Sunday, November 27

Entry bikin panas orang Serdang - Tiramisu Dessert dan Black Pepper Lamb Chop :D


Buat adik-adikku di Serdang sana... Jangan tension-tension, ye?? Kuang kuang kuang...

Disebabkan hari Ahad adalah hari suamiku cuti, so haruslah disertai dengan shopping-shopping, ye tak? Suami aku plak bukan main lagi satu dua menjak nie. Apa aku nak je, on.. Hehe. Beriya cucuk duit punyalah banyak, sebab kononnya bini dia nak shopping kat Giant la konon. Padahal tadi shopping baru RM150 je. Ish, tak sampai pun banyak tu.. Selalu kan pergi Econsave je, kan? Tapi dek kerana kerapnya kitorang ke Econsave Daiman, tadi abah dah kena sound dengan Zikri dah...

"Abah, takyah pergi Econsave laa... Kita pegi Giant la. Pening la pegi Econsave...."

Abah dia buat muka berkerut. Pening?

Nasib baik ada Eizzah. Dia laa yang tukang explain.

"Boring la. Bukan pening..."

Kah kah kah.. Nak cakap boring, jadi pening... Lawaks kuasa lapan la Zikri nie...

Dah sampai kat Giant Today's Mall tu, memang takde bagi salam pandang kiri kanan dah. Terus je masuk Giant. Malas nak jalan-jalan hapa benda semua tu. Lagi syok cuci mata dalam Giant, kan?

Jeng jeng jeng!!! Cuci mata hapanya... Ni dah tahap cuci duit di dalam wallet abah dah nie. Kuang kuang kuang... Tengah tunggu nak bayar la nie. Err, handbag tu bukan untuk dibayar ye? Hahaha....

Cubaan mengambil gambar candid. Tapi tak menjadi sebab kakak bergerak.

Inilah salah satu sebab aku malas nak bagitau aku nak amek gambar. Mula la dia nak buat pose otromen la, ben 10 la... Nampak, rambut sudah pendek.. Kihkihkih...

Setelah selesai membayar dan dimasukkan dalam plastik...


Sampai je rumah, rehat-rehat la dulu. Malam baru start operasi.... Okeh, ada dua sasaran untuk dicapai. So, sasaran pertama:


Okeh, ini la bahan-bahannya. Dari semua tu, 4 telah berada dalam peti ais rumahku, 3 lagi baru dibeli tadi....

Campur semua macam nie. Semua ke? Ada 4 bahan je kot dalam nie. Pastu kita pukul sebati. Jangan plak pukul macam nak main badminton. Guna hand mixer la, kot? Kan ke senang tu....

Punyalah senang, sampai Eizzah Nur pun boleh buat, tau?? (Konon pegang baju sebab tanak terpercik)

Punya laa melampau nak bagitau senang, sampai Zikri pun bole buat?! Kuang kuang kuang.... Sila abaikan fakta bahawa hand mixer itu telah di-off... Kihkihkih...

Tadaaaa!! Dah siap!! Tiramisu, tapi bukan kek. Aku anggap dessert. Abaikan layer yang tak sama tebal. Blom pandai nak bajet buat layer. Comot pun abaikan jugak. Aku serius tak ingat kat mana aku pow resipi ni. Dah berbulan-bulan dalam buku resipi aku.

Dapat laa 4 cawan. Cawan tu pun tadi bersungguh beli kat Giant. Kehkehkeh... Kita simpan dulu dalam peti ais. Esok kita makan!! Yummy....


Baiklah, sasaran kedua pulak :

Jumpa tadi kat Giant. Kat Econsave takde.. Sob,sob... So, terus terlintas di hati nak buat Black Pepper Lamb Chop.

Perap dulu malam nie dengan bahan-bahan nie. Esok kita tengok la camne, ek?? Harap ingat la nak update tentang nie. Takut dah siap makan baru teringat je. Keh keh keh...


6 comments:

HasanA said...

salam, hg nk bako org serdag rupana..aku yg terbako dulu nih...bg la resepi tiramisu tu. nak try gak..blh dak?

adeqs comeyll said...

dlu rajin buat jgk tiramisu...
skrg rajin tggu org len wat dan makan jer...
hehe~

Alex Ng said...

yang tu tiramisu selepas siap cikgu lupa letak serbuk coklat tau
cikgu bukan letak sponge cookie ke? tu baru betul betul tiramisu
aiyoyo! lain kali saye belanja cikgu

Yong Zahura said...

@Hasana : boleh aje... nanti inbox kat FB, neyh?? hehe...

@Adeqs : haha... sebab kat Mesir susah cari bahan ke? hehe...

@Alex : cuba tengok bahan2 dalam gambar? kan ada serbuk coklat tu? I skip most of the steps. Sebab tangan dah kotor, macam mana mau ambil gambar lagi?

One more, selain dari kita guna savoiardi cookies, kita boleh ganti dengan sponge cake juga. no problem...

Alex Ng said...

teacher, i recommend u to use sponge fingers not sponge cake because if sponge cake it absorb and become soggy. you can buy at Mega Kitchen at the old bus station near the soon huat perabot

Yong Zahura said...

I did it, and it does not become too soggy. It depends on how you soak them in the water.

For the time being, it's ok. Later will try the sponge fingers, if they have the 'Halal' on it.. :)