Friday, March 26

Cakap je la takut dengan Laksamana... Tak payahlah nak sabotaj... Kami tau kami hebat..

Pergh, lama gila aku tak bercerita dalam blog ni. Kali ini, aku nak melepaskan geram yang sangat hebat kepada satu pihak yang bagi aku merupakan pihak yang paling b*****g dalam dunia.

Isnin, 22 Mac 2010. Aku dapat surat panggilan mesyuarat untuk Kejohanan Tenis MSSD Kota Tinggi. Mesyuaratnya adalah pada hari esoknya, Selasa, 23 Mac 2010.

Bila aku datang mesyuarat, gila terkejut, terkujat dan terenjat (BUKAN terencat) bila aku dimaklumkan yang pertandingan peringkat daerah akan dilangsungkan pada Khamis, 25 Mac.
Lagi dua hari, beb! Apa perasaan korang kalau dalam situasi macam tu? Dengan budak-budak LANGSUNG tak practice, dengan diorang tengah exam..

Budak-budak tenis sekolah aku memang budak-budak kelas hadapan, atau di sekolah dilabelkan sebagai "Kelas Wawasan". Mereka terdiri dari pelajar yang dijangka mampu mencapai kecemerlangan, kegemilangan dan keterbilangan dalam bidang akademik... Sekiranya mereka diberi pilihan sama ada sukan atau akademik, pastinya kamu dapat meneka yang mereka akan menjadi serba salah untuk memilih. Seperti yang dijangka, ada yang menolak kerana tidak mendapat izin ibu bapa, namun Alhamdulillah ada juga yang menerima.

Ketika meeting, aku cuba nak mintak supaya ditangguhkan sedikit masa, sekurang-kurangnya ke minggu hadapan. Dapatlah budak-budak aku berlatih sedikit sebanyak. Tak dapat se'level' dengan Rafael Nadal, setaraf dengan Nicol David pun, jadilah....

Namun, apa pengelola kata?

Katanya, "kami nak teruskan saja, supaya cepat habis. Nanti boleh buat latihan untuk peringkat Negeri lama sedikit."

Cuba fikir... Wajar tak...

Sekolah pengelola telah melatih budak-budaknya 2 minggu lebih awal.

Satu sekolah yang lain telah dimaklumkan seminggu lebih awal.

Sekolah aku? 2 hari?? What the hell??

Lagipun, pengelola memberitahu, pertandingan peringkat negeri adalah pada bulan Mei. Mei!! April pun belum lagi, tau?? Aku bukannya mintak tunda sebulan, seminggu je.... Bungukss (nampak tu, dah la plural, ada double 's' lagi) betul la mereka ini...

Lepas tu, dengan egonya mereka berkata, esok (Rabu) pukul 12, mereka sudah mahukan senarai nama peserta untuk membolehkan mereka membuat jadual pertandingan. Aku malas cerita la, betapa kelam kabutnya aku di hari esok itu. Sebab meeting tu petang, pukul 5 baru habis. Mana aku nak cekau budak-budak??

Tak apalah, dengan semangat yang ada pada anak-anak murid aku, aku pun meneruskan perjuangan dan memberi galakan kepada mereka. Tapi kamu pasti dapat menganggarkan bagaimana prestasi budak-budak aku jika langsung tidak berlatih. Aku tidak kisah. Aku bangga kerana mereka masih mahu mencuba, serta mahu melakukan yang terbaik bagi diri mereka.

Hari pertama...

Kami semua sampai di gelanggang MDKT untuk pendaftaran tepat jam 7.30 pagi. Budak-budak aku dah berkumpul di sekolah seawal jam 7 pagi lagi. Tapi hampeh, bayang seekor habuk pengelola pun tak kelihatan. Peserta mereka lagilah, haram tak nampak... Dalam 1 jam kemudian, ya, 1 jam kemudian, barulah tergedik-gedik mereka datang. Baru nak angkut meja, baru nak buat jadual pertandingan, baru nak itu, baru nak ini.... Dah apa jadahnya berlagak mintak senarai peserta semalamnya kalau pagi tu baru nak buat jadual pertandingan? Macam s**l... Dan apa kejadahnya jadi penganjur, kalau borang pengadilan pun tidak disediakan?

Aku di acara lelaki bersama Kak Zalina, di gelanggang MDKT. Manakala Kak Radziah di gelanggang TNB untuk acara perempuan. Aku dimaklumkan dalam mesyuarat, bahawa waktu rehat adalah di antara jam 12 tengahari sehingga 2 petang. Namun, tiba-tiba aku diberitahu oleh Kak Radziah bahawa mereka dimaklumkan acara perempuan tidak ada rehat. Disebabkan budak-budak aku ada gap 3 game, maka kelam-kabutlah mereka dibawa untuk lunch. Bila mereka pulang dari lunch, NAK TAHU APA JADI?? Budak-budak sekolah pengelola BEREHAT! Ya, BEREHAT!! (aku TERobses dengan Caps Lock). Maka, budak aku menunggu, tertunggu, penunggu, eh, bukan... sampai jam 2.30 petang barulah mereka terhegeh-hegeh sampai. Apa ni??

Ditakdirkan, walaupun LANGSUNG tak berlatih, budak-budak perempuan kategori B15 aku masih mampu mengharungi cabaran berdasarkan pengalaman-pengalaman lalu... 3 dari mereka berjaya melangkah ke semi-final.. Sekaligus menempah tempat rasmi bagi kedudukan ke-3 dan ke-4. Maka untuk hari esoknya, kami hanya menunggu untuk menentukan kedudukan Johan dan Naib Johan, melawan sekolah pengelola. Dan aku dimaklumkan, pertandingan akhir akan dimulakan pada jam 8 pagi esoknya.

Hari kedua.... hari ni la... Jumaat 26 Mac.

Sekali lagi, kami sampai di gelanggang TNB tepat jam 7.30 pagi. Sekali lagi, haram seekor pengelola dan pesertanya tak kelihatan. Sedangkan semalam pengelola dah maklum yang pelajar aku ini mahu cepat menghabiskan pertandingan kerana dia mahu pulang ke sekolah dan menduduki peperiksaan. Dan, sekali lagi, selepas sejam... Ya, SEJAM.. barulah mereka terhegeh-hegeh (cikgunya) dan tergedik-gedik (pelajarnya) tiba di gelanggang.. Budak aku secara mental dan emosi memang dah letih... Aku dah cakap dengan pengerusi teknik, sebab dalam syarat pertandingan ada tertera (chewah, perkataan skema seyh...) Lambat 15 minit, penyertaan boleh dibatalkan. Ni lambat setengah jam, jangan kata batal, nak terajang pun boleh... Tapi pengerusi teknik pun tak berani nak buat keputusan.... So, apa lagi yang aku boleh buat?? Terajang pengerusi teknik?? (Ha'ah ek, apsal aku tak terfikir tadi??)

So, budak aku kalah, tapi bermaruah. Dan aku malas nak ulas mulut jahat penyokong-penyokong sekolah pengelola. Aku hairan laa, kenapa budak-budak tenis sekolah pengelola tu setiap tahun terdiri dari budak-budak perempuan bermulut jahat, perasan, gedik dan berperangai hodoh? Muka pun hodoh jugak. Sedangkan aku tahu ramai budak-budak yang lebih menyenangkan perasaan dan fikiran yang boleh dipilih. Oh ya... Mungkin sebab cikgu penasihat tenisnya dah tua dan nyanyuk agaknya....

Tahun depan aku nak syorkan, kalau nak sangat menang, tak payah buat pertandingan daerah. Ambik je, bawak satu sekolah pengelola tu jadi wakil pergi peringkat negeri... Aku pun baru perasan, akronim sekolah pengelola tu berakhir dengan huruf 'B'. Adakah 'B' itu juga bermaksud 'beruk'?

Lu fikir laa sendiri......

7 comments:

::alifdalmim:: said...

Ayoo...kesiannya..apa lagi kak yong..bawa masuk meeting post mortem la..

geram lak sy yg membacanya..

Yong Zahura said...

Cheh... tak pernah adanya meeting post mortem...

Takpe, kak yong report dengan pengetua je.... Kihkihkih...

Tapi dah heboh daa... Bukan dalam tenis je, dalam bola sepak, dalam bola jaring... Sekolah yang sama gak yang wat pasal...

pejal82 said...

takper..cikgu skolah nie semua hebat2...tahniah..walaupun bukan juara..

Yong Zahura said...

Yup... kitorang kalah bermaruah... setakat taktik kotor tu, kitorang tak heran laa... hikhikhik...

Gee GTG said...

sabo2..hehe..ujian2...

dolphin said...

truknye..sek mane jdk pengelola 2? meh kte fire bramai2..
teacher..
add blog bru sy..
mynameishawa.blogspot.com

blog lame death dy..
hehe..

Ika Zalikha said...

hehehe... assalamualaikum...
hai ckg, ika bru bukak blog ckg ni... coz ika bru buat blog... kih kih kih
mmg hantu tul lah skolah yg main kotor tu... ish ish ish.... ingatkn dah ok thn ni, tp hampeh...huh...
menyampah pon ada... dah sijil saya dua tahun x dapat lg..huhuhu
mmg x bleh blah...hahahaha