Mesti korang macam agak konfius dengan aku, kan? Sebab blog aku dah tak macam dulu. Aku boleh je nak blog aku hepi je macam dahulu kala (Cheh, macam la purba sangat aku nih).
Tapi kena faham jugak, hidup kita tidak selalu indah. Bukan hari-hari kamu boleh nampak rama-rama terbang sambil senyum simpul dan kenyit mata pada bunga-bunga yang menghiasi taman. Kamu jangan terpedaya. Senyum dan kenyit tu taktik saja. Lepas itu madu dihirup.
Sama macam lelaki-lelaki di dunia. Ya, aku tahu. Tidak semua. Tak payahlah nak melenting. Kalau kamu tak makan Chachos cicah Thousand Island, kamu takkan terasa sedapnya. Wah. Bolehkah ayat aku itu menggantikan "siapa makan cili, dia terasa pedasnya"?
Taman itu pulak belum tentu selalu cantik dan indah. Bagi masa seminggu je, kalau Majlis Perbandaran / Bandaraya / Daerah tak angkat sampah, kamu sudah dapat bayangkan apa yang akan terjadi, bukan?
Rakyat Malaysia memang pengotor. Titik.
Sumpah aku tak tipu.
Eh, sudah lari topik pula. Benarkah topik aku sudah pandai berlari? Aku rasa macam baru sahaja aku melahirkan topikku tadi. Cepat betul topikku membesar. Lari baik-baik ya, topik? Jangan jatuh, nanti luka.
Topik bukan nama manja seseorang yang bernama Taufik.
Entry aku yang paling akhir itu merupakan cara aku menyampaikan rasa tidak puas hati aku yang tidak lagi hanya sebesar atom, tetapi sebesar kesan bom atom. Ya, tindakbalas berantai yang berlaku sudah pasti akan menunjukkan akibatnya. Sudah 3 tahun aku rasa geram tidak terhingga. Tahun ini aku luahkan sahaja. Apa aku peduli?
Aku tahu, aku manusia kental, hebat, laser, bitchy, ganas, melampau, kejam, kurang asam.
Di dalam blog.
Di kehidupan sebenar, aku rasa aku tidak mahu menunjukkan aku tidak puas hati dengan kejam. Walaupun aku mampu. Tidak percaya? Try me. Kamu akan menyesal dilahirkan di dunia ini dan mengenali aku.
Oh ya, topik aku yang baru menamatkan larian 4x400 meter lari setempatnya itu adalah marah. Ya, marah. Aku manusia (bagi yang tak perasan aku ini manusia la). Aku bukan vampire yang cool seperti Bella Swan. Jadi, aku ada rasa marah. Eh, vampire pun ada rasa marah, okay? So, mana ada makhluk di dunia yang tiada rasa marah? Tipu kalau ada.
Tak semua orang faham macam mana aku marah. Ramai yang cakap aku susah marah. Tidak. Aku sangat mudah naik marah. Cuma, aku susah menunjukkan aku marah. Itulah masalah aku.
Tubuh aku tidak pernah menunjukkan respon yang betul ketika aku marah. Marah yang menggila dalam diri aku akan membuatkan aku menangis. Ya, menangis. Aku betul-betul benci pada diri aku ketika aku marah. Sedangkan dalam diri aku, ada keinginan untuk aku menampar pihak yang buat aku marah itu.
Aku dah siap pasang niat lagi.
"Sahaja aku terajang pihak di depan aku 10 kali tunai kerana aku marah"
Tapi tak. Aku akan gigil, suara aku tersekat-sekat, dan air mata aku akan jatuh. Aku benci situasi itu. Aku benci dianggap cengeng. Atau bahasa pasarnya kuat nangis. Eleh, yang cakap orang cengeng tu, kau bagus sangat ke? Sekurang-kurangnya aku tak jerkah-jerkah orang, okay??
Tapi, tak semua juga yang tak faham. Ada yang faham. Ada juga yang cakap, menangis tu tak bermaksud lemah. Ada orang menangis sebab sedih. Ada yang menangis sebab tengah tumbuk bawang. Ada yang menangis sebab Shah Rukh Khan menangis. Akukah itu? Ada orang menangis sebab marah. Aku lagi. Ada yang menangis sebab anak dia yang konon pelajar cemerlang baru umur 15 tahun dah gedik gila nak kahwin dengan jantan yang tak faham bahasa kalau mak tak bagi mesti ada sebab. Aku memang kasihankan orang itu. Sabar makcik, Allah akan balas kesabaran makcik. Biarlah anak makcik itu belajar dari kesusahan. Bila dia dah susah nanti, dia terhegeh-hegeh cari makcik balik, makcik sepak je dia. Kalau makcik tak sanggup, biar saya tolong sepakkan.
Eh, topik aku masuk acara berlari lagi.
Ada anak murid aku datang ambik keputusan SPM, merah-merah mata. Menangis. Masa aku tengok keputusan dia, ok je. Tak ada subjek yang tak kredit pun. Maknanya, gembira pun orang menangis juga.
Ada jugak anak murid yang datang ambil result bergelak ketawa. Lepas dapat result, ketawa lagi besar. Padahal, aku yang edar result untuk kelas dia. Aku tahu seluruh kelas itu berjaya menjadi juara 'All German'. ('All G', kalau kamu faham apa maksud aku.) Maknanya, ketawa tak semestinya berjaya dan gembira.
Dan di sini aku nak bagi pengumuman, kalau ada syarikat kad-kad promosi pelancongan nak bagi kamu kad diskaun, tak payahlah terima. Semuanya tipu sahaja. Lebih-lebih lagi kalau syarikat itu mempromosikan Celebrity Card, dan pegawainya bernama Cynthia. Memang penipu besar.
Jadi, kalau aku marah, aku akan balik rumah, bukan air-cond, tarik selimut dan tidur.
Walaupun anak-anak aku memekak bagai nak rak di tepi salur koklea aku, aku rasa itu lebih baik dan lebih seronok untuk aku.
Lagi bagus dari layan kamu, orang yang membuat aku marah.
No comments:
Post a Comment