Sunday, May 20

Hahahaha.... Patutlahhh~

Saat paling bahagia untuk aku sebagai seorang ibu adalah apabila aku sorang-sorang berjaga di tengah malam dan melihat suami dan anak-anak aku tengah lena dibuai mimpi.

Ada satu perasaan yang tak dapat aku huraikan jauh di sudut hati aku. Rasa bahagia, rasa gembira, dan rasa bersyukur di atas kurniaanNya, semua bercampur-baur. Bila tengok wajah-wajah tenang semua orang yang aku sayang di sekeliling aku, aku pun akan jadi tenang.

Tambah pulak bila tengah malam, sunyi, lagi laa rasa tenang. Lebih-lebih lagi takde orang nak berzanji tepi telinga aku nak main Plants vs Zombie. Hahaha... Double ketenangannya, ko tau?

Malam tadi, aku dengan Zikri je yang belum tidur. Zikri demam, so dia dah tidur awal lepas makan ubat. Dalam pukul 12 tu dia terjaga. Eloklah dia meneman aku online sambil tengok TV cerita Kick-Ass.

Aku tengok Eizzah tengah tidur atas sofa siap mengigau lagi. Apalah yang dia ngigau, aku pun tak dapat tangkap butir bicara dia. Macam tengah cakap bahasa Rwanda pun ada gak. Bila pulak aku hantar dia pergi tuisyen bahasa Rwanda ntah.

Then aku tengok Zikri. Zikri tengok aku balik, sambil sengih. Eh. Ngigau siap sengih? Lupa. Dia kan tengah berjaga. Ahaha. Dah, pegi sambung tengok cerita Kick-Ass tanpa rela. Malam-malam mana boleh tengok Cartoon Network.

Then aku tengok Najlaa. Bukan main lena tidur selepas mendera aku. Dia tak tidur siang langsung semalam. Cubaan menidurkan dia untuk membolehkan aku tidur juga adalah gagal. Dia cuma tidur selama 10 minit sebanyak 3 kali.

Kali pertama, aku masak nasi.

Kali kedua, aku mandikan Zikri dan makan nasi.

Kali ketiga, aku mandi.




Tetiba aku perasan cara Najlaa tidur tu, macam pernah aku tengok. Siapa eh tidur macam tu? Serius aku pernah tengok. Takkan macam adik aku si Danial kot. Penat aku fikir ni.






Wah, bukan main lena ko yek? Baguslah. Dari ko siang malam tak nak tido. Konfem mak ko dapat watak heroin cerita Kungfu Panda pulak lepas ni. Sebab mata sama lebam macam panda.




Nah. Kungfu Panda. *tiba-tiba*
Gambar ehsan Google.






Sekali aku rasa teringin nak tengok sebelah Zikri. Aku rasa macam ye dah tekaan aku ni.






Kan??
Patutlah macam pernah tengok. Gaya sama macam Encik Suami rupanya.
Anak abah, kan? Haruslahh~



Buat penat je aku fikir tadi. Cheh.


5 comments:

Anonymous said...

Yie kacak bergaya: hahahaha...mmg sejubik... anak abah lah katekan.. rindunye budak kicik smua tu...hari tu jumpa pon xpuas main...

Yong Zahura said...

itu laa... kejap sgt.

cuti ni hang plak busy..

rindu gak dgn safiya...

CikguAreefNaim said...

salam,

tentu bahagia melihat org tersyg berada di sisi kan :)

Yong Zahura said...

@Areef

sangat bahagia...
bersyukur tak terhingga :D

aizuemi said...

alhamdulillah~