Thursday, December 6

Susah betul nak buat tajuk. Haha. Tu pun dia, dah ada tajuk. Lol.

Kita wat storyline bergambar je, boleh? Tanpa event apa-apa yang nak diceritakan. Jenuh woo nak curi masa menulis blog. Since Najlaa dah berusia 8 bulan. Beliau tidak lagi mahu tidur siang. Susah sungguh nak curi masa menulis blog. Nak tulis malam, masa tidurkan Najlaa, dengan aku sekali tidur terus sampai pagi... Haha.

Random stories. Tapi mostly dah upload kat FB. Maklumlah, takde bahan lagi dah nak upload. Belasah aje la eh?

Random 1 :

Dalam bulan lepas, aku ada tempah bantal yang specially customized untuk anak-anak aku. Masa mula-mula nak pilih design tu, pergh... Leceh jugak. Tapi kalau ikut step-step dia, senang aje sebenarnya. So dengan sabarnya aku tunggu sampai naik lupa dah yang aku ada tempah bantal ni. Sampailah aku dapat message dalam inbox FB aku suruh aku settle payment. Dah siap dah, dia dah nak pos. Baru aku teringat. Dan keterujaan kembali. Chewahh ayat skema.


Sampai aje, dah sah-sah mak dia yang terover. Cepat-cepat bukak kotak dan walla~ Sungguh cantik hasilnya. Yelah. Dah maknya tak pandai menjahit menyulam bagai. Haruslah tempah, ye tak? Kalau aku pandai buat semua, rugilah orang bisnes. Hahaha~


Yang ni si kakak punya. Nampak macam kelabu-kelabu sebab effect plastik yg balut tu.


Abang punya. Gambar kereta. Memang matching la dengan katil dia tu. Hehehe...


Katil abang yang aku maksudkan. Penat cari online. Sekali kedai Soon Huat Kota Tinggi ada rupanya. Haha. Nasib baik la abah diorang okay je dengan cadangan aku nak cari katil camni. Siap sponsor lagi. Selamat duit den. Wakkakaka.....


Bantal Najlaa. Yang ni sebenarnya saiz kecik. Padan la dengan tuan dia yang cinonet bam-bam tuh.

Yeah... Time untuk main!! Kotak hasil pos bantal, kita buat kereta, ye Najlaa ye? Huhuhuh.... Ni muka tengah cuak lagi ni.

Bila dah berani sikit, nampak?? Muka dah konfiden siap sengih tunggu mak dia amek gambar. Hamboi. Hover serupa mak dia. Kuikuikui....


Tak yah cerita la berapa punya hepi dah time ni. Siap gelak ha-ha-ha... Owh, bukan Haha Running Man ye. Sebab ai minat Jong Kook... *tetiba*


Najlaa mengobserve bantal beliau dengan penuh minat. Kaler dia cantik, sulam dia pun kemas.


Saja main timpa-timpa bantal. Eh, suka pulak dia.... Kihkihkih...



No comments: