Tuesday, January 6

Rindu laa plaks...

Di tengah malam-malam buta nie, rindu laa plaks dekat suami tercinta yang kena tinggal sekejap kat Kota Tinggi sepanjang berpantang nie. Apa laa yang dia buat sorang-sorang kat sana,ek?? Masa first time kena tinggal dulu, (masa dalam pantang melahirkan Eizzah), dia baaanyakkkk kerja sebab masa tu banjir besar melanda Johor. Termasuk laa rumah sewa kitorang (masa tu menyewa lagi). Tak tinggi mana pun air masa tu, setakat habis tingkat bawah ajer.

Sekarang nie mesti dia boring sorang-sorang kat rumah. Takde member nak diajak "jom dik" (istilah yang diguna pakai oleh Eizzah yang bermaksud nak pegi jalan-jalan), takde member nak mengajak dan diajak bertekak (aku la tuh). Zikri is still quite new in our life, maybe lepas nie dia jadi member abah dia jogging or main basketball kot...

Sekejap je masa berlalu, Zikri dah nak masuk sebulan. Memang betul kata ayah, boys kuat menyusu. Alhamdulillah, setakat nie cukup untuk dia fully breastfeeding. Niat di hati nak jadikan macam Eizzah, almost 2 tahun jugak dapat menyusu badan. Memang ada hikmahnya kita diseru menyusukan anak dengan susu badan. Yelah, menyusu dgn orang dan menyusu dgn lembu (oops...), memang la tak sama...

Apa kata kita tidur dulu... Nanti baru nak tidur, Zikri bangun laa plaks.
Gud nite!!

No comments: