Thursday, May 3

Cuti-cuti Malaysia : Budak-budak punya event

Lepas semua dah selesai terbongkang akibat kekenyangan makan di Restoran Mohd Chan Abdullah tu, so esok paginya lebih kepada acara bebas. Sebab ada yang kerja la, apa la... Tapi atuk dan nema cuti, so aku, Eizzah dan Zikri ambik peluang pergi berpoya-poya dengan atuk dan nema ke Alamanda.

Sampai je ke Alamanda, ikut Nema dulu pergi settlekan hal-hal pembayaran di bank. Then jalan-jalan ternampaklah 'aik-aik' nie... Apsal ntah anak-anak aku panggil benda ni 'aik-aik'.. Mungkin dari perkataan 'naik' kot.... So layan la diorang sepam dua naik benda alah nie...


 Muka masing-masing selenga je... Dah tua-tua naik benda alah nie, memang bosan tahap cipan la... Cipanzi pun tak boring macam tu... Hapa la aku dok merepek nih? Huahuahuahuaaa....

Rezeki plak bebudak nie jalan-jalan di Alamanda di pagi hari. Dekat foyer Alamanda tu, Sustagen ada buat road-show untuk introduce produk baru dia. Orang tak ramai masa nie, so apa lagi. Atuk dan Nema dengan excitednya membawa Eizzah dengan Zikri join the games dalam road-show tu...


Pintu gerbang dia. Awal-awal kat gerbang tu kena register dulu bebudak nie, then diorang dapat topi sorang satu. Budak je la, yang dah tua kertu tak yah la nak topi ngengada bagai... Huahuahua~


Besar giler kotak Sustagen yang diorang nak promo nie. Ada extra ape kemenda ntah.. Aku pun dah lupa... Tapi harga yang ditawarkan kat road show ni memang menggoda laa... Takdenya korang akan dapat harga tu kat supermarket... Tak tau la kalau-kalau kat kedai ubat Cina.. Biasanya memang kat kedai ubat Cina, susu budak lagi murah...


Aku dah tak berapa ingat dah susunan games yang diorang main. Pastu aku kena berlari-lari dari satu station ke satu station, gilir-gilir amek gambar Eizzah dengan Zikri.. Nasib baik la Atuk dengan Nema amek sorang satu. Kalau aku sengsorang tak dapek aku melayan deh....



 Dua gambar kat atas nie aku tak sure diorang tengah buat apa or tengah menunggu giliran untuk apa.... Hahahaha..... Dah tau memori ikan emas, lagi ada hati nak update blog tentang benda 5 bulan lepas....






 Okay, 3 gambar nie... Bebudak nie kena pilih daripada balls yang ada tampal sticker gambar kat atas tu, mana balls yang dilekatkan dengan makanan yang penting untuk pertumbuhan... Kalau tak salah aku laa... Then bila diorang dah pilih tu, diorang kena masukkan ke dalam lubang macam dalam gambar nombor 3. So, bola tu akan jatuh ke dalam blender kat bawah lubang tu. 
Nampak blender?? Bagus... 
Bila dah siap masukkan semua bola, tekan je butang merah kat tepi blender tu.
 Nampak butang merah? Baguss..... 
So automatik blender akan berbunyi konon macam tengah blend bola-bola tu la... Tu je pun... Alahai...

 Station seterusnya, diorang kena pilih dari banyak-banyak bahan kat belakang tu (besar gabak makanan), yang mana boleh dimasukkan ke dalam toaster nie... Ada la dia bagi sayur, ayam, roti tak salah aku... Kalau kita pilih makanan yang salah, konfem tak boleh muat dalam toaster. So kena la cari lagi sampai jumpa barang yang muat. Anak aku memang blur sket mula-mula. Sebab mama diorang nie bakar roti tak guna toaster. Aku guna oven toaster.... Hahaha...

 Haa, ni kalau buat stok kat rumah aku, mau 8 tahun baru habis nie.... Muahhahahaha~~

 Turn Zikri pulak.. Dia ni kan, sebenarnya dia tau apa nak buat sebab dia dah tengok kakak dia buat apa. Tapi dia saja nak tunjuk dia selamba.. So dia wat bolayan je apa atuk suruh... Ngengada betoi anak teruna sorang nie...

 Tada!!! Dah masuk... Sebenarnya lepas tu, kita kena tekan kat side toaster tu (macam toaster betul-betul) pastu roti tu pun masuk, pastu dah habis dah tugasan kat station ni. Pastu ko blah la pegi station lain... Oh ye, setiap budak akan dapat satu buku. Kat buku tu, kalau kita dah completekan task dekat satu-satu station, kita akan dapat sticker. Bila dah kumpul 5 sticker, kita bolehlah dapatkan beg goodies di akhir rancangan, eh, di akhir garisan.. eh, di akhir permainan la senang. Pening aku....





 Ni salah satu station lagi... Budak2 nie kena panggang ayam. Macam Eizzah buat kat atas tu la, kena pusing-pusingkan makanan supaya ianya boleh masak dengan sekata ye tuan-tuan dan puan-puan... Muah ha ha ha~ Kat sini sekejap je. Dah pusing-pusing tu, terus dapat sticker. Apa ada hal....?

 Station nie, aku tak sure buat apa. Yang tau ada konsol macam PS, pastu  buat hape ntah. Kebanyakan budak2 nie tak pandai pun nak main, so assistant diorang akan tolong. Bagus assistant untuk road tour nie.. Mesra, lembut je dengan budak-budak. Yang kat kaunter jual susu Sustagen tu lagi laa ramah. Mau tak ramah, nak suruh orang beli la katakan... hehe... Gambar Zikri tak sempat... Huhu~




 Okey, last kaunter... Ukur berat dan tinggi untuk memastikan anak-anak kita itu seimbang BMI-nya... Lepas dah ukur/timbang tu, ada pakar pemakanan dia akan nasihatkan kita tentang ideal atau tidak pasangan Yusry-Lisa Surihani... eh? Apa ada kena mengena? Yelah, yelah.. Tersasul sikit pun tak boley... Ideal atau tidak tinggi dan berat anak kita... Zikri okay, memang sesuai dah.. Tapi Eizzah tak cukup berat!! Haha, bayangkan beza dia dengan adik dia cuma 1 kg. Tu laa.. Makan memilih lagi... Haha!


Setelah habis semua station dilawati, dapatlah beg goodies... Dan mestilah bergambar juga dengan promoter yang bersungguh-sungguh mempromote barang yang dijual. Aku pun terpengaruh gak untuk beli Sustagen ni sebab dia kata boleh menggalakkan selera makan. Siap beli 3 kotak terus tuh. Murah laa katakan. Tapi seriusli, aku tengok anak aku memang makin kuat la... Bukan kuat makan, tapi kuat menyusu!! Huhuhu~ Habis je 3 kotak, terus patah balik guna susu asal... Wargh kah kah kah....