Tuesday, August 7

Edisi raya : Cerita campur macam air batu campur.

Entry hari ni sebarang je. Just nak update sebab nak clearkan gambar dalam enpon. Ciss, bernas giler alasan aku. Huahaha...

Okeh, yang aku pernah cerita dalam entri lepas yang kata laki aku beli something untuk budak-budak kan? Sebenarnya, dia belikan almari je punn.. Hahaa...
Sekarang ni, baju budak-budak ni ada dalam bilik tidur aku. Bersepah tu tak payah cerita la. Kitorang pun just gunakan storage box aje. Bila baju diorang dah banyak, mulalah melimpah ruah sampai dah tak boleh tutup storage box tu. Siap lipat dan susun kat luar box dah. Jadinya, makin over la kebersepahan bilik aku tu. Sungguh kurang romantik la, bila bilik penuh baju anak, kann?

Baiklah. Tukar topik sebelum aku menjadi hover.
Ini la almarinya. Letak dalam bilik diorang. Abaikan kebersepahan bilik. Bilik ni sebenarnya bilik iron je. Kalau ada guest, baru upgrade jadi guest room. Masa tu baru menggelepar mengemas. Hehee... Masa nie blom kemas lagi, transferkan je almari ke bilik dulu, pastu baru setting barang-barang lain.


Masa pilih kat kedai, ada gambar angry bird dengan Mickey + Minnie je. Bagi aku, Angry Birds akan out of date. Design ni evergreen sket. So, pilih yang ini. Eh, apsal plak aku yang pilih. Bukan almari aku pun. Bayar pun bukan aku gak. Ikut suka aku laa... Hahaha...


Hari Ahad malam, Najlaa mula demam. Panas sikit-sikit badan dia. Then dalam pukul 4.30 am, badan dia dah panas betul. Nasib baik ada stok ubat demam dan Kool Fever dalam peti ais. So, by the time pukul 8 tu, dah ok la. Automatiknya, dengan aku sekali tak pergi sekolah hari tu. Sebab dia merap sangat. Kesian pulak ibu dia nak melayan nanti.


Kesian tengok muka budak demam nie... Alololo.... Taknak langsung tidur baring. Akan tidur apabila didukung atas bahu je. Bila dia dah lena, aku ingat nak baring la jugak sambil dia masih di atas bahu aku. Sekali dia sedar, terus aje meraung sekuat-kuat hati tengah-tengah malam buta tu. Haruslah aku sepanjang malam tidur sambil duduk. Huhuhu~~~


Masa dia nak tidur dalam pukul 8 lebih tu, dia mengaruk tak nak tidur atas katil dalam bilik. Aku dukung mengaruk, masuk buai pun mengaruk. Ish, hairan pulak aku. Disebabkan aku tak tahan nak pergi toilet, aku baringkan dia kejap atas toto depan TV, sebelah abang dia. Aku keluar toilet aje, sekali sudah tidur daa... Nak tidur kat luar rupanya. Patut laa...


Alang-alang Najlaa dah tidur, aku pun pergi la gosok baju dan basuh pinggan masa sahur tadi. Bila aku ke depan semula, aik? Dah tukar style tidur dah. Meniarap la pulakk... Abang pun ntah bila bangun pergi ambik bantal ntah. Tadi tidur takde bantal pun.


Pastu petang lepas laki aku balik kerja, pergi Pos Laju kat Taman Daiman. Ambik baju raya budak-budak yang aku beli online. Nak balik biasalah, jammed kat jambatan. So, kami decide pusing je lalu bypass. Sambil teringat accident hari tu.


Tu, simpang belah kanan tu la simpang Tai Hong, tempat laki aku buat U-turn balik kota semula. Depan sikit lepas koner tu la tempat accident.


Gambar henpon, so tak clear sangat. Tapi masih boleh nampak kaca-kaca berserakan atas jalanraya sebenarnya. Nampak tak divider besi tu ada bengkok sikit depan sana tu? Kat situ la tempat sebenar kejadian.


Diambil dari FB Farah Farhanah Kahalit. 

Lagi cerita di sini : 



Dah sampai rumah, apa lagi. Bebudak berdua tu excited kemain bukak parcel baju raya. Hehe. Sebenarnya baju Eizzah dengan baju Najlaa ready stock, bulan June dah ada. Baju Zikri yang Pre-order, ETA akhir bulan Julai. Tapi aku boleh bayang, Zikri mesti sedih kalau baju kakak dengan baju Najlaa sampai, baju dia tak ada. Sebab tu aku mintak kakak tu pos sekaligus bila baju Zikri dah sampai. Nasib baik. Memang ketara giler laa dia punya excited. Naluri ibu. Semua ibu pasti faham apa yang aku cuba sampaikan kat sini.. :)


Baju Eizzah Nur Harris, dari dua seller berbeza. Giler lawa kot dua-dua. Berkenan sungguh aku.


Baju Eizz Zikri Harris. Jenama GAP. Kain kualiti baik punyerr... Seluar dia sekali tengok macam buruk gitu. Rupanya design dia. Ala-ala faded jeans. Gambar gegar sebab snap sambil dukung Najlaa (--")


Baju Najlaa. Homai, homai... Excited giler nak sambut first raya ada baby. Selama ni aku bersalinkan Eizzah dengan Zikri lepas raya. So the next raya tu, diorang dah besar, dah dekat umur setahun. Ni la first time aku beraya dengan baby.

Eh, dahlah. Itu je kot update tak semenggah kali ni. Baju raya aku dengan laki aku memang takde tahun ni. Sebab bajet dah pergi ke tilam dan cat rumah kot. Hehehe...



No comments: