Wednesday, January 2

Gabra Hari First Sekolah. Nak bergolek jantung aku dibuatnya. Tajuk tak panjang, tak boleh, eh?

Salam 2013 semua!! Haha. Lambat pulak 1 hari. Takpe, korang anggap je aku guna garis masa Amerika Selatan. Chewah, kengkonon mat saleh la plakss....

Aku saja pilih hari ni nak update blog, sbb ada bahan cerita. Kalau tak aku pun tak tau aku nak merepek kerepek apa kat blog ni ha. Since ada bahan nak cerita, kita update sajorkk...

Ok, officially, anak sulung aku dah masuk darjah 1 pada 2 Januari 2013 ini. Dari malamnya aku yang 2,3 kali round check barang-barang sekolah dia. Dia rileks je bantai berdengkur siap mengigau pegi minum air lagi kat dapur. Macam mana aku tau kata dia mengigau? Sebab dia menonong je pegi dapur tak tegur aku kat depan TV. Biasanya dia akan datang meleweh leweh dengan aku. Ni dia keluar, bukak peti ais, tutup peti ais, masuk bilik balik. Memang impossible la dia tak perasan aku yang tengah khusyuk dok melayan Najlaa tak mau tidur. Pukul 2 pagi baru tidur itu budak kecik. Fengsan mak kau nakkk...

Inilah dia bahan upload aku hari ni.

Kakak dan Zikri dah sekolah! Wahh, terasa betul peningkatan usia. Aku teringat lagi masa bersalinkan Eizzah, tengok-tengok dah darjah 1 dah anak aku. Zikri yang manja tu pun dah tadika 5 tahun. Tapi dia sangat selamba di tadika sebab semua teacher dah kenal dia. Sebab dia adik Eizzah, taiko tadika. Huhuhu....

Dari pukul 5 aku dah bangun siapkan bekal Najlaa. Sejak naik cuti, dia dah tak nak minum susu guna botol. So, haruslah kena masak bekal dia hari-hari dengan menu berbeza agar dia tak bosan. Lepas tu, masak breakfast budak dua orang ni pulak. Aku plan aku nak mandi dulu sebelum budak berdua ni. Tapi pukul 5.45 abah diorang dah kejut dua-dua untuk mandi. Hari ini dalam sejarah kau, dua-dua bangun takyah aku mengaum. Semangat first day kata orang. Harap maintain ler sampai hujung tahun. Tapi aku tak amek cuti pun hari ni. Laki ai yang settle semua urusan sekolah. Sambil dia nak usha jalan kot mana yang kurang jammed nak hantar bebudak ni sekolah pagi-pagi.

Dalam pukul 1.30pm, suami aku call nak tanya tentang Eizzah. Aku pun cakap la aku belum balik sekolah pun lagi. Then, aku call rumah ibu (pengasuh) diorang. Sekali diorang cakap Eizzah tak naik van! Anak pengasuh aku dah round satu sekolah cari dia, tapi takde. Bila semua kelas dah tutup, pengawas semua dah balik, so si Iqa (anak pengasuh) ni ingatkan laki aku amek Eizzah bawak balik. So dia pun balik la naik van.

Aku pun apa lagi. Cepat-cepat kemas beg, start enjin kereta, terus pecut la pergi sekolah dia. Runsing gila kot.. Aku takut dia main naik aje sebarang-sebarang van yang dia jumpa. Aku tak yakin sangat dia seberani itu, sebab aku dah pesan, nak naik van kena ikut kak Iqa. Tapi bila Iqa kata dah cari satu sekolah tak jumpa, giler cuak kauuu.... Sepanjang perjalanan tak putus-putus aku doa agar dia ada je kat sekolah tu.

Bila aku masuk simpang tu, terus nampak dia bawah pondok depan sekolah, dengan 2 orang cikgu tengah temankan. Ya Allah, mengucap panjang, macam nak sujud syukur kat situ jugak kau. Lega sangat-sangat tak ada apa-apa. Muka dia pun cuak sangat takut aku marah. Tak kuasanya mak kau nak marah kak oiii... Yang penting ko selamat. Terima kasih sangat-sangat kepada cikgu yang susah payah temankan Eizzah sampai aku datang. Bagus betul cikgu-cikgu SK Laksamana, Kota Tinggi ni.

Bila aku balik rumah ibu diorang, punyalah lega muka ibu dia. Rupanya dia pun siap hantar orang pergi cari Eizzah kat sekolah. Ceritanya, Iqa cuma cari dalam kawasan sekolah. Dia tak sangka Eizzah tunggu kat luar. Sebab kitorang memang dah pesan tunggu kat kerusi dalam kawasan sekolah tu. Dah settle sessi bertukar cerita merangkap sound Eizzah apa yang patut, dia pergi mengaji kejap, pastu baru balik rumah. Hahaha... Macam-macam betul. Yang rileks Zikri jugak. Ibu dia cakap siap tidur guling-guling dalam van, macam van tu mak apak dia punya. Wakkakaka.... Apak ko bayar 20 hengget je duit van tu sebulan nak oii... Jangan hover sangat, boley?

Itu je la kot hapdet terkini. Lain tahun, eh, lain kali cerita lagi. Aku punya lain kali tu, korang bajet la lagi 2,3 bulan. Wahhahaha...

Oh ye. Aku semangat je menaip entry ni sebab dah kena sound setepek dengan silent reader aku si Ida Yuni. Hari tu aku pergi rumah dia menambah berat badan sebab mak dia masak sedappppp.... Hahaha. Tak menyesal jalan jauh-jauh pergi Batu Pahat. Hai, Ida!!! *lambai-lambai tangan sambil flip hair, konon retiss*

Nah. Aku bagi lagi setepek. Gambar budak bam-bam :


Babai for now!!

2 comments:

aizuemi said...

kalo aku jadi ko.. mau glabah.. kompem glabah...

Areef Ibn Naim said...

salam,

alhamdulillah eizzah tk pape...

tulah, tak tau pun cikgu yong ada kt PKG... tp dlm hati ada terdetik gak bila tgk keta2 tu... jupe kak Ayu baru tau... tkpe, in syaa allah next time :)puas makan ikan keli kat CR, hehehe...