Sunday, July 29

Senarai Menu Berbuka Puasa setakat ini... Senarai je weh.. Resipi takde. Ada satu je.

Lepas dah masuk 9 hari berpuasa, baru ada mood nak blog pasal masak-masak. Walaupun baru sekali pergi bazar, tapi serius takde mood nak amek gambar masa masak sebab kelam-kabut. Lepas laki aku balik kerja, baru aku boleh start masak. Dah tu, kalau start masak dah pukul 5.30 petang, haruslah macam orang berperang kat dapur tu. Takdenya sempat nak suruh ayam, ikan, udang tu posing bagai, kan??

Resipinya pun resipi ala-ala rumah pasang siap. Campak, campak, campak... Tadaa! Siap. Yang penting, si kakak dah start puasa tahun nie. Hari pertama puasa je kantoi di tengahari sebab tergoda Zikri makan biskut bantal depan dia. Kahkahkah. Godaan betul. Dia ngap 5,6 bijik biskut bantal, terus cakap kenyang. Hadoi laa... Alang-alang ko nak berbuka kan kak... Ko bantai la air sejag, baru pueh hati! Hari ke-2 sampai hari ke-5, ada la drama air mata gitu. Itu pun masa dalam pukul 3 lebih. Lepas tu bila dia dah tidur, bangun-bangun je, abah dah ada kat rumah dah balik kerja, so rengekan tu kurang la sikit. Tapi lepas-lepas tu, giler steady dia puasa. Cuma aku jadi alert kalau terdengar bunyi pintu peti ais. Takut Eizzah yang bukak. Tapi selalunya Zikri. Eizzah tak pernah lagi curi-curi minum.

So, setiap masakan aku kena mengambil kira apa yang dia suka. Eizzah suka lauk-lauk yang ada kuah. Especially yang ada santan. Gulai, kari, masak lemak, sup... Janji berkuah. Dan janji pedas. Panas dah telinga gua kena kutuk dengan anak sendiri kata aku masak tak sedap sebab tak pedas. Dah sah-sah mak ko nie tak tahan pedas nak oii... Apa kess nak masak pedas-pedas pulak? Ko nak pedas ko masak sendiri. Hahaha... Korang bayangkan, masak kari, masak gulai, kuah mesti nampak merah. Maksudnya bubuh cili blend tu lebih... Baru dia kata itu sedap. Pengsan mak kau nak ikut ko punya tahap pedas. Sebijik menurun abah ko nie...

So setakat nie, menu kitorang adalah : 

Puasa 1 : Sambal tumis ikan bilis, ayam masak kuning, telur mata masak kicap, air teh kundur Yeo's.

Puasa 2 : Sambal tumis ikan bilis, sup cendawan + fishball, telur dadar, air teh bunga Marigold.

Puasa 3 : Kari kepala ikan, sup cendawan + fishball, air kordial laici Mardi punya.

Puasa 4 : Sup cendawan + fishball, telur mata masak kicap, sambal tumis ikan bilis, air sarsi blue abah beli kat bazar tak ajak kitorang.

Puasa 5 : Ikan kembung masak asam pedas, telur dadar, sambal tumis ikan bilis, air Peel Fresh Oren.

Puasa 6 : Daging masak merah, ikan goreng, popcorn chicken, air teh bunga abah beli kat bazar tak ajak kitorang lagi sekali.

Puasa 7 : Nasi ayam black pepper, soto, nasi lemak berlauk, kuih akok, apam polkadot, air limau dan air teh bunga --> bazar mari. Ni la first time pergi bazar. Setelah seminggu berpuasa. Huhuhu~

Puasa 8 : Nasi daging, sup daging, popcorn chicken, air kordial laici Mardi.

Puasa 9 : Nasi ayam resipi turun-temurun keluarga mertua aku. Pukul 10.30 malam, 3 beranak tu dok mengadap nasi ayam lagi sekali. Memang hantu nasi ayam diorang nie.


Saja je nak tunjuk apa yang aku masak masa Iftar Puasa ke-8. Nasi Daging. Resipi digoogle dan dipow dari MyResipi. Malu nak bagi link sebab aku banyak derhaka resipi. Dah barang tak dak, aku tak letak laa... Hahaha... Baik korang cari resepi yang betul-betul kalau nak perfect. Aku ni kalau masak, semua orang makan habis, dah cukup bersyukur dah. Mungkin la tak seperfect macam orang lain buat... Janji orang dalam rumah aku cakap sedap.


Ni beras ye anak-anak. Cuci bersih-bersih dan toskan. Suruh dia tunggu situ kejap dengan penuh kesabaran. Ni pun aku dah derhaka. Resipi suruh pakai beras basmathi la, herba ponni la. Ala, beras mahal la senang cerita. Aku pakai beras cap, cap, cap... cap Rambutan je (siap nyanyi sekali tuh) :D


Daging yang dah dipotong tu, direbus dengan sup bunjut, bawang putih, bawang merah sampai empuk.
Tutup api. Kejap lagi dia ni nak wat kerja. Bagi dia rehat dulu kejap.


Dalam periuk lain, tumis bawang putih, bawang merah, halia, bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dengan 1 sudu besar marjerin dan 1 sudu besar minyak sapi. Tumis sampai layu ye. Jangan pulak korang siram bawang tu plak bila dia dah layu. Itu sengal namanya...


Letak sos tomato dalam 2-3 sudu besar. Ni aku derhaka gak. Resipi ori suruh guna tomato puree. Kacau hingga sebati.


Masukkan susu cair dalam satu cawan gitu. Aku pakai penyukat yang memang ada tulis '1 cup'. So, ikut cawan masing-masing la ye?


Kacau-kacau bagi sebati dan tunggu mendidih. Letak garam sikit. Oh ye, resipi ori suruh letak kiub pati ayam tapi aku takde stok. So, aku ganti je dengan garam.

Lepas tu, masukkan sup tadi ke dalam periuk ni ikut sukatan pot beras korang la. Masukkan sekali dengan dagingnya. Aku tinggalkan sikit daging dalam sup tu, sebab aku terus jadikan sup daging. Karang takde kuah, anak aku tak mau makan pulak... Dia kan demand :D

Masa ni Najlaa dah meraung-raung dalam bilik. Dah bangun la pulak. So, lepas didih je, aku tutup api dan suruh suami aku tuang semuanya dalam periuk nasi tadi. Masak aje macam biasa.


Tadaa!! Siap sudah nasi daging aku. Senang je. Agak-agak kalau aku malas nak masak lauk lepas nie, aku masak ni je la. Siap ada lauk sekali dah dalam tu.. Haha.. Dasarrr pemalas. Takleh nak kata apa dah laa....


Popcorn chicken, sup daging dan nasi daging. Sayur? Haha.. *buat-buat tak dengar*
Jemput makan, semua!!



Berjimba-jimba sekeluarga di Ancasa Hotel & Resort, Port Dickson [Part 3]- Nak komen nih!!

Ntah hapa-hapa je tajuk tu kan. Dah part, bahagian pulak. Hahaha.. Nak wat camne. Banyak sangat yang berlaku. So aku pecahkan la sikit-sikit supaya korang tak muntah membaca. Kang tak pasal-pasal korang kena berbuka. Pastu nak salahkan aku. Huhuhu~

Okay, Part 3 nie part penghabisan la. Cukup-cukup la berjimba tuh, nak balik dah nie. Tapi apa-apa pun, pagi-pagi hari tu haruslah dimulai dengan acara terjun kolam... Itu laa dianya yang semua orang dok tunggu dari semalam. Second round nie lagi best, sebab atuk join sekali tuu... Siap bersemangat beli swimming punya long-sleeve inner sebab nak berenang. Suami aku pun beli gak satu inner, nak mandi punya pasal.

Ini pun ada satu benda yang aku tak puas hati. Kenapa pihak hotel tak bagi orang lelaki masuk pool dewasa tu pakai baju? Kenapa nak kena bukak baju pulak? Apa alasannya? Tapi, orang perempuan boleh pulak masuk pakai baju? Maksud aku nie, bukanlah nak suruh pihak hotel suruh pompuan pun bukak baju jugak. Jangan bongok sangat derr... Aku cuma nak tau rasionalnya di situ.

Kalau atas sebab kebersihan, habis tu mana diorang tau baju yang orang pompuan pakai tu bersih? Kalau takut berat dan membahayakan, orang pompuan pakai lagi la siap dengan tudung, baju labuh besar, seluar trek. Ni aku rujuk pada yang menutup aurat la. Tak ke lagi berat tu? Contoh adik-adik aku dengan suami aku, just pakai t-shirt dengan seluar tight. Mana lagi berat? Bila ditanya, jawapannya orang yang jaga pool tu, "Ini prosedur hotel". A'ah, kalau management hotel tu suruh kau terjun masuk lubang taik, kau ikut jugak la kot? Sebab prosedur. Nak je aku suruh dia panggil manager pool tu, nak bersoal jawab sikit...

Aku rasa semua orang, malah satu dunia tahu yang Malaysia ni negara Islam. Agama rasmi adalah agama Islam. Majoriti rakyat adalah beragama Islam. Yang sibuk-sibuk nak ikut undang-undang kafir tu kenapa? Tak pakai baju tu, mendedahkan aurat sebenarnya, sebab pusat adalah aurat lelaki. Lagipun, kalau lelaki tak pakai baju, badan tough macam Eron Ejis, aku boleh terima laa.... Siap jegey bijik mata takmau kelip kott. Tapi kalau lelaki yang boroi, lemak berlipat-lipat, or ada kesan-kesan parut panau kurap, itu boleh menimbulkan kegelian tahap maksimum!! Sumpah aku geli. Takkan aku mau share pool jika aku terlihat pemandangan ngeri itu.

Aku tak kutuk orang boroi berlipat berparut tu. Tapi aku kutuk management hotel yang memaksa mereka untuk membuka baju. Apasal eh? Orang kerja management hotel bahagian kolam renang ni semua pervert ke? Ke perempuan yang kerja bahagian tu? Ye la, kalau lelaki pervert, mesti nak tengok pompuan seksi-seksi, ye dakk? Ni lelaki yang kena seksi. So aku rasa pompuan kot. Ehh, akhir-akhir zaman ni belum tentu eh. Ada je kot lelaki yang suka tengok lelaki, kan? kan? kan???? Adakah bahagian management pool di Ancasa ini seorang perempuan pervert atau seorang lelaki pervert?? Eii, tak rela nyahh!!

Serius. Aku tengok tak de apa-apa efek pun kalau lelaki itu tidak menanggalkan bajunya. Tak salah kot kalau ber t-shirt dan berseluar tight atau trek. Sebab orang perempuan boleh masuk pool macam tu, kenapa lelaki tak boleh pulak? Undang-undang pool kata tak boleh? Siapa buat undang-undang? Manusia, kan? So, kau sebagai manusia, ubahlah undang-undang. Takkan nak suruh pool tu pulak yang ubahkan!! Bodo piang.

Tapi, disebabkan aku tak masuk pool dewasa, aku tak terasa laa... Marah-marah pun, mandi tetap mandi. Eh, dah aku bayar, ikut suka aku laa... Bukannya duduk free, kott.....


Zikri pinjam pelampung Aisyah Safiya. Dah tuan empunya pelampung takut nak naik, orang lain la yang naik, kan? Hehehe...


Eizzah tengah dok usaha slide yang ada. Nak naik takut, tak naik rugi... So camne tu?


Zikri dengan kazen Auni... Apsal muka Auni garang je tu?


Abah dengan Zikri.. Hero di hatiku...


