Friday, July 13

Jadi cikgu semula setelah 3 bulan menjadi surirumah sepenuh masa.

Okeh, aku surrender dulu la cerita berjimba aku tu.. Sebab mood nak up entry berjimba terus down disebabkan dua faktor : modem aku rosak, and aku dah start kerja.

Rupanya, sepanjang aku bercuti, kawan-kawan aku sungguh sibuk. Hampir setiap hari Sabtu ada event / program sebenarnya. Kesian mereka. Ramai jugak la yang meluahkan pada aku, "untung sungguh bercuti masa tu sebab sibuk giler sepanjang 2-3 bulan lepas"..

Alhamdulillah, perancangan Allah kepada hamba-Nya :D

Tapi seriusli, aku naik sekolah aje, memang pun kerja berlambak-lambak. Disebabkan jadual untuk aku dah disiapkan sebab pentadbir dah tau aku akan start mengajar balik 2 Julai, so aku terus je masuk kelas pada hari Isnin tu. Oh, masuk kelas bukan stress buat aku. Aku takkan cakap mengajar banyak waktu adalah stress, sebab itulah core business aku. Aku suka je mengajar... Tapi bila dah bergabung dengan kerja-kerja sampingan yang melambak-lambak tu laa.... STRESS!

Yang stress adalah perkara-perkara lain selain mengajar. Minggu aku naik tu, adalah minggu latihan rumah sukan buat kali terakhir untuk 2012. So, latihan rumah sukan bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 6 petang. Hari kedua je baru, Najlaa dah kena tinggal lama kat rumah ibu... Huhuhu, kesian anak aku... 

Then hari Rabu macam yang semua taulah, of kos ada ko-ko. Jam 2-4 petang. Then hari seterusnya ada meeting. Balik dalam pukul 3 jugak. Hari Jumaat, ada Perkhemahan PBB Tahunan di Kampung Johor Lama.  Lebih kurang 45 minit dari bandar Kota Tinggi. Aku sepatutnya bertugas hari Ahad, pukul 7 pagi sampai 2 petang. 7 pagi?? Huh, sah-sah la aku takkan berjaya tiba kat sana pukul 7 pagi dengan anak-anak aku yang 3 orang tu. Suami aku out station hari tu. So, dengan kuasa yang aku buat sendiri, aku tukarkan aje hari bertugas aku ke Jumaat petang. So, pukul 2.30 ptg aku tumpang kereta Kak Rodzana bersama-sama dengan Ustazah Zunita dan Kak Safarizah, dan sampai semula di rumah pada jam 7 petang. Lagi sekali Najlaa tinggal kat rumah ibu lamaaaaaaa sangat. Aku bawak Zikri sekali hari tu. Eizzah tak ikut sebab dia ada Summer Camp tadika dia, so dia balik pukul 4.30 petang. Aku ambik dia pukul 7 tu kat rumah ibu dia sekali dengan Najlaa la.

Then minggu nie dipenuhi dengan Acara Sebelum Sukan. Dua hari berturut-turut aku balik pukul 6 petang. Selasa pagi ada Program Kecergasan 1 Murid 1 Sukan. Senamrobik woo... Tapi disebabkan Johor adalah unik, dan kami memiliki sistem aerobik kami sendiri, so kitorang tak main la buat senamrobik. Kitorang buat J-Robik. Best giler laa... Rabu aku cuti, sebab pengasuh dia ada appointment hospital. Khamis aku balik macam biasa, pukul 1.45 aku dah sampai rumah. Jumaat ada lagi Acara Sebelum Sukan. Huhuhu....

Minggu depan yang aku tau, Selasa adalah Kejohanan Olahraga Tahunan. Lepas tu, habislah seksa kitorang datang latihan rumah sukan. Biasalah, kalau latihan rumah, memang cikgu akan lebih ramai dari pelajar. Sebab kalau cikgu tak datang, takut kena tindakan. Kena surat tunjuk sebab pun dah tercalar kot fail peribadi kau. Tapi kalau bebudak tak datang, tak kena apa-apa pun.... Kalau kena tindakan pun, korang ingat diorang kesah ke? Takdenya... Hahaha.... Alamak!! Ko-ko masih ada la pulak. Selagi Hari Anugerah Ko-ko belum selesai, selagi tu la ko-ko jalan macam biasa.

Masa aku cuti tu, kiranya aku terlepas la dari kena train budak untuk Karnival Sains. Setiap tahun memang aku yang cari budak, pilih dan train untuk pertandingan Persembahan Topik Sains. Then aku juga terlepas dari jadi pengurus pasukan J-Robik. Dah 3 tahun kot itu menjadi tugas aku. Kalau tak, memang tiap-tiap hari start dari hari dapat surat sampai la hari pertandingan, aku akan balik pukul 6 petang. Pengurus pun kena tau step dan juga latih budak hokay? Then ada satu kali Sabtu tu sekolah kitorang buat Hari Anugerah Cemerlang. Terlepas jugak la aku. Lagi frust sebab aku terlepas Hari Koperasi. Aku suka nyanyi lagu Koperasi Malaysia tu masa perasmian. Ahahaha~~

Akhir bulan 6 dengarnya ada pulak nazir datang bertapa kat sekolah aku 2,3 hari. Woo, benda paling aku tak suka dalam dunia kalau nazir datang sekolah. Ni laa satu-satunya benda yang paling aku bersyukur aku terlepas. Then, setiap Sabtu sekolah aku memang ada kelas tambahan, sama ada Ibnu Sina, Kelas Hikmah atau SEP (Saturday Excellence Program). Itu belum lagi kira bebudak yang dah mintak dengan aku kelas tambahan persendirian setiap kali habis sekolah dan juga training untuk softball petang-petang. 

Kau belum lagi ambil kira tugas pengkeranian yang perlu dibuat sebagai guru tingkatan. Kutip yuran la, tanda kedatangan, keluar surat amaran, keluar surat pertuduhan gantung sekolah, buat surat buang sekolah. Masukkan kesalahan pelajar dalam e-Disiplin. Masuk markah dalam SAPS ke SAP ke amende ntah. Tanda PeKA/kerja kursus/PBS. Dan sebagai Setiausaha SPM, aku menghitung je hari aku bakal menjadi sibuk giler babeng menguruskan soalan trial, peperiksaan dan juga memasukkan markah kerja kursus dan markah trial secara online dalam sistem. Woooo.... Penat tu memang la penat. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab.

So siapa berani lagi nak cakap kerja cikgu senang, cuti banyak, balik awal, jumpa aku meh. Ringan je tangan aku nak bagi penampa satu, kurang manis punya....

Mau?


No comments: