Thursday, March 5

.. Backdated event 1 ..

Kesian anak-anak muridku berpanas di tengah padang... Takpe, dah nak balik dah..

Tuan Pengetua ku, Encik Md Din bin Hussein tengah memberi ucapan
perasmian KOT SMK Laksamana


Aku terlupa betul nak update Hari Sukan Sekolah... Tahun 2009 nie, SMK Laksamana telah melangsungkan Kejohanan Olahraga Tahunan kali yang ke-33 (tak salah aku laa) pada 19 Februari yang lalu. Bukan main lagi aku plan nak amek gambar banyak2, sekali tahun nie aku ditugaskan menjadi pencatat utk kategori P18, bersama Kak Safarizah (P13), Kak Norlida (P15), Puan Low (L13), Kak Akmar (L15) dan Kak Normala (L18). Ketua kitorang tidak lain tidak bukan Cik Tan yang menurut katanya dah 15 tahun bertugas sebagai pencatat. So, agak susahlah untuk aku meninggalkan kawasan tugasku kerana setiap result haruslah dicatatkan untuk menjadikannya keputusan rasmi.
Tahun nie aku taklah excited sgt sbb aku bukan lagi Pengurus pasukan yang perlu terjerit2 menyokong anak-anak murid rumah sukanku (WIRA) berlari. Dan tahun ini juga aku tak masuk acara larian untuk guru sbb baru dapat baby. So aku bersemangat menyokong dari meja pencatat je laa...

Tahun ini lebih baik dan semuanya berjalan lancar. Takde lagi berlaku insiden 'ngeri' yang melibatkan pak cik jual aiskrim (hehe~) macam tahun lepas... Harap tahun ini atlit-atlit SMKL dapat beat SMKB dalam kejohanan olahraga peringkat daerah...
Setelah 2 tahun berturut2 Pahlawan menjadi juara, kali ini giliran Panglima pulak menjuarai. Manakala Satria tetap maintain dengan kedudukannya.... Anyway, tahniah kepada semua yang telah bersusah payah dan menjayakan kejohanan sukan pada tahun ini....

2 comments:

aizuemi said...

rindu da ade hari sukan skolah.. huhuhuhu~

Yong Zahura said...

Jadi student best laa...
Kalu jd cikgu, penat weh nak handle hari sukan...