Hehehe... Sedar tak sedar dah sebulan 14 hari (lebih kurang laa. Tak payah laa korang nak kira, lepas tu bila salah, sibuk nak tinggal kat komen. Guna ANON pulak tuh... Hehehe, aku perli nih) aku tak memblog. Aku akui 2 perkara : Satu, aku malas. Dua, aku sibuk. Tiga, aku malas nak bayar broadband Celcom. Aku sedang berkira-kira tak nak sambung pakai Broadband ni. Aku nak pakai P1 W1Max. Boleh kot. Macam cukup sahaja belanjawan bulanan aku. Nantilah, aku tanyakan pada big boss.
Aku tak ada apa-apa yang nak diceritakan kali ini. Aku cuma nak menghapdet untuk memaklumkan aku masih wujud di alam cakeralawa (tidak, ini bukan salah ejaan) ini. Tetapi, aku belum lagi dikurniakan Allah kesempatan untuk memblog seperti dahulu. Aku selalu berdoa agar selepas ini, Allah tidak menarik kembali nikmat masa terluangku agar aku akan mempunyai masa untuk melakukan apa yang aku suka. Hmm, makin lama aku rasa makin jauh pula aku dari cita-citaku untuk kembali berkarya. Mungkin kemahiran aku untuk menulis dan berpuisi sudah berkarat, dan perlu diasah kembali. Rindu betul aku kepada arena penulisan. Dan sekurang-kurangnya menulis di blog ini sudah cukup memuaskan hati.
Aku berkesempatan untuk menulis sebab aku berada di Serdang untuk 2 hari. Itupun sebab Mr Hubby ada kerja di KL. So, aku ikut, tapi aku turun di Serdang. Sebab syarikatnya hanya menyediakan penginapan di hotel untuk dia dan staffnya sahaja. Bagus juga. Dapatlah aku menjenguk anak-anak. Rindu betul aku pada mereka.
Dah banyak perubahan pada anak-anak aku, terutamanya Zikri. Dah boleh merangkak (selepas umurnya setahun sehari. Huhu, lambat), dah tumbuh gigi, dah pandai memberi renungan garang yang menggoda, dan dah pandai balas cakap. Hehe, sampai atuk pun dia balas cakap. Selamber betul anakanda, ye? Eizzah Nur dah semakin petah bercakap. Dialog paling hebat yang aku dapat dari dia adalah..
Key :
Orang tanya
Eizzah Nur jawab
Kenapa tak tahu?
Sebab tak faham.
Kenapa tak faham?
Sebab tak pasti.
Kenapa tak pasti?
Sebab tak jelas.
Kenapa tak jelas?
Sebab tak terfikir.
Kenapa tak terfikir?
Lu pikir laa sendiri!
Dah terpengaruh dengan Nabil Raja Lawak laa pulak anak aku ni. Hehe. Mekasih la kepada siapa yang mengajar tu, yek? Kuang hasam...
Dan aku nak mengambil kesempatan untuk mengucapkan Happy Birthday untuk 3 insan tersayang dalam hidup aku..
Eizzah Nur Harris binti Salim, Selamat Hari Lahir yang ke-3 pada 8 November 2009.
Suamiku sayang, Salim bin Ismail, Selamat Hari Lahir yang ke-29 pada 7 Disember 2009.
Eizz Zikri Harris bin Salim, Selamat Hari Lahir yang pertama pada 10 Disember 2009.
Dan, untuk abang..
Happy 4th Anniversary pada 9 Disember 2009. Semoga Allah mengurniakan kita kebahagiaan dan kasih sayang yang berkekalan di dunia dan di akhirat. Diharapkan agar diri ini masih lagi layak untuk menjadi bidadari bagi menemani abang nanti. Semoga dengan semakin bertambahnya usia perhubungan kita, semakin kuat kita menempuh segala cabaran dan halangan, ye sayang?
Semoga dirahmati Allah selalu, suami dan anak-anakku. Ayah pernah cakap, doa seorang ibu selalu diterima Tuhan. Dan aku adalah seorang ibu. Aku selalu berharap agar doaku untuk anak-anakku dimakbulkan. InsyaAllah...
No comments:
Post a Comment