Saturday, January 24

.. Shopping jugak ..

Eizzah Nur tersenyum gembira dengan baju barunya yang dihadiahkan oleh Nema (Grandma).
Thanks Nema, Eizzah love Nema so much!!
Baju baru berjenama Blueberi Boulevard yang dibeli dari Butik O'Kids, Alamanda.

Semalam (Jumaat 23 Januari) aku pergi shopping untuk kali terakhir sebelum aku balik ke Kota Tinggi. Aku beli stok diapers yang sangat laa banyak untuk kedua-dua orang budak kecik tuh, serta stok susu tepung untuk Eizzah Nur. Kitorang shopping kat Alamanda Putrajaya, and bagi aku harga diapers dan susu kat situ sangatlah murah (berbanding kat tempat lain). tapi kalau ada suggestion kat mana lagi murah, do share the info, k??

Then, ummi singgah sekejap di kedai favouritenya iaitu The Body Shop, beli pelembap dan juga blusher. Aku ingat nak bodek lipstick satu, tapi ummi kata dia ada lipstick yang dia belum pakai. So, dapatlah aku sebatang lipstick The Body Shop yang baru... Thanks ummi

On the way nak turun, lalu kat satu kedai, Butik O'Kids. Sekali ummi sudah tertarik pada baju budak yang dijual kat situ. Pandai je diorang display kat luar, terus nampak. Tapi tak dinafikan, memang cantik sangat baju-baju kat situ. Semuanya ala-ala English style. Asalnya nak beli yang lain, tapi saiznya agak kecik. Kalau Eizzah Nur pakai mesti sekejap je dah tak boleh pakai lagi. So, pilihan Grandmanya adalah yang di atas tu lah!! Thanks again Nema!!...

Nota di kaki : Memang best shopping dengan Nema.. Hua hua hua~

No comments: