Saturday, June 2

Najlaa dah 2 bulan. Lagi sebulan mau kerja. Kenalah kerja. Takkan nak tunggu duit terbang masuk mulut, kann?

Wah wah wah.... Tajuk kemain panjang tak hengat. Apsal ko tak buat tajuk tu panjang lagi macam karangan 350 patah perkataan level SPM terus??

Hari ni genap umur Najlaa 2 bulan. Kejap je, dah besar dah anak dara aku tu haa... Dah pandai tumbuk bawang kat dapur dah tolong aku masak... Wuhuhu.. Nampak benor ler menipunyer... Agak-agak ler weh, nak menipu pon! 

Dan itu juga bermakna, aku akan kembali bekerja sebulan lagi... Wah, mixed feeling gitu.. Excited pun ada, bosan pun ada, tak mau kerja pun ada. Eh, mana boleh tak mau. Nanti tak dapat gaji. Kalau tak dapat gaji, takleh shopping. Kalau takleh shopping, aku tension. Kalau aku tension, aku nak window shopping. Kalau aku window shopping, tentu aku akan tukarkannya jadi shopping. Kalau aku shopping, kena ada duit. Kalau nak ada duit, kenalah kerja.  So, kesimpulannya? KERJA weh... Baru la dapat duit. Bukan jadi bodoh masuk MLM bangang, tipu duit orang, pastu berangan nak jadi kaya.... Tapi memang boleh jadi kaya pun.. Kaya dengan umpat keji dan sumpah seranah orang ler.... Kalau orang kata kau bodoh hari-hari, tak ke jadi doa tuh? Kalau jadi doa, tak ke bodohnya sampai ke tua? Ish ish ish... Susah kalau dah tua-tua tapi bodoh nie. Dari kecik sampai sekarang umur 25 bakal sampai ke tua asyik bodooooh je la.... Khennnn??? Kerja malas. Ada hati nak kaya cepat. Kah kah kah. Pondan pun ada buat kerja beb... Yang halal, yang haram, tapi kerja jugak. Tapi taklah goyang kaki tunggu duit mari. Sama ada dia goyang tangan (mengandam atau memasak) atau goyang vuntut (tuuuutttttt~~ ditapis oleh SIRIM).

Hujan lebat kilat ribut petir kot kat luar. Nasib baik laa anak-anak aku style tak takut petir atau guruh. Diorang boleh je selamba meneruskan aktiviti yang tengah dilakukan. Najlaa masih lagi meneruskan aktiviti tidur di business class beliau itu. Ada laa gerak-gerak sikit. Aku goyang-goyang je la kerusi tu, dia sambung tidur balik. Yang abang dengan kakak pulak tengah main kaler-kaler. Sorang jadi cikgu, sorang jadi murid. Tapi haku tengok yang jadi murid tu lagi gangster dari cikgu... Huahahaha.... Eh, bukan ke itu perkara biasa sekarang?? T_____T.  Murid-murid kan hebat. Cikgu bawak kereta tempatan, dia bawak kereta import, dia dah rasa dia hebat. Padahal tu kereta BAPAK kau kotttt...... Bukan duit kau pun. Pirahh nak berlagak. Kalau bapak kau yang nak berlagak, aku boleh la terima, dah memang itu harta dia.

Kan aku nie bercerita semua benda aku cerita. Sampai nak cerita hal anak, keluar cerita anak murid nak buat hapa. Okeh bek tu de topik. Kalau blackout pun macam tu. Anak-anak aku takde nak jerit-jerit nangis-nangis. Diorang cuma akan buat muka kau-tengok-aku, aku-tengok-kau. Macam mana aku tau? Dah kata blackout, mestilah gelap? Aku taulah, anak-anak aku... Habis-habis pun, Eizzah akan panggil "Mama? Mama?". Kalau aku menyahut, kira okay laa tu. Kalau aku saja nak menyakat tak nak jawab, dia akan cakap "Mengada ahh mama ni. Kakak tau la mama ada kat situ.." Eh, aku pulak yang kena sound? Suka aku la nak jawab ke tak.. Huhuhu...

Untuk sambutan ulangtahun ke dua bulan minah Najlaa nie, dia sudah ada taktik baru. Tidur di business class hanyalah untuk siang hari sahaja. Malam hari, wajib port di atas toto semula bersama-sama semua ahli keluarga yang lain. Ko cuba laa letak dia kat business class dia tu. Mau dia jerkah kau sambil jerit sepanjang 40 harkat. Harus cair taik telinga ko... Hahaha....

Meh, meh... Layan gambar meh... :D

Ini adalah Najlaa di business class. Hari ini serba hijau. Set bantal dengan rocker tu je lain tema...


Ni tengah bercerita apa ntah. Nampak je orang amek gambar, terus berenti bercerita, siap wat pose. Hahaha.. Eh. Macam kenal je orang yg berperangai sebegitu? *mak ko laaa*


Inilah yang dipanggil mimpi-mimpi indah ^___^
Tidur je baru boleh amek gambar senyum. Kalau tengah  berjaga, nak snap gambar, mesti buat muka serius macam kerani kaunter pejabat  gomen. Eh.


Contoh muka serius... Garang tak anak haku? T____T


Kakak siap pose dengan key chain Powerpuff Girls lagi... Apa  nama watak tu? Blossom? Najlaa tengah tengok abang dia dok acah suruh senyum.. Hmmph, nan ado nak senyum ler...

 
Ni saja je nak letak muka budak belum mandi makan nasi goreng special mama masak-sambil-mulut-bebel-suruh-diam-takut-baby-bangun sambil tengok kartun. Ye la, baru lepas hujan ribut petir, haruslah jawapannya "Sejuk... Tak nak mandi lagi..." Padahal mandi air panas..... Saja nak wat mama korang panasssss gitew...


Okay, itu saja untuk hari ini... Babai semua, see you later....
*dengan muka garang tanak senyum itu lagi*



4 comments:

CikSofa ;) said...

peh bju polka dots laa... jelous nih :D

Yong Zahura said...

hahaha... shopping online tu :)

maro said...

dalam citer pasal anak, sempat lagik yer citer pasal MLM ngan kebodohan tu yer kak yong

Yong Zahura said...

@maro

Itu namanya sambil menyelam sambil minum air sambil lemas... huahahaha...