Wednesday, October 14

Bangun pagi, renung siling. Eh, apa tu? Oh, cicak rupanya...

Pergh, lama giler seyh aku tidak menghapdet. Sampai aku sendiri sudah tidak tahu apa yang aku mahu tulis. Kerana banyak sangat perkara yang berlaku pada diri aku sepanjang aku tidak memblog ini.

Yang pasti, aku belajar erti kehidupan. Di mana mulut orang boleh membawa kekecewaan dan juga tekanan perasaan. Serius, aku tak faham kenapa. Kalau aku tau siapa orangnya, konfem aku akan berdepan dengannya dan bertanya dengan muka ala-ala kucing Parsi nak masuk pertandingan kucing paling comel. Atau dalam erti kata lain, muka yang dibuat-buat manis, tetapi dengan kata-kata bernada sinis.

"Apa masalah anda, suka sangat bermulut longkang? Atau anda memang dilahirkan dalam longkang? Ataupun anda memang suka melongkangkan mulut anda?"

Tidak apa, aku pendamkan sahaja kata-kata itu. Sebab si bermulut longkang memang biasanya tidak berani berkata di hadapan. Dan konsep hidup aku adalah, jangan pandang belakang. Aku hanya akan hormat pada mereka yang berani bersuara secara berhadapan. Yang hanya berani di belakang, you are a COWard. Ya, anda betul. Aku telah mengkombinasikan perkataan 'cow' dan 'coward' di situ. Bukannya perkataan 'cow' dengan 'ward'. Ada kena mengena ke seekor 'cow' masuk 'ward'? Lebih tidak logik lagi jika 'cow' itu masuk 'ward' kerana demam selesema babi. Hehehe... Dah sah-sah genus dan spesiesnya tidak sama.

Kombinasi itu aku lakukan kerana pada aku, kamu yang hanya berani mengutuk di belakang adalah seekor cow yang coward. Tidak puas hati dipanggil cow? Datang jumpa aku. Aku tunggu. Lebih baik jika kamu panggil sekali semua media massa yang ada, sama ada bercetak atau elektronik. Tapi maklumkan dahulu pada aku, supaya aku boleh bersolek cantik-cantik. Yalah, bukan senang mahu menjadi tumpuan media massa, kan?

Dan dengan bangganya aku umumkan aku sudah terkeluar tajuk.

Apa yang aku boleh simpulkan, syak wasangka dan prasangka hanya timbul pada orang yang hidup dan dirinya memang penuh dengan sifat itu. Aku tidak mahu membangga diri, tetapi memang aku tidak pernah meletakkan prasangka pada orang lain. Aku sentiasa beranggapan semua orang ada hak untuk meneruskan hidupnya dengan cara yang dia inginkan. Siapalah aku untuk menghakimi orang lain. Jadi, bila ada orang lain yang tidak ada kena mengena dengan aku, tidak ada sesen pun duit dia yang aku guna, dan aku tak pernah masuk campur pun dengan hidup dia, mahu menyibuk dengan hal aku, aku memang marah. Bengang. Menyampah. Benci.

Go and get a life, people.

Aku tidak mengatakan apa yang aku buat sentiasa betul. Aku juga perlukan teguran untuk membaiki hidup aku. Sebab Rasulullah S.A.W pernah bersabda, "Sesiapa yang kehidupannya hari ini adalah lebih teruk dari semalam, mereka adalah dari golongan yang rugi". Aku hargai teguran dan pandangan. Sungguh. Tetapi, hendaklah teguran yang berhemah. Teguran membina. Bukan serkap jarang. Atau fitnah. Sabda Rasulullah lagi, "Fitnah itu lebih dahsyat dari dosa membunuh."

Layakkah aku menggantikan Ustazah Nor Bahyah?

Jangan jawab.

Sudahlah, aku sudah penat membengang di sini. Aku mahu tukar topik.

# # #

Aku tahu, topik aku ini akan membengangkan Najat sepupuku. Sebab ada kena mengena dengan cerita Nur Kasih yang dia 'tidak suka' itu. Setelah 3 tahun aku di SMK Laksamana, aku baru perasan yang akulah satu-satunya cikgu yang mempunyai ejaan 'Nur'. Yang lain semuanya samada 'Noor' atau 'Nor'. Dan anak-anak murid manjaku semuanya memanggil aku dengan panggilan Mama.

Jadi, diinspirasikan dari drama Nur Kasih itu juga, aku teringin bangat jika mereka memanggil aku dengan panggilan 'Mama Nur'. Comel kan? Macam aku juga. Hehe. Itu fakta, tahu. Dan, memang itulah panggilan mereka kepada aku. Sebab watak utama cerita Nur Kasih itu juga dipanggil Nur, dari nama Nur Amina. Serius, aku suka panggilan itu sebenarnya.

Najat, sila jangan jeles.

# # #

Suka juga aku mengucapkan terima kasih kepada team marhaban SMK Laksamana kerana sudi hadir dan memeriahkan majlis marhaban di rumah aku pada hari Isnin 12 Oktober hari itu. Terima kasih pada Ustaz Khir dan juga Kak Juhana, ahli group marhaban aku pada hari itu. Dan juga kepada semua guru-guru dan anak-anak murid yang hadir memeriahkan majlis. Semoga ukhuwah fillah antara kita akan berkekalan, Insya Allah. Seronok sangat, terasa eratnya persahabatan dengan cikgu-cikgu dan juga ahli keluarga cikgu-cikgunya sekali. Terasa manisnya mahabbah, mawaddah wa rahmah.

# # #

Ya, jadi aku kembali sibuk dengan online markah percubaan SPM. Rutin berjaga pagiku bermula kembali. Yang untungnya, sekarang Zikri dah tak bangun malam. Dia tidur straight sampai ke pagi. Pandai anak mama..

Oh ya, sebab sekarang ini aku berada dalam mood cinta di awang-awangan, dengan penuh rasa gembira dan bahagia, aku nak umumkan...

Encik Salim bin Ismail,
I LOVE YOU SO VERY MUCH!!
Zura sayang abang sampai bila-bila....

4 comments:

::alifdalmim:: said...

Fuhh...panjang sungguh.. ;p

aizuemi said...

yong!!! aku baru je nk tulis tentang org bermulut longkang.. tentang COWard yg ske bcerita di belakang.. damn it.. cmne ko leh lebih laju dari aku nih.. huhuhuhu~

anyway.. aku sgt bsimpati pada mereka yg ske mengutuk dan mengata di belakang..

Anonymous said...

Ye la,org tengah dilamun cinta.seronok la,bahagia la sangat2 ye.takpe,next time giliran org lain lak nak rasa bahagia sampai kat awan.jgn jeles tau waktu tu.hehehe...tungguuuuuuuuu........

Yong Zahura said...

Ayie : panjang,kan? memang kak yong suka tulis panjang-panjang. puas hati.

Ngah : aku kan terer. hehe.

Syukur : eleh, tak jeles pun...