Monday, November 21

Dah tau dah, Malaysia mesti menang punya bola malam nie!! Tahniah!!

Err, makluman awal, no? Entry aku tarak sangkut paut dengan tajuk. Keh keh keh...

Apa-apa pun, nak cakap jugak - PADAN MUKA KORANG, GARUDA!! Kuang kuang kuang~~~

Tengok Eizzah dengan Zikri tidur... Dan yang dalam perut nie dah mula terasa bergerak-gerak. Aku teringat pulak masa diorang kecik-kecik. Ish, tak sangka pulak dah nak masuk 3 anak aku. Baru awal tahun nie aku terasa Zikri masih kecik. Tetiba bila nak dapat adik, tetiba jugak dia macam dah besar sangat. Dah tak pakai pampers, dah boleh tidur bilik sendiri (walaupun kadang-kadang terselit jugak dekat aku di Subuh hari), dah pandai pergi toilet (walaupun masih ditemani ayat kesian "Shiape nak teman shaye, mama?").. Hehe...

So aku godek-godek balik henpon suami aku dengan lappy ni. Kot-kot laa ada gambar mengimbau kenangan. Serius, henpon suami aku amat berguna untuk flashback memori masa silam. Henpon aku mana ada... Dah berapa kali hilang dah...

So, kita mulakan....


..Sesi flashback... Dengan amaran, jangan flash lampu kereta anda... Huhu~ Takde kena mengena...

Eizzah Nur Harris binti Salim.
Lahir 8 November 2006.
Gambar masa 2 bulan plus plus.
Menjadi pelarian banjir gelombang kedua di Taman Impian Emas, Skudai, rumah makcik aku. Huhu...

Eizzah 1 tahun plus plus.
Saja letak gambar nie, so bila dia dah besar kalau dia nak lawan cakap aku, aku tunjuk gambaq ni bagi. Biaq dia malu sambil lari menutup muka masuk ke bilik menangis teresak-esak di atas katil.
(Ingat drama swasta Melayu ka, Mak Jemah woih??) Keh keh keh....

Eizzah - birthday 4 tahun. Tak la grand macam yang 5 tahun. Kitorang je sambut sendiri-sendiri kat rumah. Yang uniknya, dapat kek Doraemon. Tu je la kot.. Hehe..

Eizz Zikri Harris bin Salim.
Lahir 10 Disember 2008.
Ni gambar dalam 1 jam lepas dilahirkan.
Suami aku amek gambar nak SMS kat orang bagitau baby dah lahir.. Hehe...

Zikri - 5 bulan.
Gambar dekat Hotel Katerina, Batu Pahat.
Aku kena hantar team sofbol Kota Tinggi pergi peringkat Negeri. Lepak sini bawak anak-anak dengan suami aku. Best woh... Nasib baik anak-anak aku tak buat perangai, senang suami aku. Hehe..

Zikri - setahun plus plus.
Hehe... Tak tau nak tulis apa. Layan je la sengih nakal dia tu. Kui kui kui...

Eizzah Nur- sekarang.
Econsave Taman Daiman, Kota Tinggi.

Zikri - sekarang.
Pun kat Econsave Taman Daiman, Kota Tinggi.



Mereka sekarang.

Buah hati pengarang jantung pisang... eh.
Kadang-kadang bisa membuatkan mama menjadi Super Saiya.

Mama dan abah sayang Eizzah dan Zikri, a lot!!




LOTS AND LOTS AND LOTS OF LOVE, SAYANGS!!



4 comments:

adeqs comeyll said...

comeyll banget!~ XD

Anonymous said...

Yie pose maut berkata: Haah, dlm hp aku pon byk, mek eizah lah plg byk..

Yong Zahura said...

@ Adeqs : hehe... thanks :D

@Yie pose maut (--") : haha.. dia mmg suka pose, dowh.... huhu...

Scyha Lutfi said...

WAHHHHH!! Econsave tmn daiman masuk belogg..(bangge sekejap) ;D