Tuesday, December 29

Kecekalan hati amat penting dalam menangani isu modenisasi yang melanda negara di zaman pasca merdeka ini.

Macam tajuk Debat Ala Parlimen pula title itu. Menyampah aku.

Aku rasa aku memang suka dengan hidup aku sekarang. Aku tak pernah meminta untuk tidak menjadi siapa diri aku sekarang ini. Aku suka diri aku seadanya. Tapi kadang-kadang aku terfikir juga. Maklumlah, aku ni bila tiba tahap ngok-ngek aura Hagemaru, entah apa-apa yang aku fikir. Sampai kadang kala, diri aku sendiri pun tak faham dengan diri aku sendiri. Penyudahnya, aku tarik selimut, tepuk-tepuk bantal bagi gebu sikit, selawat 3 kali, lepas tu baca komik Conan. Tak sempat 3 minit, komik Conan tu pulak yang baca aku.

Aku terfikir, bagaimana jika aku ini bukan aku?

Sketsa #1 :
Jika aku seorang ahli politik.

Mesti aku sendiri terperanjat. Sebab sungguh amat begitu tidak mungkin sekali aku adalah seorang ahli politik. Cubit diri sendiri. Eh, sakit dowh. Realiti ke? Terus letak jawatan. Apa kelas jadi ahli politik. Lagi baik aku jadi Pengetua di sekolah tinggi di sebuah daerah bernama Forks. Sebab aku akan ada anak murid bernama Edward Cullen dan Isabella Swan.

Sketsa #2 :
Jika aku seorang pemain tenis ternama.

Aku tak nak wakil Malaysia. Sebab rakyat Malaysia hampeh. Kalau aku menang, baru nak sokong aku. (Sila rujuk contoh pasukan bola sepak Malaysia selepas menang Sukan SEA). Kalau aku kalah, mampus aku kena bambu. Kata aku jaguh kampung la, apa la. Kalau aku boleh mewakili negara aku, sudah semestinya aku jauh (ulang suara, JAUH) lebih baik dari kamu *insert lagu Dekat Tapi Jauh*.

Jadi, aku akan wakili Mauritania. Atau lebih baik lagi, aku wakili gugusan Kepulauan Mauritius. Menang dua tiga kali Grand Slam, dapat kalahkan Serena Williams, cium-cium pipi dengan Martina Navratilova, dapat bergambar dengan Barrack Obama, aku pun berhenti. Balik kampung bukak bisnes bela kambing dengan pendapatan berguni-guni. Sebab orang beli kambing bayar pakai duit syiling lima puluh sen.

Sketsa #3 :
Jika aku seorang pemain golf.

Aku akan nasihatkan Tiger Woods untuk menjalani pemeriksaan darah.

Sketsa #4 :
Jika aku Gabenor Bank Negara.

Lepas aku sign 17 keping duit kertas bernilai 4 juta serba satu, aku pulak yang resign. Sebab aku letih, dan pergelangan tangan aku dijangkiti H1N1 gelombang kedua. Siapa yang pernah tengok signature aku, akan faham maksud aku.

Sketsa #5 :
Jika aku suami aku.

Aku akan paksa bini aku untuk berhenti menggunakan laptop sebab aku pulak nak guna. Dari tadi tangan di keyboard tapi mata di skrin TV menonton Ghost Whisperer. Bila nak siap kerja entah bini aku ni. Aku pun nak chatting jugak dengan *tuutt* (Fitnah tak konkrit yang aku buat sendiri)

Kesimpulannya : Itulah akibatnya jika berada di sebuah bilik hotel yang TVnya tidak berASTRO. Nasib baik berada di WiFi Zone. Boleh juga melayan Facebook. Ya, aku sudah ada Facebook!!

Sebarang pertanyaan personal, boleh hubungi aku di teacher262@gmail.com

Salam 1 Malaysia!

3 comments:

Que said...

haha , FORKS yaa ? bukan FOLKS .

aizuemi said...

hhahaha.. kan da kena teguq~

Yong Zahura said...

Alamak, salah taip plaks. Maklumlah menaip di dalam hotel dengan lampu kuning yang tidak membantu penglihatan langsung itu. Nak romantik bolehlah. Hehe.

Baiklah, saya baiki.