Sunday, November 21

Ada cadangan??

Wah, selepas hampir dua tahun aku ber-blog.... Akhirnya berjaya jugak aku sampai ke post yang ke-100. Aku memang saja je pending post nie, sebab aku rasa aku nak tulis perkara bermakna la untuk post yang ke-100 nie. Konon arr, kan??

Dah besar dah blog aku nie. Dah dekat dua tahun dah. Nanti dia umur empat tahun, aku rasa macam nak daftar dia masuk tadika Sepanyol. Biar dia belajar bahasa Sepanyol sampai pandai. Mesti lepas nie, blog aku pandai kelentong aku... Sebab aku tak faham sepatah haram pun bahasa Sepanyol....

So, di samping Facebook, aku nak wish Selamat Menduduki peperiksaan SPM dan STPM kepada semua yang berkenaan dalam blog ini juga. Semoga kejayaan menanti korang. Asalkan korang berusaha, cikgu rasa korang akan mendapat kejayaan yang setimpal dengan usaha korang.

Wah, sedar tak sedar, anak-anak murid kesayangan aku kat Tenggaroh yang aku ajar masa dia orang masih lagi belum baligh, dah nak SPM rupanya.. Haha, marah la mereka kalau mereka baca ni. Ye la, aku mengajar mereka ketika mereka di Form 1, memang ada pun yang masih kebudak-budakan. Agaknya kalau aku jumpa mereka, mesti aku tidak kenal mereka lagi.

Apa-apa pun, semoga kejayaan menjadi milik korang dalam SPM 2010 ini, okay??

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Niat di hati mahu meletakkan gambar family day. Terlupa pula gambar-gambar itu di laptop aku. Di laptop suami ini, banyak tentang haji dan umrah sahaja. Takkan pula aku nak postkan itinerari umrah bulan Disember 15H 12M pula dalam entry aku ni Jadi, sekejap lagi aku akan meletak gambar-gambar itu setelah aku berpindah ke laptop aku sendiri. Cakap macam jauh sangat laptop aku tu. Padahal kat sebelah aku ni sahaja. Aku perlu menghalau 'raksasa' di sebelah dahulu, barulah aku dapat meneruskan hasrat aku untuk menggunakan laptop itu.

Tak apa, aku tak perlu bantuan bakal menantu aku.

"Syoh, syooh.. Tepi sikit Danial. Kak Yong nak guna laptop."

Ahaha~~

Tengok, tak payah Ultraman Cosmos datang pun, aku boleh jugak menghalau beliau. Terima kasih raksasa di atas kerjasama yang diberikan...

* * * * * * * * * * * * * * * * * *

Start sahaja musim cuti ini, aku rasa aku telah secara tidak rasminya bertukar menjadi chef restoran. Sebab kerja aku sekarang adalah

i. Fikir nak masak apa.
ii. Masak apa yang aku dah fikir tadi.
iii. Ulang i dan ii.

Ini kerana adik-adik aku dari Serdang datang. Seronok, seronok.. Kerana aku ada bibik percuma. Haha. Percuma la sangat. Makan ditanggung beb!! Kalau ikutkan hati mau sahaja aku postkan makanan-makanan ala barat, melayu, cina dan Nigeria (?) yang telah aku masak.

Tapi aku belum lagi teringin mahu menukarkan blog ini menjadi blog 'Aku Memasak'.

Jadi, sekian dulu rancangan kita pada hari ini. Jangan lupa ya, untuk mencuba resipi yang telah ditunjukkan sebentar tadi. Siapa kata memasak itu susah? Memasak itu mudah dan menyeronokkan, bukan??

Jumpa lagi di lain rancangan. Bye!!

(sambil makan apa yang telah dimasak tadi dengan gaya control ayu dan juga pura-pura bahawa masakan tu sedap sebab kamera sedang merakam)

3 comments:

Anonymous said...

thanks mama..doakan saya dapat jawab dengan baik semua soalan spm tu ye..wah2..perasan je lbhkan sye ni..pdhal br pas pmr je..hehe..biasalah da nma pon ank2 mama kan..semua ikot gila-gila mama tu taw skrg.. =) (ops sorry terbebel pulak kat sini)

Yong Zahura said...

haha....

takpe, takpe... bebel je...

mama suka...

ahaha, aww~~

aizuemi said...

i pun shuke nyah~~~