Family adik aku nombor 3, bertema hitam kuning. Eh, terselit pulak Auni kat situ. Busy body sama sebijik macam mak dia aihh... :))


Atuk dan Nema bersama Safiya. Safiya pandanggg je muka Nema. Apsal ek?


Eizzah dengan Atuk dan Nema, hero dan heroin di hatiku..... 


Aku bagi satu gambaq teaser. Ce teka kaki siapa ni??


Kaki Najlaa!! Haha.. Tu kaki masa mandi hari pertama. Ni gambaq hari kedua dah nie... Janji kaki dia, bukan kaki aku. Haha..


"Mama, apsal penakut sangat? Masuk la dalam air nie.... Tengok saya, rilek je..."
"Karang mama rampas pelampung ko, kita tengok siapa yang rilek, yeh?"


"Ala mama nie, lawak sket pun tak leh. Tacing ler pulakkk...."
"Cheisssss........"


Laki aku kalau suruh bergambar, memang cenggitu ghopenya.... 


Masing-masing cuak nak lepas Najlaa mandi sendiri. Padahal member tu rilek sungguh. Maklumlah, masa duduk dalam perut dulu pun banyak air kan, dik?


Kami empat beradik. Kurang lagi dua orang. Ntah pegi mana ntah menyelam tak hengat donia. Qusam, Ngah, Yi dan yang paling comey pose macam Ratu Malaysia tu tuan punya blog lerr........
Muah ha ha ha~~~


Presenting... Our happy family :D


Dah la dulu Part 3 Bahagian 1. Balik kemas-kemas barang dulu sebab dah nak check out dah. Kita sambung lain entry plak yeh??



Saturday, July 28

Outing sekeluarga di hari bekerja setelah mengambil CRK....

Tengah ada mood nie, baik hapdet banyak terus...

Nanti sebulan tak hapdet tak laa rasa malas nak mam menghapdet.

Hari Rabu 11 Julai hari tu aku bercuti sehari. Bukan sebab sakit ke demam ke hapa. Aku terpaksa bercuti sebab pengasuh anak-anak aku ada medical check-up untuk kencing manis. Memang dia kena pergi check-up tu 6 bulan sekali. Selama nie, aku tak payah bercuti sebab anak-anak aku dah besar-besar. So, suami pengasuh aku boleh jagakan. Bila dah ada Najlaa, memang tak ada jalan la. Sedangkan abah dia sendiri pun kadang-kadang blur nak layan kerenah dia, inikan pulak suami pengasuh aku... So, aku cuti je la.

Bila suami aku dengar aku cuti, dia pun sibuk apply cuti jugak. Rupanya nak bawak Najlaa pergi injek 3 bulan. Betul gak, alang-alang, kan? Tak payah nak buat half day la apa la. Cuti je bersama-sama isteri tercinta. Keh keh keh...

Dalam plan nak pergi injek Najlaa tu, rupanya banyak jugak perkara lain yang dapat diselesaikan. Tapi of kos la first thing first. Pagi-pagi kena pergi klinik Noram dulu la.. Ambik nombor dulu. Kalau tak, mau sehari suntuk dok bertapa kat klinik tu.. Apa-apa pun, kita singgah Bank Islam dulu cucuk duit. Abah dia la yang cucuk duit, mama tukang mengabiskan duit ajer...

Senyum je anak dara aku. Dia belum tau tu bahawa perjalanan itu adalah untuk menginjek vontot beliau. Huahahaha~~


You see, susah betul nak buatkan semua memandang kamera...


Tengok Zikri, dah mula pandai pose pose buat muka dah sekarang... Ehh, Najlaa tengok kamera laa...

Oh ye, pose tu adalah 'pose' ye, ejaan Bahasa Inggeris. Bukan 'puasa' yang dieja sebagai pose... I don't really support bahasa SMS ok. Terutamanya yang melampau. Contoh ox = otak. WTH?? 


Ish ish ish... Tak tau la kat mana anak teruna aku tu belajar buat muka macam tu...


Sampai je klinik, dapat giliran ke-30.. masa tu baru je nurse tu panggil nombor 11. Apa lagi, cepat-cepat berambus pergi Maybank buat insurans kereta, then renew roadtax sekali. Lepas tu, singgah Majlis Daerah Kota Tinggi bayar cukai harta. Pusing ke TM, beli modem baru. Modem lama dah dua minggu takleh pakai. Lampu internet dengan lampu DSL dia tak menyala. Pastu terus ke Tadika Darul Ilmu, amek Eizzah balik sekolah. Baru patah balik ke Klinik Noram, masa tu dah giliran nombor 28. Memang ngam-ngam la kitorang sampai tu. Tunggu tak dan 10 minit, dah sampai turn.

Memang marvellous la kali nie. Najlaa injek tak nangis woo... Siap sengih je dengan doktor. Lawak pulak aku tengok dia masa tu. Agaknya happy sebab dapat tengok abah dari pagi kot. Biasanya dapat tengok abah waktu malam je kann? Oh ye, tukang pegang Najlaa masa injek macam biasa laa... abahnya. Huahaha... Takut kejelitaan mama hilang je la kalau kena pegang dia. Sekali mama dia plak yang nangis.. Kuikuikui...

Lepas dah injek tu, pusing ke Taman Kota Jaya pergi Sekolah Agama TKJ ambik borang pendaftaran Darjah 1 untuk Eizzah Nur. Then singgah je terus pergi beli lauk faveret sekeluarga kat Restoran Norazah. Selamat tak payah masak lauk tengahari... Hahaha...

Tapi 2,3 hari pulak tak selamat. Tau sebab apa? Sebab Najlaa sudah 'balas dendam' pada mama abahnya kerana menginjek vontot beliau. So 2,3 hari tak mau letak weii... Asyik nak dukunggg aje. Hadoi laa.. Redha je la kann?

Dan modem tu macam tau-tau je kitorang beli pengganti, terus berfungsi sampai ke hari ini.. Cheiss... Saja nak menghabiskan duit aku, eh, laki aku aje. Tapi takpe, agak-agak dia buat perangai lagi, modem baru sudah sedia berkhidmat. Aku campak aje yang lama kat Sungai Kota... Miah ha ha ha.....



Cerita Malam Pertama....

Sori la siapa yang Google tajuk kat atas sambil meleleh air liur. Itulah, nak buat dosa sangat. Tuhan balas woo... Miah ha ha ha... Maksud malam pertama itu adalah, malam pertama aku mengemas barang-barang nak pergi sekolah setelah aku bercuti, berpantang dan berjimba-jimba selama 3 bulan. Clear semua? Bagusss....

Dah sebulan masuk kerja balik, baru nak hapdet. Teruk betul aku...

Serius tak ada masa. Hectic betul life lepas naik bekerja. Kelas aku ditambah sebab sorang kakak tu kena ambik kelas form 6, sebab ada sorang lagi kakak yang asalnya ajar form 6 tu kena pindah sekolah lain. Since form 6 sekarang bukan sebarang cikgu je boleh mengajar, so guru yang dilantik je yang layak. Bila kakak tu dah handle form 6, satu kelas sains form 5 dia perlulah dipass kepada aku. So jadual aku memang agak packed la naik sekolah nie.

Ditambah pulak dengan latihan rumah sukan yang masih berjalan seperti biasa. Ko-ko setiap hari Rabu petang.

Tapi seksa latihan rumah tu dah habis laa... Sebab 17/7 hari tu dah hari sukan. Habis seksa untuk tahun nie. Gedik betul la sesiapa yang cadangkan suruh hari sukan sekolah buat lambat-lambat. Aku tak tau laa siapa yang kurang akal fikiran yang mencadangkan begitu. Alasannya agar konsep 'Sukan Sepanjang Tahun' berjaya. Alamak derr... Sukan tak semestinya berlari, melompat, lontar peluru, lempar cakera, rejam lembing je derr.... Sukan permainan pun sukan jugak... Buatlah tournament bola sepak ke, futsal ke, bola jaring ke... Lawan antara rumah sukan.. Buat satu bulan satu sukan.. Benda simple macam tu pun tak reti nak fikir ke? 

Anti klimaks kot kalau bebudak semua dah pergi MSSD, MSSJ dulu, baru terhegeh-hegeh nak wakil rumah sukan? Akibatnya, bebudak yang kononnya bertaraf 'atlit' tu memang buat pasal la, eksyen tak nak wakil rumah sukan.. Maklumlah status dah wakil daerah, apa kelas nak wakil rumah lagi kan...? So sesiapa yang mencadangkan agar hari sukan dibuat lambat tu, memang kena makan sumpah je la... Menyusahkan hidup yang dah sedia sibuk. Bukannya tak tau hujung-hujung dah nak exam trial. Budak dah sibuk tuition, mak ayah dah tak berapa nak bagi anak-anak involve. Kalau aku pun sama. Ada ke patut nak bersukan lagi dah hujung-hujung nyawa gitu.

Penat bagai nak rak pergi latihan rumah pun, masa hari sukan sekolah, aku kena pergi gubal soalan trial kat sekolah orang. Double anti klimaks. Cheiss....

Oh, update ni hanya untuk tunjukkan apa yang berlaku pada pagi pertama aku nak start sekolah. Yang merepek kerepek kat atas tu adalah perkara biasa bagi aku. Mana reti nak cerita straight to the point. Mesti nak konar-konar jugaksss. Muah ha ha ha ha... Yaa, 2 Julai tarikh keramat... Nak naik sekolah. So, malam pertama ini berlaku pada 1 Julai laa...

Meh nak tunjuk barang-barang yang aku bawak pagi tu..


Pergh... Aku send gambar ni kat ummi dengan adik aku. Terkejut ummi, siap sound aku macam nak pindah rumah. Kah kah kah... Aku menggelepar sejak dari Ahad malam lagi, jap check itu, jap check ini.. Takut sangat ada benda yang tertinggal, especially apa yang nak dibawak ke rumah ibu diorang. Maklumlah 3 bulan cuti kott....

1. Atas sana, dalam beg plastik putih, itu barang-barang kakak dan abang. Susu diorang, stok biskut-biskut, koko-krunch, puting botol yang baru. Disebabkan masih ada ruang, aku tumpang sekali pampers Najlaa. Nampak kan pampersnya? 

2. Dalam beg yang ada tulis One Baby World tu, aku letak kain buaian (in case anak aku nak duduk buai), botol susu dia, back-up susu tin if EBM aku tak cukup, bantal, bedak dan shower cream.

3. Beg merah hitam tu, baju-baju abang kakak untuk stok seminggu. Zikri memang duduk situ dari pagi sebab aku hantar sama macam aku hantar Najlaa before ke sekolah. Eizzah pulak, pergi tadika abah dia hantar. Balik tadika naik van, akan turun kat rumah ibu dia. Mandi dan makan sekali dengan tukar baju jugak laa. Sebab tu kena bagi stok baju.

4. Warna coklat tu handbag aku.

5. Beg kelabu pink tu beg baju Najlaa juga untuk bekalan seminggu. Ada jugak aku letak napkin 2,3 helai untuk wat lap-lap sebab Najlaa kuat jeluak susu. Aku letak semua la dalam tu, booties, barut, sapu tangan, tuala dan wetbag untuk letak baju kotor Najlaa. Baju kotor Zikri ibu dia basuhkan.

6. Beg hitam kecik tu, cooler bag. Atau nama lainnya, beg pam susu aku.

7. Beg hitam kelabu tu, beg laptop aku. Itu laa yang paling penting. Sebab semua nota mengajar aku ada dalam tu. Latihan-latihan, soalan ulangkaji, semualah...

Beg plastik merah atas hujung kiri tu sila abaikan. Itu aku pergi beli bawang petangnya malas nak bawak pergi dapur. Letak je tepi meja makan. Kah kah kah...

Itu pun ada dua beg yang tak masuk gambar. Satu beg stok EBM yang aku nak tinggalkan kat rumah ibunya, sebab EBM itu masih berada di dalam peti ais. Pagi esoknya baru aku keluarkan. Satu lagi adalah beg sekolah aku la. Aku letak pencil case, buku teks, cop nama dan buku resit.

Nampak banyak sebab starting nak hantar je. Sekarang nie, Hari Isnin je barang banyak sikit, sebab kena bawak beg baju. Pastu, hari seterusnya, aku cuma bawak beg laptop, beg EBM dengan cooler bag je.

Sekianlah dahulu. Sila baca lain entry. Mekaseyyy!



Sunday, July 15

Form Serdang wif lurve...

Tengah seronot-seronot berada di kampung halaman nie... jangan haraplaa aku nak update blog.

Tunggu aku balik Kota Tinggi dulu je la, eh??

Babai!!!!




















** err, ni bukan hapdet ke? Muah ha ha ha ha ha ha ha~~~ **

Friday, July 13

Jadi cikgu semula setelah 3 bulan menjadi surirumah sepenuh masa.

Okeh, aku surrender dulu la cerita berjimba aku tu.. Sebab mood nak up entry berjimba terus down disebabkan dua faktor : modem aku rosak, and aku dah start kerja.

Rupanya, sepanjang aku bercuti, kawan-kawan aku sungguh sibuk. Hampir setiap hari Sabtu ada event / program sebenarnya. Kesian mereka. Ramai jugak la yang meluahkan pada aku, "untung sungguh bercuti masa tu sebab sibuk giler sepanjang 2-3 bulan lepas"..

Alhamdulillah, perancangan Allah kepada hamba-Nya :D

Tapi seriusli, aku naik sekolah aje, memang pun kerja berlambak-lambak. Disebabkan jadual untuk aku dah disiapkan sebab pentadbir dah tau aku akan start mengajar balik 2 Julai, so aku terus je masuk kelas pada hari Isnin tu. Oh, masuk kelas bukan stress buat aku. Aku takkan cakap mengajar banyak waktu adalah stress, sebab itulah core business aku. Aku suka je mengajar... Tapi bila dah bergabung dengan kerja-kerja sampingan yang melambak-lambak tu laa.... STRESS!

Yang stress adalah perkara-perkara lain selain mengajar. Minggu aku naik tu, adalah minggu latihan rumah sukan buat kali terakhir untuk 2012. So, latihan rumah sukan bermula pada jam 4 petang dan tamat pada jam 6 petang. Hari kedua je baru, Najlaa dah kena tinggal lama kat rumah ibu... Huhuhu, kesian anak aku... 

Then hari Rabu macam yang semua taulah, of kos ada ko-ko. Jam 2-4 petang. Then hari seterusnya ada meeting. Balik dalam pukul 3 jugak. Hari Jumaat, ada Perkhemahan PBB Tahunan di Kampung Johor Lama.  Lebih kurang 45 minit dari bandar Kota Tinggi. Aku sepatutnya bertugas hari Ahad, pukul 7 pagi sampai 2 petang. 7 pagi?? Huh, sah-sah la aku takkan berjaya tiba kat sana pukul 7 pagi dengan anak-anak aku yang 3 orang tu. Suami aku out station hari tu. So, dengan kuasa yang aku buat sendiri, aku tukarkan aje hari bertugas aku ke Jumaat petang. So, pukul 2.30 ptg aku tumpang kereta Kak Rodzana bersama-sama dengan Ustazah Zunita dan Kak Safarizah, dan sampai semula di rumah pada jam 7 petang. Lagi sekali Najlaa tinggal kat rumah ibu lamaaaaaaa sangat. Aku bawak Zikri sekali hari tu. Eizzah tak ikut sebab dia ada Summer Camp tadika dia, so dia balik pukul 4.30 petang. Aku ambik dia pukul 7 tu kat rumah ibu dia sekali dengan Najlaa la.

Then minggu nie dipenuhi dengan Acara Sebelum Sukan. Dua hari berturut-turut aku balik pukul 6 petang. Selasa pagi ada Program Kecergasan 1 Murid 1 Sukan. Senamrobik woo... Tapi disebabkan Johor adalah unik, dan kami memiliki sistem aerobik kami sendiri, so kitorang tak main la buat senamrobik. Kitorang buat J-Robik. Best giler laa... Rabu aku cuti, sebab pengasuh dia ada appointment hospital. Khamis aku balik macam biasa, pukul 1.45 aku dah sampai rumah. Jumaat ada lagi Acara Sebelum Sukan. Huhuhu....

Minggu depan yang aku tau, Selasa adalah Kejohanan Olahraga Tahunan. Lepas tu, habislah seksa kitorang datang latihan rumah sukan. Biasalah, kalau latihan rumah, memang cikgu akan lebih ramai dari pelajar. Sebab kalau cikgu tak datang, takut kena tindakan. Kena surat tunjuk sebab pun dah tercalar kot fail peribadi kau. Tapi kalau bebudak tak datang, tak kena apa-apa pun.... Kalau kena tindakan pun, korang ingat diorang kesah ke? Takdenya... Hahaha.... Alamak!! Ko-ko masih ada la pulak. Selagi Hari Anugerah Ko-ko belum selesai, selagi tu la ko-ko jalan macam biasa.

Masa aku cuti tu, kiranya aku terlepas la dari kena train budak untuk Karnival Sains. Setiap tahun memang aku yang cari budak, pilih dan train untuk pertandingan Persembahan Topik Sains. Then aku juga terlepas dari jadi pengurus pasukan J-Robik. Dah 3 tahun kot itu menjadi tugas aku. Kalau tak, memang tiap-tiap hari start dari hari dapat surat sampai la hari pertandingan, aku akan balik pukul 6 petang. Pengurus pun kena tau step dan juga latih budak hokay? Then ada satu kali Sabtu tu sekolah kitorang buat Hari Anugerah Cemerlang. Terlepas jugak la aku. Lagi frust sebab aku terlepas Hari Koperasi. Aku suka nyanyi lagu Koperasi Malaysia tu masa perasmian. Ahahaha~~

Akhir bulan 6 dengarnya ada pulak nazir datang bertapa kat sekolah aku 2,3 hari. Woo, benda paling aku tak suka dalam dunia kalau nazir datang sekolah. Ni laa satu-satunya benda yang paling aku bersyukur aku terlepas. Then, setiap Sabtu sekolah aku memang ada kelas tambahan, sama ada Ibnu Sina, Kelas Hikmah atau SEP (Saturday Excellence Program). Itu belum lagi kira bebudak yang dah mintak dengan aku kelas tambahan persendirian setiap kali habis sekolah dan juga training untuk softball petang-petang. 

Kau belum lagi ambil kira tugas pengkeranian yang perlu dibuat sebagai guru tingkatan. Kutip yuran la, tanda kedatangan, keluar surat amaran, keluar surat pertuduhan gantung sekolah, buat surat buang sekolah. Masukkan kesalahan pelajar dalam e-Disiplin. Masuk markah dalam SAPS ke SAP ke amende ntah. Tanda PeKA/kerja kursus/PBS. Dan sebagai Setiausaha SPM, aku menghitung je hari aku bakal menjadi sibuk giler babeng menguruskan soalan trial, peperiksaan dan juga memasukkan markah kerja kursus dan markah trial secara online dalam sistem. Woooo.... Penat tu memang la penat. Tapi nak buat macam mana, dah tanggungjawab.

So siapa berani lagi nak cakap kerja cikgu senang, cuti banyak, balik awal, jumpa aku meh. Ringan je tangan aku nak bagi penampa satu, kurang manis punya....

Mau?