Saturday, November 19

Berfoto gedikss di Laksamana Royale.. Anak murid aku la, aku berfoto cun, maa~



Tajuk macam nak makan kaki... Keh keh keh...

Maaflah... Lama sangat tak sempat memblog. Maklumlah, orang penting *batuk* macam aku ni banyak kerja last minute yang nak kena settlekan. (Padahal sendiri sengaja meng-last minute-kan diri membuat kerja. Huk huk huk.. sungguh suka procrastinate)

Okeh aku beriya je kan kata nak update pada tarikh cun 11/11/11? Ha ha ha hampeh... Tak daya aku der.. Penat sangat hari tu... Aku sampai rumah je dah lepas pukul 12 malam. Dah masuk tarikh 12/11/11 dahh... Apa kess?

Siangnya aku sekolah macam biasa, tapi budak-budak Form 5 ada Majlis Dinner atau nama grand-continentalnya adalah Laksamana Royale. Dianjurkan oleh mereka sendiri. Cikgu-cikgu pergi makan aje. Nasib baiklah mabuk malam aku dah selesai. Keh keh keh... Bolehlah aku bersantap (baca : mengketedarah) dengan hebatnya.

Aku tolong-tolong jugak la budak-budak nie buat kerja kat dewan petang tu, alang-alang bawak Zaki sekali. Tolong diorang nak beli itu, beli ini, sedar-sedar pukul 7.45 petang baru sampai rumah. Kelam kabut aku mandi solat semua, sebab patutnya majlis start pukul 8.00. Haha, dengan kepantasan aku bak selkom berukben (sebelum aku pakai streamyx dulu) ni, maka sah-sah la dekat-dekat pukul 9 malam baru aku berjaya tiba untuk dinner. Giler kentang, pengetua pun dah ada weh... Malu pun ada, tapi nak buat macam mana.. Nasib baik pengacara lagi lambat dari aku, so masa aku sampai tu, majlis blom start pun lagi.. Keh keh keh.. apa kes? Aku dan budak-budak yang balik lambat masa preparation pun boleh sampai lagi awal ke majlis dari MC yang balik awalll sangat. So, dalam pukul 9 jugak la baru start Laksamana Royale secara rasminya.

Majlis dimulakan dengan ucapan yang aku tak mau cerita panjang sebab lapar :D then diteruskan dengan sesi MAKAN!!! Pun aku tak sempat nak snap sebab lapar :DD Makan nasi ayam, dan sebenarnya daya tarikan untuk aku pada malam itu adalah cendol!! Terbaek woh.. Sampai 5 mangkuk aku bedal ... Dinosaur bunting la katakan.... Balik rumah tengah malam keras perut aku. Mesti anak aku dalam perut tengah berangan main ski kat Switzerland, sebab sejuk sangat. Keh keh keh...

Okay, layan gambar la dowh. Banyak gambar kenangan dengan anak-anak murid je pun... Dah Form 5, entah bila boleh berjumpa lagi lepas ni... Kameramen aku malam ni si Zaki la.. Apa lagi yang dia boleh buat kan? Keh keh keh... Mekasih...



Okeh, ini kombinasi 5UM dan 5UKM.
Dari kanan aku Chia Teck Ying, Chia Ke Hui, Tan Hui Jun dan, er,, err,, yang kiri sekali tu aku tak sure siapa. Sori ye? Dah lawa-lawa mekap-mekap di malam hari, manalah cikgu anda yang rabun nie nak kenal, kan? kan? kan?




Woh, aku rasa macam dah duduk Hong Kong manyak amoii cantik malam tu.. Pergh, siap mekap, set rambut semua ada. Lawaa anak-anak aku, kalah mak dia yang selalunya sangat vogue nie... *batuk berdarah*




Again, with them.. Keh keh keh...
Suet Fang dengan Jing Wen buat lawak ala-ala bini-biniku gengster... Keh keh keh...




Anak dara 5UM.. Dari kanan, cepat jalan... eh, Hazirah (Azie), Shahiera (E-ra) dan Afiqah (Fiqah Mizah Swift Cullen).. woh, nama samaran lagi panjang dari nama sebenar.. Apa daa~




Tambah si Amerah di sebelah aku... Kan? Betul kan? Aku yang paling lawa, kan? *sobs sobs*




Yang tudung oren tu Arina adik Afiqah tadi. Sebelah dia Syahirah (Romantikalasofa Sycha).
Giler kentang potato chip nama samaran susah bangat. Yang sengih kontrol perut kat belakang tu Zulkarnain, Mok nama manja dia. Amacam, manja kan? Keh keh keh~~~




Walao~~~ Ini hero versi Yap Ah Loy..
From kiri, atas : Lik Jiang, Shao Yong (Ah Chou).
Kiri, duduk : Zhi Long (Ah Long), Yuan Cherng, Heng Yee, Wen Yang, Wen Hao, Chia Liang dan..... macam biasa. Aku tak perasan siapa yang kanan sekali kat depan nie.. Kih kih kih... Sorry ho...




Again... Biasa laa, handsome. Pose mesti mau lebih, kan??




Ini pulak hero versi Laksamana Bentan... Kih kih kih... Dari kiri, cepat lari, eh, Syafiq Isad, Arief Danial (tengah wat muka sengall~), Hazim, Rasheed Syakirin dan Mohd Nurshafiq.




Ish ish ish, tau la korang lapar... Takkan la sampai sedulang korang mengketedarah?? Kah kah kah...




Ni hero versi Parameswara... Hahaha...
Kiri, belakang : Hasrul Fazlee, Mohd Farhan (Pa'an), Amirul Asyraf (Daim)
Kiri, bawah : Faiz Zakwan, Alif Ikmal, Hizwan...
Semua berangan konon hero Korea... Keh keh keh...




Pergh, si Echah @ Aishah Ngatuan.. Lawa giler babeng dia malam nie. Bab tinggi tu aku malas nak cerita.. Keh keh keh... Ibu boroi biasalah, kena rendah sikit untuk lebih cun *batuk dengan lebih teruk*
Sebelah lagi satu tu Hanapi nama dia.. Takkan aku nak kena bagitau kiri kanan kot? Takkan yang baju pink tu Hanapi, ye tak? Adehh....




Ni hero versi Kampung Pisang (ampunn~).. Amirul Asyhraf (Angah) dengan Idzhar Yuhazrin (apa ntah nama glamer dia).. Eh, betul ke dia Idzhar? Keh keh keh....




Lagi sekali la ye? Alamak, aku lupa cover perut~~~~~




Amerah lagi... Haduii, macam mana plak boleh ada muka si Zaki tuh? Redha je laa....




Haa, sebahagian anak-anak 5UTM aku tuh.. Kiri : Aishah, Farah Wahidah, Ain Nabila, Aku (haruslah, kan yang paling cun tu), Amerah (eh, budak 5UM) dan Dewi Ramadhani..




Lagi 5 UTM.. Kiri : Siti Nurtasya dan Sarah.




Amoi (memang nama panggilan) Nur Atiqah nama dia...

Parkinson plak kameramen aku dah lama-lama... Hehehe...
Ni Amoi dengan pakwe dia Amat, Ahmad Syafiq.


Lah, makin teruk plak Parkinson si Zaki nie...
Kiri : Aqilla, Faihaa, Hazreen dan Hasrul. Eh, Hasrul, ko kan dah ada gambar tadi?




Cikgu yang telah meninggalkan kitorang pindah sekolah lain pada 16hb November... Kak Hawa... Tengah bagi ucapan. Elok je dia habis berucap, semua bebudak 5UM ramai-ramai jerit "Cikgu, we love you. BM SPM.. A+!!!!" Sporting bangat bebudak tuh....




Sebahagian cikgu yang hadir : Kak Zakiah, Kak Norlida, Kak Azizah dan Ustazah Zunita.




Cikgu yang akan berpindah jugak, iaitu Adriana dan Miss Tan.
Adriana sorang je yang pindah, Miss Tan tak...




Geng huha-huha aku bila sekali-sekali berjumpa.. Kak Safarizah (Kak Ija) dan Norafizah (Intan). Cun? Haruslahh~ Kami kan guru Laksamana. Mana ada cikgu Laksamana yang tak cun, hokeh??




Shafiqa.. Budak yang kena balik awal sebab takde orang nak datang amek kalau lambat-lambat...

Muka ko mesti nak masuk jugak kan?? Jiji kan??



Tadi dah ada, nak gak gambar sekali lagi.... Sekali lagi, sila abaikan ketinggian dinasour boroi~~ :D




Dah habis majlis, sesi gambar solo la pulak.. dengan Heng Yee



Dengan Tay Ken Ling.. Dia artis woo, nyanyi sangat sedap...




Lee Wen Yang...




Yeo Lik Jiang.. Dia ni sibuk nak ambik gambar banyak-banyak kali... Siap bagi pesanan penaja "Nanti cikgu masuk blog,ya? Mau masuk blog cikgu leh..." Yelah, yelah.... :D




Lo Yuan Cherng... Senyap kat sekolah, tapi bagus.




Chia Ke Hui... paling bising dalam 5UKM ;P




Tan Hui Jun : kawan sepembisingan Ke Hui... Huhuhu~




Eh? Camne leh tersesat plak gambar diorang berdua nie?? Siapa ni? Zaki? Ko bukan kameramen aku ke?? Hahaha!! Hoh, skendell~~




Aku keluar dari dewan terbuka pukul 11.40 malam, pusing air tawar 3 dulu hantar aceed, pastu hantar zaki, isad dengan hazim. Kul 12.45 malam baru sampai rumah. Penat, tapi enjoy!! :)) Terima kasih kepada semua yang telah bersusah payah menjayakan majlis sampai kitorang hanya datang makan je. Oh, last but not least....


Cenderahati dari Laksamana Royale.. Kenangan terindah sepanjang hayat gitu.... :DD


6 comments:

Lynette said...

Zaman saya x de pun benda ni~haha,I like "cikgu we love you,SPM A+"
saya dah tunaikan janji da XDD

Yong Zahura said...

Bagus, bagus...

Rasa bangga dapat tunaikan janji pada diri sendiri, family dan cikgu2, kan??

Lynette said...

x bangga tapi hati sungguh sedap rasanya.Hmm,Lembu pegang pada tali,manusia pegang pada janji:)

Yong Zahura said...

Haha, good choice of words :))

Apa-apa pun, we must do all our best, and then let God do his work..

Tidak ada erti mengalah dan berputus asa :D

Farah Azurah said...

nasib baik spm dulu BM A+,hehehe :D

Yong Zahura said...

Hehe Farah Azurah...

Kan?? Tahniah jugak..