Maka Isnin pun bermula. Hairannya, bila sampai je pagi Isnin, takde pulak Monday Morning Blues aku tu... Apa peningnya otak aku nih? Monday Morning Bluesnya jatuh pada hari Sabtu?? Hehe... Jangan tanya aku, tanya otak aku. Eh, otak aku dan aku tak samakah? Eheh..
Hari ini, aku rasa dalam sejarah sekolah aku, perhimpunan pagi ini adalah di antara yang paling tenang. Aku rasa mungkin sebab faktor cuaca yang redup. Atau sebab guru bertugasnya berucap dalam Bahasa Inggeris. Bukan pelajar-pelajar aku tidak faham. Tetapi konsentrasi yang perlu diberi lebih tinggi kerana Bahasa Inggeris itu perlu dihayati untuk difahami. Tapi aku lihat, pelajar-pelajar di kelas tertentu, sama sahaja responnya. Mungkin kerana tiada satu pun bahasa lain selain bahasa yang dia cakap hari-hari itu sahaja yang dia faham.....
Sepatutnya orang yang tidak faham Bahasa Malaysia, boleh dihalau dari Malaysia.... Tiada semangat langsung dalam menghayati Perlembagaan Negara. Warga Bangladesh datang tak sampai setahun sudah boleh berbahasa Malaysia walaupun dengan slanga sedikit pelik. Ini mengaku lahir di Malaysia, bertahun-tahun bersekolah di Malaysia, tetapi Bahasa Malaysia pun tidak faham.
Apa kes??
*guna nada comel dan pelat Nasha Aziz dalam cerita Cinta Luar Biasa. Ke Bukan Cinta Biasa? Ke Cinta Biasa-Biasa? Ke Cinta itu Biasa? Alamak, aku sudah lupa. Sila Google.*
Dan perhimpunan hari ini juga diserikan dengan penyampaian hadiah dalam bidang sukan. Sekolah aku memang sangat terkenal di daerah Kota Tinggi dalam sukan. Mana ada sekolah lain di daerah Kota Tinggi ini yang setanding dengan sekolah aku dalam bidang sukan. Bukan riak, tapi berlagak. Lihat sahajalah kutipan pingat emas ketika Kejohanan Olahraga Peringkat Daerah. 29 emas, beb!! Meleleh air liur sahajalah sekolah lain...
Bayangkan keadaan Road Runner yang cuba dikejar oleh Wile E. Coyote dalam siri kartun The Roadrunner Show. Ya, Roadrunner (beep, beep!!) itu melambangkan sekolahku, sekolah lain adalah Coyote yang sentiasa makan asap itu...
Nampak Coyote mengejar?? Naik roket pun tak dapat juga mengejar. Sedangkan Road Runner berlari dengan beraki ayam, eh, berkaki Road Runner sahaja. Siap jelir lidah lagi..... Sungguh sinis ayatku ini....
Tadi diumumkan kejayaan dalam
Bola Tampar : Lelaki - Johan Daerah, Perempuan - Naib Johan Daerah.
Bola Keranjang : Lelaki - Johan Daerah
Ping Pong : Tak ingat, banyak sangat..
Sepak Takraw : Johan Daerah (aku rasa. Tak dengar sebab tengah berbual..)
Yang paling membanggakan, kejayaan beberapa pelajar dalam Kejohanan Olahraga Peringkat Negeri. Dan dua dari mereka terpilih untuk mewakili Negeri Johor ke MSSM.
Malini dan Boyak @ Haikal Hafizi, cikgu doakan kamu berjaya ke SUKMA.
Kelas aku hari ini juga menyeronokkan. Aku gembira dengan kehidupan aku sekarang. Selepas Tuhan bagi dugaan pada aku, Tuhan bagi juga kegembiraan dan kasih sayang dari semua orang yang ada di sekeliling aku.
Benarlah kata pepatah,
"Tuhan datangkan hujan dalam hidup kamu bukan untuk menyusahkan. Sebab selepas berhentinya hujan, Tuhan akan berikan kamu sinar matahari dan juga pelangi yang indah."
Be grateful for what you have in life.
No comments:
Post a Comment