Friday, August 10

Persediaan Graduasi

Sedar tak sedar, dah besar dah anak dara aku. Nak habis tadika dah. 2,3 hari lepas dia bawak balik surat graduasi dia. Sekali dengan konsert tahunan. Hari-hari aku dok dengar dia ulang-ulang lagu yang nak kena nyanyi nanti

"Islam is the way of life... Islam is the way of life... Islam is the way of life..."

Masuk je tiga kali ulang, aku dah sound dah, "Akak belajar tu je ke? Rangkap lain takde??" Huahahaha..

Setiap Jumaat, lepas riadah dia akan ada latihan untuk konsert ni la. Tapi setiap kali aku suruh dia tunjuk step tarian, dia tak nak tunjuk. Malu laa sangat. Tapi kalau aku curi-curi dengar dia berbual dengan Zikri dalam bilik, ada gak dia sebut-sebut pasal step tarian dia tu. Mula-mula ginilah, lepas tu tepuk tiga kali la, lepas tu pusing la... Tapi bila aku suruh tunjuk kat aku, tak mau pulak...


Surat makluman untuk bayar duit photo session dengan gaun konsert.




 Dengan harga RM50, bebudak K2 (budak-budak 6 tahun) akan dapat gambar graduasi (yang pakai topi petak dgn pegang skrol tu) siap ada frame, gambar kelas ramai-ramai, dan 3 keping gambar saiz pasport. Ok la kan? Takde la mahal sangat. Budak-budak K1 dengan KN akan ada sesi amek gambar kelas je, takde gambar individu.

Concert gowns tu hanya untuk budak-budak K2 je. Budak K1 dan KN tak perlu, sebab diorang blom nak grad lagi.

Tapi ada la pengorbanan la yang aku kena buat untuk sesi bergambar ni. Teacher dia mintak suruh semua pakai kasut putih. Yang aku ni, semenjak Eizzah K1 (5 tahun) mana pernah aku belikan dia kasut putih. Ciss, bukan korang tak tau aku ni pemalas. Basuh kasut sekolah la perkara yang paling aku benci di dunia ini. Lagi nak suruh aku basuh kasut sekolah dia? Konfem laa tak. So aku belikan dia kasut hitam. Senang kerja aku. Huahahaha...

Mula-mula aku cakap je dengan Eizzah suruh pinjam je kasut kawan-kawan dia. Meaning, masa K2 nak bergambar, pinjamlah kasut budak K1. Dia sudah buat muka sentap, wa cakap lu... Tapi disebabkan ini request teacher dia, dan aku pun tak nak dia kecik hati sebab dia sorang je tak pakai kasut putih, so gigihlah aku pergi beli kasut sekolah di tengah2 tahun. Nasib ada saiz. Saiz 10. Harga boleh tahann... 

Aku terus bagi arahan rasmi bahawa kasut putih itu hanya untuk dipakai masa nak amek gambar ni je. Lepas tu terus simpan dalam kotak balik untuk pakai semula tahun depan. Takde kompromi. Tak kuasa aku nak beli kasut banyak-banyak kali.

Sesi bergambar dah selesai hari ni, 10 Ogos 2012.


Oh ye.. Untuk makcik-makcik dan pakcik-pakcik serta atuk dan Nema di Serdang yang berkeinginan untuk datang ke Majlis Graduasi Eizzah, it's around November, yeh? Tengah excited tunggu teacher dia bagitau buat kat hotel mana. Last year kat The Zone Stulang Laut kott... Grand gitu...


By the way, pagi tadi dia nak pergi sekolah, selambaaa je dia keluarkan kasut putih dari kotak sarung kat kaki. Siap sengih-sengih lagi. Aku jerit dari dalam kereta sebelum gerak pergi sekolah suruh bukak pakai kasut hitam pun dia buat dekk je... Hampeh tol la. Lantak kau le kak... Mama dah tak nak beli lagi dah kasut sekolah kau. Kau pakai je la kasut putih buruk tu masuk Darjah 1 yeh? Degil sangat....


Kedeks mama kau, kann? Sukati la.. Hahahaha~~~

No comments: