Tuesday, November 3

Kenapa mesti ada tajuk? Tidak ada tajuk, bolehkah? Tak ada masalah, kan?

Wuhuu.... Aku berjaya!! Berjaya untuk memasuki ruangan blogosfera ini dan menghapdet blog aku. Kenapa ya, kebelakangan dan kedepanan ini aku merasakan yang masa berlalu begitu sungguh amat pantas sekali. Sekejap sahaja aku dah termelangkah ke hari esoknya. Walau dalam hati aku aku siap jerit-jerit "Sabar la masa wei, aku belum lagi stapler kertas soalan Biologi Paper 2 Form 4 laa..." Atau aku siap cakap dengan kaki kiri aku "Jangan la langkah lagi ke hari esok oii. Aku nak lagi duduk di hari ini.." Sedang aku khusyuk memarahi kaki kiri aku itu, dan kaki kiri aku tunduk mendengar hangin aku sambil menguis-nguis pasir di hujung jari kelingking, rupa-rupanya kaki kanan aku pulak yang melangkah. Siap sengih lagi. Kurang hasam punya kaki kanan...

Apasal aikk, semakin hampir cuti sekolah, makin banyak pulak kerja aku nie. Hendak dikatakan aku ini suka procrastinate, tidak pula. Aku rasa akulah antara insan terunggul di abad ini yang sentiasa pergi lebih jauh. Ahaha, maaf Shell, terpinjam pula slogan komersialmu itu. Mungkin kerana aku adalah intan terpilih yang memang banyak kerja. Pandailah aku membuat cerita. Sedangkan pulang sahaja aku ke rumah, aku boleh membodek suami tersayang untuk membuat banyak kerja untuk aku. Terutamanya yang berkaitan dengan komputer, ICT dan teknologi. Terima kasih ya, abang di atas segala kerjasama yang diberikan. Kerana saya di rumah adalah saya yang couch potato. Baiklah, lebih baik panggil saya couch potato chip. Kerana potato chip mempunyai bentuk ramping di tengah. Berbanding sebiji potato mentah yang tidak langsung menggambarkan siapa aku.

Aku pula semakin takut menunggu tibanya kedatangan peperiksaan SPM dan STPM. Di samping aku risaukan anak-anak didikku, aku juga risau kerana dikhabarkan aku bakal menjadi mangsa buli. Hehe, aku mahu lihat berapa berani dia mahu membuli aku. Entah-entah aku yang akan membulinya semula. Baru padan dengan mukanya itu. Dan kalau aku rasa macam aku berani, aku pukul sahaja si kaki buli itu, bukannya besar sangat orangnya. Hahaha, itu pun jika aku beranilah. Aku memang berani orangnya, tetapi berani bercakap sahaja. Berani buat, berani tanggung, kata orang tua-tua. Masalahnya, aku tidak cukup kuat untuk menanggung, sebab itu aku tidak berani buat. Maklumlah, aku bukannya sehebat sang semut yang mampu menanggung beban 40 kali ganda lebih berat dari badannya.

Ya, tiba-tiba aku telah menjadi seperti iklan Astro juga. Untuk menggalakkan ibu bapa melanggan Astro demi pelajaran anak-anak. Kononnyalah. Padahal, bila Astro telah dilanggan, yang lebih-lebih menonton si ibu bapa. Lebih-lebih lagi kalau ada Channel Movie. Akulah itu. Bukan orang lain. Anak-anak aku, aku hanya benarkan menonton Astro Ceria bila tiada rancangan yang aku suka. Masalahnya, mana ada rancangan yang aku tak suka. Silih berganti pula rancangan best di Astro itu. Sekejap di AXN, sekejap di Star World, sekejap di Hallmark, sekejap di TV3, sekejap di HBO, sekejap di NTV7, sekejap di Cinemax, sekejap di MTV, sekejap di ESPN, sekejap di Star Movies. Haa, kadang-kadang ada juga di Disney Channel. Aku suka Hannah Montana. Serta Wizard of Weaverly Place.Kutuklah, aku peduli apa? Desperate Housewives best juga. Tapi aku paling suka Are You Smarter Than A 5th Grader? Membina minda dan meningkatkan tahap intelektual aku yang memang sedia hebat ini. Hehehe.

Sudahlah, semakin lama, semakin panjang pula. Yalah, sebab aku menaip, bukannya mendelete. Kalau aku mendelete, barulah semakin sedikit. Hapalah, sungguh tidak perpendicular betul faktaku itu.

Sudahlah. Mahu ke kelas pula. Sudah terlambat.

2 comments:

Zaem Hayes said...

rindukan anak anda?
sila lawati
www.flickr.com/zaemhayes
trimas~

Anonymous said...

ayong , dah tukar blog . sikidalmenaip.blogspot.com :)