Sunday, July 29

Senarai Menu Berbuka Puasa setakat ini... Senarai je weh.. Resipi takde. Ada satu je.

Lepas dah masuk 9 hari berpuasa, baru ada mood nak blog pasal masak-masak. Walaupun baru sekali pergi bazar, tapi serius takde mood nak amek gambar masa masak sebab kelam-kabut. Lepas laki aku balik kerja, baru aku boleh start masak. Dah tu, kalau start masak dah pukul 5.30 petang, haruslah macam orang berperang kat dapur tu. Takdenya sempat nak suruh ayam, ikan, udang tu posing bagai, kan??

Resipinya pun resipi ala-ala rumah pasang siap. Campak, campak, campak... Tadaa! Siap. Yang penting, si kakak dah start puasa tahun nie. Hari pertama puasa je kantoi di tengahari sebab tergoda Zikri makan biskut bantal depan dia. Kahkahkah. Godaan betul. Dia ngap 5,6 bijik biskut bantal, terus cakap kenyang. Hadoi laa... Alang-alang ko nak berbuka kan kak... Ko bantai la air sejag, baru pueh hati! Hari ke-2 sampai hari ke-5, ada la drama air mata gitu. Itu pun masa dalam pukul 3 lebih. Lepas tu bila dia dah tidur, bangun-bangun je, abah dah ada kat rumah dah balik kerja, so rengekan tu kurang la sikit. Tapi lepas-lepas tu, giler steady dia puasa. Cuma aku jadi alert kalau terdengar bunyi pintu peti ais. Takut Eizzah yang bukak. Tapi selalunya Zikri. Eizzah tak pernah lagi curi-curi minum.

So, setiap masakan aku kena mengambil kira apa yang dia suka. Eizzah suka lauk-lauk yang ada kuah. Especially yang ada santan. Gulai, kari, masak lemak, sup... Janji berkuah. Dan janji pedas. Panas dah telinga gua kena kutuk dengan anak sendiri kata aku masak tak sedap sebab tak pedas. Dah sah-sah mak ko nie tak tahan pedas nak oii... Apa kess nak masak pedas-pedas pulak? Ko nak pedas ko masak sendiri. Hahaha... Korang bayangkan, masak kari, masak gulai, kuah mesti nampak merah. Maksudnya bubuh cili blend tu lebih... Baru dia kata itu sedap. Pengsan mak kau nak ikut ko punya tahap pedas. Sebijik menurun abah ko nie...

So setakat nie, menu kitorang adalah : 

Puasa 1 : Sambal tumis ikan bilis, ayam masak kuning, telur mata masak kicap, air teh kundur Yeo's.

Puasa 2 : Sambal tumis ikan bilis, sup cendawan + fishball, telur dadar, air teh bunga Marigold.

Puasa 3 : Kari kepala ikan, sup cendawan + fishball, air kordial laici Mardi punya.

Puasa 4 : Sup cendawan + fishball, telur mata masak kicap, sambal tumis ikan bilis, air sarsi blue abah beli kat bazar tak ajak kitorang.

Puasa 5 : Ikan kembung masak asam pedas, telur dadar, sambal tumis ikan bilis, air Peel Fresh Oren.

Puasa 6 : Daging masak merah, ikan goreng, popcorn chicken, air teh bunga abah beli kat bazar tak ajak kitorang lagi sekali.

Puasa 7 : Nasi ayam black pepper, soto, nasi lemak berlauk, kuih akok, apam polkadot, air limau dan air teh bunga --> bazar mari. Ni la first time pergi bazar. Setelah seminggu berpuasa. Huhuhu~

Puasa 8 : Nasi daging, sup daging, popcorn chicken, air kordial laici Mardi.

Puasa 9 : Nasi ayam resipi turun-temurun keluarga mertua aku. Pukul 10.30 malam, 3 beranak tu dok mengadap nasi ayam lagi sekali. Memang hantu nasi ayam diorang nie.


Saja je nak tunjuk apa yang aku masak masa Iftar Puasa ke-8. Nasi Daging. Resipi digoogle dan dipow dari MyResipi. Malu nak bagi link sebab aku banyak derhaka resipi. Dah barang tak dak, aku tak letak laa... Hahaha... Baik korang cari resepi yang betul-betul kalau nak perfect. Aku ni kalau masak, semua orang makan habis, dah cukup bersyukur dah. Mungkin la tak seperfect macam orang lain buat... Janji orang dalam rumah aku cakap sedap.


Ni beras ye anak-anak. Cuci bersih-bersih dan toskan. Suruh dia tunggu situ kejap dengan penuh kesabaran. Ni pun aku dah derhaka. Resipi suruh pakai beras basmathi la, herba ponni la. Ala, beras mahal la senang cerita. Aku pakai beras cap, cap, cap... cap Rambutan je (siap nyanyi sekali tuh) :D


Daging yang dah dipotong tu, direbus dengan sup bunjut, bawang putih, bawang merah sampai empuk.
Tutup api. Kejap lagi dia ni nak wat kerja. Bagi dia rehat dulu kejap.


Dalam periuk lain, tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dengan 1 sudu besar marjerin dan 1 sudu besar minyak sapi. Tumis sampai layu ye. Jangan pulak korang siram bawang tu plak bila dia dah layu. Itu sengal namanya...


Letak sos tomato dalam 2-3 sudu besar. Ni aku derhaka gak. Resipi ori suruh guna tomato puree. Kacau hingga sebati.


Masukkan susu cair dalam satu cawan gitu. Aku pakai penyukat yang memang ada tulis '1 cup'. So, ikut cawan masing-masing la ye?


Kacau-kacau bagi sebati dan tunggu mendidih. Letak garam sikit. Oh ye, resipi ori suruh letak kiub pati ayam tapi aku takde stok. So, aku ganti je dengan garam.

Lepas tu, masukkan sup tadi ke dalam periuk ni ikut sukatan pot beras korang la. Masukkan sekali dengan dagingnya. Aku tinggalkan sikit daging dalam sup tu, sebab aku terus jadikan sup daging. Karang takde kuah, anak aku tak mau makan pulak... Dia kan demand :D

Masa ni Najlaa dah meraung-raung dalam bilik. Dah bangun la pulak. So, lepas didih je, aku tutup api dan suruh suami aku tuang semuanya dalam periuk nasi tadi. Masak aje macam biasa.


Tadaa!! Siap sudah nasi daging aku. Senang je. Agak-agak kalau aku malas nak masak lauk lepas nie, aku masak ni je la. Siap ada lauk sekali dah dalam tu.. Haha.. Dasarrr pemalas. Takleh nak kata apa dah laa....


Popcorn chicken, sup daging dan nasi daging. Sayur? Haha.. *buat-buat tak dengar*
Jemput makan, semua!!



No comments: