Sunday, April 25

Tetek. Ya, tetek. Kenapa, tak boleh?

Tadi, meluangkan masa berjalan-jalan bersama keluarga. Maklumlah, hanya sekali seminggu, itu pun masa yang agak singkat kerana encik suamiku bekerja. Dan kerana concern atau ambil berat, encik suamiku sibuk mahu membelanja aku facial treatment. Khas untuk resdung. Sebab dia perhatikan kebelakangan ini aku asyik sok-sek, sok-sek sahaja. Haip, haip, itu bukan sound effect untuk aktiviti menganyam ketupat @ mengumpat, okay? Itu bunyi selesema.

Disebabkan aku ini bukannya rajin lagi dah nak buat facial apa ke benda alah tu semua, so aku meng-ignore sahajalah offer encik suamiku itu. Jauh di sudut hati, baik duit buat facial tu, aku beli bubble tea, dapat gak 9 cawan. Pergh, statementku ini, kalau encik Pejal baca, mesti membara tahap Gaban punya...

Oh ya, Gaban adalah hero pujaan remaja di awal tahun 90-an. Setanding dengan Shin Chan bagi zaman kamu...

Aku nak cerita apa ya sebenarnya?

Shin Chan?? Bukan...

Gaban?? Pun bukan...

Bubble tea?? Chocolate Mint Ice Blend, Blueberry Milk Shake, Mocha Ice Blend extra Pearl... Bukan...

Oh ya.... Tetek...

Oopss, oopss... Ini bukan bacaan 18SX. Dan aku rasa perkataan tetek bukan lagi satu perkara taboo dan lucah. Kalau disebabkan perkataan tetek, korang nak banned aku, silakan. Tapi sila ambil tindakan berani yang sama untuk membanned majalah Mangga yang haram tak berfaedah tetapi menjadi kegilaan ramai itu.

Situ lagi banyak tetek, korang tak bising pun... Siap ada gambar lagi. Aku tulis sahaja. Tetek. Eh, tertulis lagi.

Aku tidak tahu kenapa, sungguh ramai perempuan, eh, wanita, eh, betina di luar sana sungguh suka mempamerkan sebahagian tetek mereka di khalayak umum. Sebab pada pendapat aku, orang yang tidak malu ini sebenarnya gila. Kalau begitu, kita panggil sahajalah pekerja Hospital Permai di Tampoi sana. Tangkap, kasi masuk wad. Jangan dibiarkan berleluasa.

Nah, ramai betul pesakit dedah tetek kat Plaza Kota, lebih-lebih lagi hari Ahad.

Kadang-kadang aku terasa kesian kepada bakal anak kamu. Nak minum susu nanti, mesti tak berkhasiat susu kamu itu, kerana telah terdedah dengan pencemaran udara. Elok-elok patut tetek itu tertutup, kamu sembul-sembulkan...

Suami aku kata, tengok sahajalah. Rezeki. Dah dia nak tunjuk, kalau tak ada orang nak tengok, sedih pula. Nampak sangat tidak dipedulikan biarpun dengan bangganya dipertontonkan. Ye la, dah muka buruk, kononnya kalau dedah tetek adalah juga orang nak tengok. Jadi, kalau tak ada orang yang tengok nanti, tercabar pula egonya. Mestinya dalam hati betina itu penuh teka-teki,

"Muka dah la buruk, dedah tetek pun tak ada orang tengok? Memang aku nie serba serbi la buruk... Woo woo~ krupkrup~" (sound effect bunyi nangis.. Eh, termasuk sekali dengan sound effect bunyi orang makan Mister Potato di belakang sana)

Memang, dengan akhlak kamu sekali la buruk...

Tapi, kadang-kadang tahu pula malu bila orang stare. Siap boleh ada dialog lagi

"Eii, gatalnya mamat nie. Renung-renung aku pulak" (Kesian mamat tu, tak pasal-pasal kena. Padahal aku rasa dia tengah tengok iklan kerja kosong sebagai cleaner yang tertampal di pintu Plaza itu.)

Dah tak nak bagi orang stare, jangan tunjuk, bodoh!

Sesungguhnya, aku ingin maklumkan di sini bahawa :

Tak ada sesiapa yang akan pandang kamu dengan tetek tersembul begitu dan pada fikiran orang itu akan berkata "Lawa gila minah nie"

Yang aku pasti, fikiran mereka akan berkata "Gila ke minah nie?"

Aku yakin.

Kamu??

p/s : Jangan la pose maut nampak tetek kamu dalam Facebook... Keji siaa...


p/s/s : Contoh terbaik.. Sukalah tu... Sukalah tu... Ha, jangan kelip mata. Baru boleh tengok lama-lama...

p/p/s : Nampak simbol di sebelah kanan atas gambar itu?? RTM dowh, siaran langsung lagi. Stesyen TV kerajaan tu, bukan swasta.

p/s/p : Dulu Search dan Wings, sibuk suruh kerat rambut panjang. Kalau tak, tak boleh masuk TV. Habis tu, tunjuk tetek, boleh pula? Sungguh pilih kasih...

Credit to : http://www.ohbulan.com

7 comments:

::alifdalmim:: said...

hahaha...gambar tu yg tak tahan tuh...siap ada simbol stesen TV mana satu..eh, ada ea stesen tv tu kt msia??..tak penah tgk la sblum nih..haha

Yong Zahura said...

Sorry ye Ustaz... terseksi pulak gambar tuh...Kehkehkeh..

Itu la.. heran jugak Kak Yong. Rasanya tak pernah tengok jugak stesen TV tu kat Malaysia nie...

Sebab dengar ceritanya stesen itu amatlah ketinggalan zaman dan membosankan....

::alifdalmim:: said...

dan ayie rasa cerita amat benar belaka.. :D

pejal82 said...

yong..aku dah baca dah..huhuhuhu..jahat2..tapi takper..bubble tea aku tukar ke cendol..ngeh2..lagi senang nak cari kat sepang nie...

aizuemi said...

hahahhaha.. muhahahha.. gelak.. gelak..

Rafieq (◕‿◕)3 said...

mungkin sbb diorang terlalu panas disebabkan dosa mereka beraksi panas yg membuatkan mereka inginkan yg panas mcm mangga panas..

PANAS?? da ketinggalan laa.. skunk HOT FM.. HANGAT FM.. no laa adegan2 pns nih.. buat sakit mate je tengok..

kajian dibuat bhw lelaki dpt meningkatkan tenaga mereka apabila melihat wanita cantik berulang2 kali (mitos)

Hukum menyatakan perlu untuk seorang BAKAL SUAMI melihat wajah isteri berulangkali bagi mengenali dengan lebih dekat..(FAKTA)

kajian dibuat lelaki yg melihat "payu dara" wanita seksi yg bulat boleh memanjangkan usianya (mitos)

mereka yang tidak menutup aurat dan tidak menghalang pandangan menonton yg haram akan berdosa,, Usia ditambah(hnya Allah yg tahu) bagi peluang untuknya insaf ALLAH MAHA ADIL

Yong Zahura said...

Good facts, Rafieq...

Hanya Allah yang mampu menyedarkan mereka. Semoga mereka (dan juga kita semua) sempat bertaubat atas segala dosa kita...

Aminn~