Wednesday, June 1

Apa-apa Aje~~

Malam-malam nie, bersemangat pula nak menulis. Dah penat menanda kertas, main game, melayan anak-anak, makan laksa home-made, tengok TV, main game lagi, melayan anak-anak, tengok TV lagi, makan laksa lagi... (haha, berapa kali je aku ulang menanda kertas :p)
So, ada dua perkara yang mencetuskan idea aku untuk menulis. Pertama, cerita pertunangan Khairul Fahmi Che Mat dengan adik jejari runcing yang comel. Yang kedua, cerita perkahwinan kawan aku sejak matrikulasi lagi, Ahmad Fedtri Yahya dengan pasangannya, Nurul Anati.
JIKA ANDA MENCARI CERITA TENTANG KFCM, CERITA BELIAU TELAH AKU BERAMBUSKAN DARI BLOG AKU. WAT SEMAK AJE. APA-APA PUN, AKU MASIH SAYANGKAN BLOG JEJARI RUNCING :D

Pantang betul aku bila lelaki tu dah berjaya, terus lupa orang sekeliling. Rasa dah hebat sangat. Sedangkan dulu, si girlfriend tu la yang bersusah payah, banyak bagi pertolongan, sokongan, bantuan. Tapi bila kau dah glamour, kau buat apa? Kau lupakan dia. Kau putuskan pertunangan. Kau cari yang lain. Kalau yang lain tu lebih baik, tak apa juga. Nie, plastik. Mekap je tebal. Aku rasa kalau kau tu masih lagi orang miskin yang duduk kat ceruk felda sana tu, tak adanya pompuan tu hinginkan kau. Sebabkan duit kau la, dia nakkan kau tu.. Pastu, dengan duit kau jugak, dia bina rumah, buat bisnes, pergi melancong... Ala, macam-macam la...
Eh, aku bagi contoh je ni. Segala persamaan dengan sesiapa sekalipun adalah 'tidak' disengajakan..
Setiap perbuatan kita Allah bayar cash, kot? Sebab aku rasa, dari mana-mana sudut pun, bekas tunang kau tu, dapat lebih banyak rahmat dari Allah. Suami yang lebih baik, dapat membimbing ke jalan yang lebih direstui... Ya Allah, Kau memang Maha Penyayang...
Then, aku nak ucapkan tahniah untuk kawan aku, Fedtri. Aku memang respek sangat mamat nie, sejak first time aku tengok dia masa bagi manifesto untuk pilihanraya kat matrikulasi aku. Aku dapat rasakan yang dia lain dari yang lain. No, dia bukan alien. Dia cuma seorang manusia yang berilmu, tetapi menyampaikan ilmunya dengan gaya yang tidak stereotype. Dia unik, ada personaliti tersendiri.
Aku tahu, ada banyak dugaan yang dia tempuh masa di matrik. Aku selalu dengar sok-sek sok-sek di sekeliling aku yang mengata dia macam-macam. Semua yang Fedtri buat serba tak kena. Ada sahaja komen tidak membina yang diberi. Yang bercakap tu, macam dia tak pernah buat salah. Then, kalau dia rasa dia hebat, why don't you come out with your own ideas? Langsi je lebih.. Tapi zaman tu belum ada lagi cerita Kongsi... Kalau tak... Lu langsi, lu mati la, wei!!
Aku tak boleh nafikan, Fedtri memang tabah. Banyak kot dugaan untuk dia kat matrik. Hanya dengan satu kes pencalonan main-main, sampai ada yang konon-konon nak tikam dia dengan pisau la, apa la... Apa pun tak boleh laa mereka itu. Those things were made for fun, la.. Itu pun nak kecoh-kecoh. Sebab tu la masyarakat kita tak maju-maju. Jumud kata kamus. Mentang-mentang dia nampak macam 'sosial' sikit, korang terus nak cop dia tak islamik. Apa yang dia anjur masa matrik, korang mesti pandang serong. Macam yang aku cakap, Allah memang bayar cash. Aku tengok, orang yang dulu beria-ia sangat merasakan dia 'Islamik', sekarang jauh lebih ketinggalan dari Fedtri. Bangga siot aku dengan kawan aku sorang nie. Tabah dan tenang. Dan dugaan itu berterusan hingga ke universiti, USM Pulau Pinang.
Satu lagi yang aku respek adalah dia yakin dengan apa yang dia nak. Dengan result matrikulasi yang sangat gempak, dia mengabaikan course perubatan yang orang lain bagai nak gila terkejar-kejar, dan dengan selambanya memilih Mass Communication. Dari situ, aku dah nampak bahawa, dia ada hala tuju yang dia nak capai. Dia berjaya membuktikan, tak jadi doktor bukan bermaksud dunia dah nak kiamat. Potensi diri boleh dicapai dengan berbagai-bagai cara. Sebab itu jugak, aku bangga menjadi cikgu. Sangat bangga. Kalau waktu itu boleh diputar, keputusan menjadi cikgu itu adalah satu keputusan yang takkan berubah. Seteguh karang di laut.
Dari matrikulasi, sekali lagi kami berkongsi desasiswa yang sama, Desasiswa Fajar Bakti (2000-2003). Desasiswa yang menemukan aku dengan suami aku sekarang. Serius Fedtri, (walaupun hang tak baca blog ni) aku masih teringat lagi saat kita lepak-lepak kat cafe, bercerita tentang macam-macam perkara. Dengan ayat bunga-bunga hang, penat seh nak menjawab. Suami aku pun ingat lagi saat hang pi dinner dengan bulu burung merak tercacak kat songkok hang. Kalau bab bergaya, hang memang hebat :D. Dan aku dengan Salim amat hargai phone call hang masa hang ternampak kami kat KL dulu. Aku doakan hang terus maju, terus berjaya dengan hidup hang. Dan diucapkan juga selamat pengantin baru, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. Thanks sebab sudi bagi SMS memaklumkan tentang wedding hang berbulan-bulan sebelum majlisnya. Aku tak dapat pi yang kat Kelantan, dan aku rasa aku tak dapat jugak nak pi yang kat Pantai Remis. Anyway, aku dah balas SMS hang, kan? :D
Hari nie emo sket, maybe sebab menaip di tengah malam buta (kesian malam, tetiba buta). Dan juga terharu dengan apa yang berlaku kat sekeliling aku. Pengajarannya, kadang-kadang kita rasa kita baik, dan dengan mudah menganggap orang lain itu tidak baik. Ingatlah, hidup kita ibarat roda, kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Allah lebih mengetahui tentang apa yang berlaku di masa depan. Salah dengan manusia, kita kena minta ampun sendiri dengan manusia itu, barulah langkah kita masuk ke syurga dipermudahkan-Nya.
Renungan ini untuk kita, dan diri aku juga. Aku pun tak baik. Sebab aku manusia, bukan Rasul yang maksum.

