Saturday, July 28

Cerita Malam Pertama....

Sori la siapa yang Google tajuk kat atas sambil meleleh air liur. Itulah, nak buat dosa sangat. Tuhan balas woo... Miah ha ha ha... Maksud malam pertama itu adalah, malam pertama aku mengemas barang-barang nak pergi sekolah setelah aku bercuti, berpantang dan berjimba-jimba selama 3 bulan. Clear semua? Bagusss....

Dah sebulan masuk kerja balik, baru nak hapdet. Teruk betul aku...

Serius tak ada masa. Hectic betul life lepas naik bekerja. Kelas aku ditambah sebab sorang kakak tu kena ambik kelas form 6, sebab ada sorang lagi kakak yang asalnya ajar form 6 tu kena pindah sekolah lain. Since form 6 sekarang bukan sebarang cikgu je boleh mengajar, so guru yang dilantik je yang layak. Bila kakak tu dah handle form 6, satu kelas sains form 5 dia perlulah dipass kepada aku. So jadual aku memang agak packed la naik sekolah nie.

Ditambah pulak dengan latihan rumah sukan yang masih berjalan seperti biasa. Ko-ko setiap hari Rabu petang.

Tapi seksa latihan rumah tu dah habis laa... Sebab 17/7 hari tu dah hari sukan. Habis seksa untuk tahun nie. Gedik betul la sesiapa yang cadangkan suruh hari sukan sekolah buat lambat-lambat. Aku tak tau laa siapa yang kurang akal fikiran yang mencadangkan begitu. Alasannya agar konsep 'Sukan Sepanjang Tahun' berjaya. Alamak derr... Sukan tak semestinya berlari, melompat, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing je derr.... Sukan permainan pun sukan jugak... Buatlah tournament bola sepak ke, futsal ke, bola jaring ke... Lawan antara rumah sukan.. Buat satu bulan satu sukan.. Benda simple macam tu pun tak reti nak fikir ke? 

Anti klimaks kot kalau bebudak semua dah pergi MSSD, MSSJ dulu, baru terhegeh-hegeh nak wakil rumah sukan? Akibatnya, bebudak yang kononnya bertaraf 'atlit' tu memang buat pasal la, eksyen tak nak wakil rumah sukan.. Maklumlah status dah wakil daerah, apa kelas nak wakil rumah lagi kan...? So sesiapa yang mencadangkan agar hari sukan dibuat lambat tu, memang kena makan sumpah je la... Menyusahkan hidup yang dah sedia sibuk. Bukannya tak tau hujung-hujung dah nak exam trial. Budak dah sibuk tuition, mak ayah dah tak berapa nak bagi anak-anak involve. Kalau aku pun sama. Ada ke patut nak bersukan lagi dah hujung-hujung nyawa gitu.

Penat bagai nak rak pergi latihan rumah pun, masa hari sukan sekolah, aku kena pergi gubal soalan trial kat sekolah orang. Double anti klimaks. Cheiss....

Oh, update ni hanya untuk tunjukkan apa yang berlaku pada pagi pertama aku nak start sekolah. Yang merepek kerepek kat atas tu adalah perkara biasa bagi aku. Mana reti nak cerita straight to the point. Mesti nak konar-konar jugaksss. Muah ha ha ha ha... Yaa, 2 Julai tarikh keramat... Nak naik sekolah. So, malam pertama ini berlaku pada 1 Julai laa...

Meh nak tunjuk barang-barang yang aku bawak pagi tu..


Pergh... Aku send gambar ni kat ummi dengan adik aku. Terkejut ummi, siap sound aku macam nak pindah rumah. Kah kah kah... Aku menggelepar sejak dari Ahad malam lagi, jap check itu, jap check ini.. Takut sangat ada benda yang tertinggal, especially apa yang nak dibawak ke rumah ibu diorang. Maklumlah 3 bulan cuti kott....

1. Atas sana, dalam beg plastik putih, itu barang-barang kakak dan abang. Susu diorang, stok biskut-biskut, koko-krunch, puting botol yang baru. Disebabkan masih ada ruang, aku tumpang sekali pampers Najlaa. Nampak kan pampersnya? 

2. Dalam beg yang ada tulis One Baby World tu, aku letak kain buaian (in case anak aku nak duduk buai), botol susu dia, back-up susu tin if EBM aku tak cukup, bantal, bedak dan shower cream.

3. Beg merah hitam tu, baju-baju abang kakak untuk stok seminggu. Zikri memang duduk situ dari pagi sebab aku hantar sama macam aku hantar Najlaa before ke sekolah. Eizzah pulak, pergi tadika abah dia hantar. Balik tadika naik van, akan turun kat rumah ibu dia. Mandi dan makan sekali dengan tukar baju jugak laa. Sebab tu kena bagi stok baju.

4. Warna coklat tu handbag aku.

5. Beg kelabu pink tu beg baju Najlaa juga untuk bekalan seminggu. Ada jugak aku letak napkin 2,3 helai untuk wat lap-lap sebab Najlaa kuat jeluak susu. Aku letak semua la dalam tu, booties, barut, sapu tangan, tuala dan wetbag untuk letak baju kotor Najlaa. Baju kotor Zikri ibu dia basuhkan.

6. Beg hitam kecik tu, cooler bag. Atau nama lainnya, beg pam susu aku.

7. Beg hitam kelabu tu, beg laptop aku. Itu laa yang paling penting. Sebab semua nota mengajar aku ada dalam tu. Latihan-latihan, soalan ulangkaji, semualah...

Beg plastik merah atas hujung kiri tu sila abaikan. Itu aku pergi beli bawang petangnya malas nak bawak pergi dapur. Letak je tepi meja makan. Kah kah kah...

Itu pun ada dua beg yang tak masuk gambar. Satu beg stok EBM yang aku nak tinggalkan kat rumah ibunya, sebab EBM itu masih berada di dalam peti ais. Pagi esoknya baru aku keluarkan. Satu lagi adalah beg sekolah aku la. Aku letak pencil case, buku teks, cop nama dan buku resit.

Nampak banyak sebab starting nak hantar je. Sekarang nie, Hari Isnin je barang banyak sikit, sebab kena bawak beg baju. Pastu, hari seterusnya, aku cuma bawak beg laptop, beg EBM dengan cooler bag je.

Sekianlah dahulu. Sila baca lain entry. Mekaseyyy!



No comments: