Thursday, November 10

Majlis Restu Ilmu SMK Laksamana 2011



Tadi bebudak Form 5 dah pun menjalankan tanggungjawab untuk menyusun meja sempena peperiksaan SPM 2011. Proses menyusun meja bermula selepas rehat sampai pukul 12. Lepas tu, Majlis Restu Ilmu pulak. Majlis ini di-handle oleh Kaunselor SMKL, Kak Zakiah dan Kak Su. Para jemputannya of course-lah para pentadbir SMKL yang diketuai oleh Encik Md Din bin Hussein, Pengetua SMKL dan juga disertai oleh para guru yang mengajar Tingkatan 5.


Lepas dah susun meja, bebudak Form 5 pun dikumpulkan dulu untuk Majlis Restu Ilmu kat Dataran Laksamana (Blok Baru)... Sementara menunggu pentadbir habis meeting pukul 12, diorang pun diberi taklimat oleh kaunselor tentang... err, aku kurang pasti pulak. Yelah, taklimat tu kan untuk diorang, bukan untuk aku... Kikikii....

Ni laa calon-calon SPM SMK Laksamana - lelaki. Yang depan-depan nie bebudak kelas UM. Haha, ada yang cover, ada yang pose.. Macam-macam laa korang eh?
Waa, Li Soon dengan Ah Chou bukan main lagi :D

Ni yang pompuannya pulak... Sweet je senyum masing-masing...
Tengah dengar taklimat pun sempat lagi Miao Ching pose.. keh keh keh...

Ini aku amek kat kawasan tengah sikit... Semua muka berdebar dengan taklimat. Kejap lagi nak nangis-nangis pulak, kan? kan? kan? Kikikii...

Sunar bukan main nak menunjuk beg graduasi dia yang konon penuh dengan autograf..
Cheh, nyampah :p

Eh, dah tutup muka pun intai lagi ke? Cikgu tunggu you intai lor, baru ambil gambar... Haha!!
Rani bukan main sengihnya....

Haa~~ Ni anak-anak 5 UTM aku nie... 2 tahun aku ajar Sains. Saayangg sangat-sangat kat diorang. Awal-awal masa salam-salam aku cool je. Sampai kat diorang, ha kau... Meleleh air mata aku.. Sedih... Huk huk huk~

Lagi pemandangan berbual / berbincang.. Okay laa, khusyuk jugak mendengar. Mungkin situasi kat sini sejuk kot.. So bole la diorang dengar taklimat. Kalu tak, hampeh...

Ni kelas 5 UIAM dengan 5 UUM. Memang kelas ni sikit je bebudaknya. Eh, Indra senyum ke? Dia nie duduk satu taman perumahan dengan aku.. Hehe..

Ni la tukang bagi taklimatnya.. Kak Zakiah. Tak salah aku dia cakap tentang matrikulasi, kolej swasta, Kolej Komuniti, ILP, dan juga pembelian nombor PIN di BSN... Takde kena mengena dengan Ayah Pin kerajaan di awan yek? Kui kui kui...

Awal-awal, cikgu belum ramai lagi. Sebab baru je selesai susun meja. Ni tengah tunggu pentadbir la ni.. Semua nie cikgu yang terlibat menyelia proses menyusun meja. Form teachers laa... Yang berdiri tu kaunselor lagi sorang, Kak Su.


Aku tak ingat aku nak khianatkan siapa sampai amek gambar area ni dua kali... Kih kih kih...

Okay, bila semua pentadbir dan hampir majoriti guru form 5 dah sampai, kitorang pun mulakanlah majlis dengan bacaan doa. Glamer si Faiz Zakwan, kena baca doa gitu. Nasib baik lancar. Baguss~

Nampak?? Dah ramai dahh~ Yang tak datang sebab ada kelas. Yang lain Alhamdulillah ada... Ruang kosong kat baris kedua tu, tempat aku laa tuh :D

Budak Form 6 yang banyak tolong dalam menjayakan majlis. Anda hebat!!
Kami semua sayang anda :D

Kak Hawa (bertudung purple) bakal meninggalkan kami.. Sebab dia naik pangkat, tahun depan dah kena pergi sekolah lain... Huhu~ Sedeyy...
Semoga Kak Hawa berjaya dan bahagia di sekolah baru ye?

Tujuan Majlis Restu Ilmu ini adalah untuk para pelajar memohon maaf pada para guru dan juga sesama sendiri. Lagi satu, ni laa bendanya. Nak bagi cenderahati daripada Y.B. Datuk Halimah Binti Mohd Sadique, Ahli Parlimen Tenggara.
Mewah tu.. Banyak giler pen bebudak ni dapat. Kalau tak bawak jugak pen yang mencukupi masa periksa, aku jotoss kepala sorang-sorang :p

Ucapan daripada wakil pelajar, Khudhori anak Doktor Yusof... Panjang, siap ada 2 rangkap syair lagi... Terbaikk~ :DD

Ni dia masa yang ditunggu-tunggu. Amanat daripada Tuan Pengetua. Eh, laa... gambar masa Haji Sulor GPK Pentadbiran berucap aku lupa amek... Hehe..

Eh, haha... Saja je letak gambar Encik Md Din lagi sekali... Keh keh keh...


Diakhiri dengan bacaan ikrar oleh Kiritheran (eh, aku lupa amek gambar dia @_@), dan seterusnya upacara bermaaf-maafan, berpeluk-pelukan antara guru dan pelajar sesama jantina, menangis-nangisan, dan lastt sekali, amek slip peksa. Haa... Tak amek kalu, tak payah periksa la!! Hahaha~

(nasib baik takde budak amek gambar aku nangis. Keh keh keh)


4 comments:

E-ra paSha said...

weeee~! gmbar ku y plg cute miut ade d stu!! hahahahaha..nk copy bole?? heee..

Yong Zahura said...

silakannn~

Haha!!

zUeNayRaH said...

haha..nape xda gmbar kak yong masa tgh salam2?haha.. :p
owh samala ngn skola zue dulu yg pencil case tu..hehe..tpi dari koperasi skola..bukan dri ahli parlimen mana2..haha..
:)

Yong Zahura said...

sebab tukang ambik gambar (kak yong laa) tengah dok salam-peluk-nangis dgn budak2 laa... hehe :))