coming back to haunt, being criticized, cruelty of any kind.

Best environment: On or near water, especially the sea. The movie theater.



Tapi, secara seriusnya, aku akui semuanya. Sungguh tepat!!

Thursday, February 18

Cepatlah, beritahu aku...

Ya... Sudah lama aku tidak meng'up-date'. Aku tahu, tidak perlu beritahu aku untuk sesuatu yang telah aku tahu.. Aku akan lebih berminat dengan sesuatu yang aku tidak tahu. Lebih baik kalau kamu cuba bagitahu aku tentang komponen di dalam sebuah mesin fotokopi, atau bagaimana merak mengembangkan ekornya. Itu pun belum tentu aku mahu mendengar. Tapi kamu boleh cuba, apa salahnya...

Aku berterima kasih di atas kemajmukan kaum di sekolahku, dapatlah kami merasai cuti sempena Tahun Baru Cina selama seminggu. Campur dengan dua kali Sabtu dan Ahad, jumlah semua cuti adalah 9 hari. Dapatlah aku menyelesaikan pelbagai perkara dalam cuti ini, dan juga bersuka ria dengan suami dan anak-anakku.

Agenda pertama awal cuti adalah Hari Keluarga Tiram Travel, tempat suamiku bekerja. Selama tiga hari berkampung di Summerset Rompin, sangat menyeronokkan. Tambahan pula anak-anakku dapat melakukan aktiviti yang amat mereka sukai - ke swimming pool. Swimming pool di Summerset memang amat mesra kanak-kanak. Sangat sesuai untuk membawa anak kecil tanpa pengawasan super maksimum. Juga sesuai untuk seorang ibu yang tidak pandai berenang (akukah itu? Kenapa aku termengaku??)

Kemudian kami teruskan perjalanan pulang ke Kemaman. Lebih kepada melawat abang iparku yang mengalami kecederaan agak parah akibat terjatuh dari pokok. Banyak tulang-tulangnya yang retak, dan ada yang patah. Paling teruk, tulang vertebra (pergh, ayat Bio) atau tulang belakangnya ada yang retak dan juga patah. Ini menyebabkan dia tidak dapat bergerak dari paras pinggang ke bawah. Aku sendiri tidak sanggup melihat keadaannya. Aku juga kasihankan mak yang menjaganya di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Aku tidak berkesempatan untuk naik ke wad kerana waktu melawat yang telalu singkat, dan juga arahan tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 12 tahun untuk masuk ke wad. Jadi, aku hanya mendengar dan memerhati dari jauh sahaja.

Aku mahu kongsikan gambar-gambar sebenarnya. Entah kenapa Blogger.com menimbulkan masalah kepada aku. Jadi, tidak dapatlah aku meng'up-load' gambar-gambar yang ada. Di entry yang lain sahajalah ya? Banyak juga gambar-gambar yang aku mahu kongsikan, terutamanya gambar semasa Merentas Desa, dan Acara Sebelum Sukan.. Yeah!! Rumah Wira aku mendahului pungutan mata setakat ini. Semoga dapat dikekalkan sehingga Kejohanan Olahraga Tahunan!!!

Gambatte Kudasai Wira-san!!