Monday, May 5

Kalau dah keji tu, keji laa jugakk...

Wahh. Lama tak update blog. Sekali update, terus rasa nak meroyan... Aku memang macam ni. Siapa yang kurang ajar dengan aku, aku memang akan ajar balik. Lantaklahh. Korang ingat aku kesahh?

Dulu kebengongan berlaku masa MSSD Tenis. Walaupun dah bertahun, aku ingat beb. Aku ingat. Berani buat palat dengan aku. Memang aku ingat sampai bila-bila. Keji.

Sekarang dia berulang balikkkkk. This time, dalam sofbol pulak. Kekejian apakah ini? Memang aku sentiasa perlu berada dikelilingi manusia-manusia keji tak berhati perutkah? Choiii...

Ayat awal aku boleh bagi ialah, kalau kebulur sangat nak budak sekolah kau semua pergi wakil negeri, ko TAK PAYAH buat MSSD. Ko terus pilih je bebudak sekolah kau yang konon hebat sangat tu bawak pergi lawan peringkat negeri sana. Aku tak marah sebab diri aku ke apa. Tapi sebab mempermainkan perasaan anak-anak murid aku.

Eii, kalau dah keji tu, memang keji laa. Geram. Nak cerita pun geram.

Apa guna menang, kalau sekolah yang kalah teruk dengan team sekolah aku tu pun boleh hantar wakil lebih? Kronisme je semua. Serius tak berguna. Dengan pengurusan lambat. Surat nak lawan MSSD sampai hari last before game. Surat nak training sampai pada hari training dimulakan. Kalau begini la cara mengurus, tak payah berangan sangat laa nak capai kejayaan. Konfem takkan menang punya. Sebab konsep dia, penganiayaan. Menganiaya anak-anak murid aku yang tak diberi peluang. Maap la. Aku yakin selagi kaedah begini digunapakai dalam pemilihan pemain, memang jangan harap nak menang weiii. Tak dapat.

Rupa-rupanya, bukan sofbol aje yang kena. Game lain pun. Paling teruk kena, bola sepak. Nasib baik cikgu-cikgunya redha aje. Haha. Aku, nak suruh redha? Bole berambus la semua yang terlibat dengan sofbol nak pergi negeri tu.

Kronologi cerita, konfem kemudian. Aku nak perhati apa lagi kekejian yang bakal dilakukan oleh pihak sekolah ulu banat dalam ceruk segala tu. Selalu tak mandi sebab kena catu kot. Itu pasal busuk. Busuk badan itu satu. Busuk perangai dah tentu. Ha ha. 

Ini aku tak cakap umum yeh. Aku cakap spesifik untuk kes di tempat aku sahaja. Aku tau, kat Selangor walaupun teruk keadaan airnya bercatu, tapi penduduknya adalah cerdik-cerdik belaka. Wah tetiba rindu nak jadi warga Selangor lagi. Babai Selangor. Gonna miss every moment menjadi wargamu. Hai Pajam! Tetiba.

Lain kali. Cerita yang lebih detail dengan teliti. Juga bergantung pada mood aku ketika menaip itu. Kalau mood baik, aku maki lite-lite je. Kalau mood hangit, aku pakejkan sekali maki dan keji dengan nama sekolah sekali. Hahaha.

Sila cabar aku lagi tahun depan. Itu pun kalau aku hingin la nak join sofbol lagi. Macam nak cari sukan lain yang senonoh sikit pengurusannya dan tak ramai orang gila kuasa. Hmm..... 

No comments: