Friday, November 5

Teka aku kat mana...??

Woh... Syok woh...

"Kenapa??"

Family Day Tiram Travel Sdn. Bhd.

"Kat mana??"

Bukit Gambang Resort City, Kuantan, Pahang..

Memang best la tempat nie... Aku setuju dengan hang, Ngah... Memang best...

Disebabkan nama dia 'Resort City', konsep dia memang berbeza la dengan mana-mana hotel yang lain. Kat bawah blok aku (Blok N1) ada arked. Siap ada mesin tukar token lagi... Kelas gitu...

"Arked? Apa tu...??"

Ala, arked.. Arked pun tak tau?? Nama famili dia Orchidaceae. Yang kita boleh buat hiasan tu, tanam dalam pasu.... Kaler pink, purple, putih... Ada yang tanam dalam arang... Ada yang tak sempat tanam dah mati....

"Eh, tu bukan orkid ke?"

Ye ke?? Ehehe.... Salah la pulak

"Cheh..... Cerita yek yek je..."

Banyak cakap pulak... Kau pergi cari sendiri la maksud dia. Semua nak harap aku. Aku kan busy. Maklumlah, angkasawati pertama negara. Ewah..

Sambung cerita.....

Dan bersebelahan dengan kolam renangnya yang indah, ada mesin K-Box. Atau versi Bahasa Jepunnya, kita panggil 'ka-ra-o-ke'.. Maksudnya dalam Bahasa Melayu : Kalau kamu tak nak ditinggalkan sebatang kara oleh orang lain di pusat karaoke itu, maka kamu kenalah menyanyi dengan okey. Nampak, ada kaitan di situ.

Fuiyoo.... Aku dah berura-ura nie... Malam nie nak bagi budak dua orang tu tidur awal, sambil dating-dating kat tepi kolam, lepas tu terus masuk karaoke... Pergh, dari elok-elok Kuantan tak banjir..... Aku tak nak sambung ayat itu. Hee...

Aku belum jumpa gym, tapi adik aku cakap ada. Tak apalah, aku sudah pun cukup exercise rasanya apabila seharian melayan dua budak kecik yang dah pandai lawan cakap aku tu.... Ditambah pula dengan latihan J-Robik yang aku lakukan dengan anak-anak didikku yang nak masuk pertandingan pada 7 November ini, aku rasa aku sudah cukup fit dan aku tak perlu ke gym lagi...

Hari ini lebih kepada hari meeting. Suamiku ada meeting petang dan malam ini. Esok barulah enjoy... Kami akan bersukaneka, akan ke Bukit Gambang Waterpark, dan malamnya ada Annual Dinner.

"Waterpark?"

Laa, aku ingat dah diam dah.... Ada lagi soalan rupanya.

"Tadi aku khusyuk dengar kau cerita"

Owh, okeh.

Ye la, waterpark. Macam ala-ala A Famosa Resort yang kat Melaka tu. Weh, bukan A Famosa yang peninggalan Portugis kat bandar Melaka tuh... Tapi sorry la ye. Pada pendapat peribadi aku, tempat makan kat sini jauh lebih selesa, staff di restoran hotel ini lebih ramah, dan makanannya lebih sedap dari A Famosa. PENDAPAT PERIBADI ye?? Aku caps lock-kan di situ untuk mengelakkan komen anonymous yang bangang. Yang cerdik aku terima.

"Gambar takde ke?"

Nanti ye, bila rumah aku dah dipasang Streamyx nanti, aku akan upload gambar. TM dah janji paling lewat, Streamyx akan dipasang minggu depan. Kalau aku rasa malas nak upload di blog, aku upload di Buku Muka aku...

Dan dengan ini aku berjanji....

Aku akan berusaha sedaya-upaya untuk memaksimumkan kemunculan wajah jelitawanku di kameraku sendiri pada Family Day tahun ini... Hoh, sungguh sedap ayatku itu...

Sekian, terima kasih.


































Apa yang kau scroll tu?

Ini bukan surat rasmi, daa. Memang kamu takkan jumpa la "Berkhidmat Untuk Negara" tu...

Keh keh keh......

4 comments:

dolphin said...

teacher!!kat gambang waterpark ke?
saya kat ump..rindunye nak jumpe teacher!!
nak phone number boleh?manela tau nak g sane ke..

Yong Zahura said...

la... tadi kitorang dah tersesat ke UMP dah... patah balik kat tol masuk simpang ke waterpark...

019-7100481. Teacher ada kat sini sampai ahad pagi.

syukur said...

berjangkit la banjir sampai kat pahang.kesian org gambang.ish,ish,ish...

Yong Zahura said...

hohoho...
tak pun??
5 lagu straight gua bantai karaoke, okey jek?? hujan pun tak...