6 comments:

::alifdalmim:: said...

ooooo...dia kawan kak yong ke??..boleh la jual nama lps nih..

"kau tahu, Fedtri tu kawan akk sedara aku..kau tahuu.." hahaha

btw, tgk kt Tv pun da nmpak dah dia ni mcmana..sgt berkaliber..

so tak heran la ayie pun amik langkah sama abis degree apply cikgu tak mcm sesetngah org yg 'budget islamik' tu kondem lpsan degree jd cikgu..dia suh ikut jejak dia jd peguam~ huhu..takde la aku kesah de..

Yong Zahura said...

Itulah, ada sesetengah orang suka sgt prejudis. Habis tu, kalau semua orang 'pandai' tak nak jadi cikgu, siapa yang nak didik pelapis-pelapis untuk semua kerjaya profesional tu?

Kena sedar la, semua kerjaya profesional itu dapat dicapai hasil dari seorang guru... Tak kira la tadika ke, sekolah rendah ke, sekolah menengah ke, kolej, U, maktab... Semua sama.

Haha, oo, nak jual nama ye? takde hal. SMS jemput kahwin tu pun kak yong simpan lagi :D Memang dah kawan lama..

Apa-apa pun, dia memang seorang insan yang berkaliber. I agree with you~~

adeqs comeyll said...

terbaek la entri nie!~ XD

Yong Zahura said...

Adik :

Apa yang terbaik tu? Takut laa plak... Hehe :D

Anonymous said...

yong...
loyalty khairul fahmi dah jadi history la.sama la mcm "mamat felda" rekaan yang x wujud tu.

Yong Zahura said...

haha...
tu la...

lelaki memang tak guna...
bila senang sikit, mula laa lupa daratan...

fedtri jugak yang aku respek sampai bila-bila...