Saturday, January 17

Jaundice??

Tadi petang, selepas ummi dan ayah balik dari kenduri kahwin di Dewan Gemalasari.. Kitorang pun pergi bawak Eizz Zikri ke Poliklinik Samsiah di Bandar Baru Bangi.. Kakak Eizzah Nur pun ikut sekali.. Dia bersiap lagi awal dari kitorang. Bila dia nampak aje nema (bahasa pelat dia untuk grandma) dah bertudung, dan atuknya dah pegang kunci kereta, terus dia bangun dan berlari ke pintu rumah.. Haha~ Dia tau aje itu tandanya orang nak pergi jalan-jalan..

Niat di hati nak tunjukkan skin Zikri yang banyak rashes, especially kat area dahi dan leher. Sampai aje kat Klinik Samsiah, takde pesakit lain langsung yang menunggu, so kitorang pun dengan segeranya dapat giliran masuk jumpa doktor.. Masuk-masuk je, terus dia bagitau Zikri macam ada kuning (??). Nampak ketara pada bahagian matanya.. So aku dengan grandma pun macam agak-agak konfius, sebab kitorang nampak tak ada pun kuning yang dikatakan doktor tu..Ummi asked for the doctor's suggestion, dia kata dia boleh ambil darah untuk confirmation, tapi tetap kena hantar ke tempat lain untuk lab test. So, dia syorkan kitorang terus ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi tu jugak untuk ambik darah dan sekali dengan lab test. Dia bagi sekali reference letter untuk kitorang bawa pergi ke Hospital An-Nur.

Grandma biasa laa, dah mula gabra.. Aku pun naik cuak gaks, sebab Eizz Zikri dah sebulan lebih (38 days to be exact). Takkan laa masih ada kuningnya. Tapi, tak nak mengambil risiko, kitorang pun terus ke Hospital An-Nur. Masuk-masuk aje, orang ramai..Tapi tak sampai 10 minit lepas mendaftar, nama Zikri dah pun dipanggil. Masuk-masuk aje, doktor memang tengah pegang reference letter, tapi dia macam musykil sebab katanya dia tak nampak pun ada kuning pada Zikri... Lagi laa aku dan ummi double cuak... Ahaks. So, untuk menyenangkan hati kitorang, dan doktor tu pun memang cadangkan agar darah Zikri diambil dan dibuat lab test. Aku dan ummi pun naik nervous sebab bab-bab ambil darah nie, memang kitorang surrender...

Doktor kata tak apa, tak payah tengok, so kitorang pun just pusing-pusing dalam bilik doktor tu je. Tapi bila jarum ditusuk ke tangan kiri Zikri, tangisannya bukan main kuat dan mendayu-dayu.. Sedih laa plak. Aku tak puas hati, so aku beranikan diri pegang tangan kanannya sambil pujuk-pujuk dia, usap-usap kepala dia. Dahlah Zikri nie manja, makin kuat plak dia menangis bila aku pegang tangan dia... Hehe.. anak mama nie... Lepas tunggu dalam 15 more minutes, doktor pun memberitahu yang bacaan TSB Zikri cuma 9.4mg. Aku tanya laa doktor tu, bacaan normal berapa, katanya less than 12mg is considered as normal. Alhamdulillah, lega hati aku dan ummi...
Later, ayah bagitau masa Eizzah Nur dengar adiknya menangis kat dalam bilik doktor, dia sibuk ajak atuknya masuk nak tengok baby (she still refers to Zikri as Baby). Sayang dia pada adiknya... Terima kasih diucapkan kepada doktor kat Poliklinik Samsiah di atas keprihatinan beliau, dan juga preskripsi ubat untuk Eizz Zikri Harris bagi masalah kulitnya. Tak lupa juga terima kasih kepada Doktor Abdul Qahhar di Hospital Pakar An-Nur..

Bila dah konfem tak de kuning,barulah senang hati kami...Aku pun dapat balik ke Kota Tinggi dengan happy..

4 comments:

Zulaika Rusli said...

ahha...obat ketoconazole..
ubat anji jamur..
hhehehhehe
sem ni blaja farmako..jumpe dh obt ni

aizuemi said...

bagus betol ade doc dlm family kan?

Yong Zahura said...

Masalahnya, doc nya ckp indon...
dah sah sah aku sbg patient tak faham
warkh kah kah!!
(^O^)

aizuemi said...

hahahhaha.. janji dia seorang doktor..