Monday, August 6

Berjimba-jimba sekeluarga di Ancasa Hotel & Resort, Port Dickson [Part Last dah wehh!]

[ Ini juga adalah entry yang boleh membuatkan korang muntah pelangi sekali lagi. Tapi ini adalah part the very last olredi. Sila simpan muntah pelangi anda sampai selepas berbuka, yeh?]

Okay, malas mau cerita sudah. So, last mestilah check-out dari hotel la kan? Masa Kak Yi check out tu, yang lain sempat lagi posing-posing gitu. Dah namanya berjimba, maka marilah berjimba secara serius. Huahahaha~


Nema dengan Najlaa..


Ini bukan PATI yang tengah menunggu masa untuk dihantar pulang ya ibuk-ibuk sekalian... Keh keh keh...
Tak sampai hati pulak nak panggil budak kecik baju oren tu PATI... :D


Hoh. Kemain. Nasib baik Spain menang.


Hiasan 'bunting' yang memenuhi ruang lobi Ancasa...


Nak balik pun still nak buat adegan drama swasta lagi... Nasib tak tergolek jatuh tangga. Muah ha ha ha..


Sesi memasukkan barang-barang ke dalam bonet kereta masing-masing..


Pak tam sibuk melayan kerenah anak dara aku.. Tengok, Eizzah tamak haloba. Tangan kanan pegang botol susu, tangan kiri pegang Mentos. Oh, itu kedai jual souvenirs kat hotel ni. Tapi aku tak masuk pun. So, tak tau la nak komen harga dia murah ke mahal.


Tuan blog dengan Auni. Auni tak tengok kamera la pulak. Takpe, kita cuba lagi sekali.


Aik? Makin tak tengok kamera?? So, tak payahlah cuba lagi. Kih kih kih...

Kak Yi @ Auntie Ju dengan anak dara dia Aisyah Safiya Harris dan anak dara aku Eizzah Nur Harris


Gambar kami sefamily. 


Edisi lebih ceria, dihiasi cahaya keimanan sebagai background... Wah terlebih sudahh~


Setelah selesai mendera staff hotel itu untuk mengambil gambar kami sekeluarga, kitorang pun apa lagi, cari tempat makan la weh!! Lapaq gila dah nie. Disebabkan umi dan ayah selalu datang PD, and diorang kata makan kat sini adalah sedap. So kitorang pun dengan lajunya menuju ke restoran ini...


Okeh tak clear, eh? Model tu sibuk aje jalan depan kamera. Haha... Jap, jap... Amek yang clear sket.


Itu dia... Siap dengan alamat, nombor tipon sume ada gitu. Cowboy Place. Memang real la ke-koboi-an kedai ni. Dengan hiasan dia, dengan staff dia pakai ala-ala koboi di hari yang panas terik nak mamp itu... Tahan ko ye dik?? Huahaha~


Senarai harga. Ini untuk ayam je la. Untuk nasi kukusnya, aku tak sure la pulak. Bagi aku, ok la. Recommended. Cuma sos dia tak berapa sedap bagi aku. Sebab tak manis. Aku suka kalau sambal manis-manis sikit. Cuma, out 0f, 10, aku boleh la bagi 8. Servis ok, malangnya di saat kitorang kepanasan tu la, kipas banyak yang rosak. Harap cepat-cepat la baiki ye? Giler makan pedas-pedas di waktu panas-panas takde kipas-kipas. Eh.











Yang di atas semua gambar makan-makan. Harus bersyukur kerana air port dia kat depan aku. Hahahaha... Disebabkan panas dan pedas, aku bedal je air batu time nie. Tak pe ahh.. Aku anggap 44 hari dah lepas, ok la tu... Dalam mangkuk kecik tu la sambal dia. Macam sos tiram sikit rupa dia, tapi pedas weh..


Itu bukan anduh ye? Lupa nak bawak turun nursing cover, so napkin pun jadi laa... Najlaa bukan kira, kat mana-mana pun nak menyusu. So, bersabar sementara memerhati laki aku makan dengan sedapnya. Cheiss...

Ibu segala nyamuk Aedes dengan mamanya. Hahahahahahhahahahaa~~~~~


Bibik Najlaa, Pak Tam. Baru la aku boleh makan.


Selama ni Safiya takut dengan abah dia ni. Laki aku la. Sekali hari ni ok pulak dia. Dah tak takut dah..

Gossip itu penting okay? Lagipun nanti dah nak balik, tak tau bila nak gathering macam ni lagi...


Kat sini pun ada topi koboi kalau korang nak beli. Bukan koman-koman, berkualiti jugak aku tengok topinya. Agak-agak korang nak berangan jadi koboi ke, jadi Zorro ke, bole la beli satu. Aku tak boleh jadi koboi, sebab kuda tengok aku je, dia dah lari dulu. Takkan koboi nak naik basikal pulak, kan??


Pose depan topi koboi pun jadilahhh~~~


Auntie Ju mendengki anak teruna aku... Huhu...


Anak-anak dara yang lahir di tahun 2012. Bersama mak masing-masing.
Geram aje nak beli Shieldtox, nak spray nyamuk. Wakkakakakaka~~


Okay, dah siap makan. Marilah kita bayar. Sepanjang perjimbaan di Port Dickson ini, makan dan minum ditanggung oleh atuk dan nema. Thanks a lot yeh? Muah muah!! Love you both!!


Aiyok... Kalau tak disebabkan makanan kat sini reasonable, aku pun teragak-agak nak datang lagi bila teringat kat pakcik ni. Huhuhuhu....



Maka tamatlah sesi perjimbaan kami sekeluarga pada kali ini. Pastinya planning-planning baru menyusul nanti. Cuma tak tau je la bila, sebab aku dah start sekolah dah. Maybe masa cuti sekolah Disember tu la kot.  Hadoi. Konfem hotel-hotel jadi mahal. Konon nak suruh melawat Malaysia la, apa la. Tapi dah kalau pantang cuti aje, harga hotel pun tak mengagak naiknya, macam mana nak menggalakkan orang melancong? Kau orang expect orang melancong tu tidur dalam kereta or dalam khemah ke??

Tahun Melawat Malaysia tidak bermakna jika korang tidak membantu golongan rakyat biasa untuk meminimakan bajet. Especially untuk hotel. Buat la rate untuk pelancong asing lain, warganegara lain. Takkan rakyat sendiri pun korang nak bantai harga kow-kow, kann?

Fikir-fikirkanlah ye, industri pelancongan di Malaysia? Dan jangan lupa tentang soalan aku mengenai kena bukak baju di pool hotel tu. Bongok sangat law itu. 

Bergembira sudah tamat. Maka bergerak pulang ke Kota Tinggi bersama kenangan indah yang everlasting. Chewah, speaking London. Mentang-mentang Olimpik kat sana. Kalau Olimpik kat Togo, haruslah aku berbahasa Togo gitu. Kan? *Togo la sangat. Puihh*


2 comments:

aizuemi said...

ape masalah ko dgn 'ratu nyamuk' tu? hahahhaha

Yong Zahura said...

masalah aku adalah... comel sgt.
mana ada nyamuk comey mcm tu??
huahahahahaha~~~~