Kenapa?? Kenapa?? Kenapa aku masih belum pulang dari sekolah?? Entahlah, mungkin kerana banyak sangat perkara yang perlu dibuat agaknya.
Di kesempatan yang macam agak-agak kurang sempat tapi aku sempat-sempatkan juga ini, aku ingin mengucapkan sa puluh ratus ribu juta billion terima kasih kepada sahabatku tersayang, Puan Ida Yuni Sukadi kerana dengan penuh khusyuk dan tawadhuknya telah mengaku menjadi silent reader aku. Hehehe. Terima kasih juga di atas layanan super duper power rangers di rumahmu itu. Nasi berianimu tetap kukenang. Sebab ada gulai kambing. Lada yang pedas itu juga sudah selamat kusambal tempoyakkan. Tengah menunggu untuk menggulai cili apikan sahaja lagi.
Aku sedang mengkasihankan (huhu, perkataan aku sendiri. Tidak termaktub dalam sebarang kamus di dunia ini. Dalam kamus bahasa Urdu, mungkin. Mungkin tak ada, bukan mungkin ada.) kawan-kawan aku yang menjadi guru tingkatan. Banyak betul tugas mereka di akhir tahun ini. Terutamanya dalam melibatkan pengiraan markah ko-kurikulum. Tidak mengapalah, itu semua adalah cabaran dalam profesion perguruan. Siapa cakap tugas kita senang? Kan? Lagipun, prinsip-prinsip Falsafah Pendidikan Negara haruslah didukung sepanjang masa. Kalau korang tidak mahu dukung, junjung pun tidak mengapa. Jangan korang kelek atau lambung, sudah. Nanti bertabur di jalanraya, susah pula mahu mengutipnya. Eh, apa nie. Termerepek pula.
Aku? Aku hanyalah seorang Setiausaha Peperiksaan SPM. Di samping menjadi guru penasihat PBSM dan Kelab Tenis. Aku bukan guru tingkatan. Jadual waktu aku tak banyak, cuma 22 waktu sahaja. Banyak sebenarnya, tapi aku bandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain. Jadual waktu mereka umpama mimpi dalam mimpi. Ataupun secara saintifiknya, mimpi kuasa dua. Kalau korang nak kuasa empatkan pun boleh juga. Nampak dramatik sikit.
Get what I mean?
Aku sudah mula terasa angin sepoi-sepoi bahasa menyentuh pipi aku. Rupa-rupanya baru aku perasan, aku tumpang duduk di meja Siti Hawa rupanya. Patutlah ada angin. Kalau di meja aku, jangan kata angin sepoi-sepoi bahasa, sepoi-sepoi matematik tambahan pun belum tentu ada. Itulah maknanya, aircond di bilik guru aku sudah rosak. Aku panas berada di mejaku sendiri. Sebab itu aku merantau ke meja orang lain. Ahaha. Merantau. Macam jauh sangat perjalanan aku. Sedangkan selang satu meja sahaja. Aku panas, memang dalam erti kata panas yang sebenar. Bukannya sebab aku ini sedang dibakar dalam oven untuk menjadi filling bagi pizza Hawaiian Chicken. Atau panas sebab aku tengah minum kopi panas dengan ubi rebus cicah sambal ikan bilis yang pedas.
Jadi, aku mahu ke kantin. Aku nak order teh ais kurang manis 8 gelas.
No comments:
Post a Comment