Innalillah....
Terkejut aku bila aku dapat berita yang salah seorang sepupu kesayangan aku telah kembali ke rahmatullah kerana kemalangan. Ayah telefon lebih kurang 11.30 malam memberitahu berita sedih itu.
Aku terkejut sangat. Mula-mula aku ingatkan ayah sebut "Wan" (merujuk kepada nenek aku). Bila aku sahkan balik, memang betullah, yang aku telah kehilangan "Dik Wan".
Ya Allah, lemah lutut aku. Terduduk aku sekejap. Nak peluk Mr Hubby, dia tengah tidur keletihan. Laju je air mata aku menitis. Dan aku lebih ralat lagi kerana aku tidak dapat balik ke Tampin untuk melihat arwah buat kali terakhir. Lagi sedih, bila akulah satu-satunya saudara dekat yang tidak balik. Mak cik aku yang di JB pun balik. Ya Allah, sedihnya aku.. Pakcik, makcik, Kak Yong mintak maaf. Tapi memang betul-betul tak boleh nak balik.. Salim masih kerja sampai hari Jumaat...
Aku teringat lagi kenangan masa kecik-kecik. Dik Wan seorang yang ceria, senang ketawa, dan tak pernah ambik hati walau apa pun yang dikata. Dia baik, sangat baik. Dan memang selalu orang kata, orang baik selalunya dijemput awal sebab Allah sayang padanya.
Jadi, wahai sepupuku sayang,
Kak Yong doakan agar rohmu sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Kak Yong akan sentiasa merindui Dik Wan, untuk selama-lamanya.
Al-Fatihah.
Kenangan di kenduri kahwin aku, 10 Disember 2005.
Aku tiada dalam gambar ini. Dik Wan, berbaju hijau.
Pergi tak kembali...
* Semua gambar-gambar di atas : kredit untuk Ngah @ aizuemi.blogspot.com
Nanti aku share 1 gambar yang sangat bermakna, untuk aku...
2 comments:
sebagai umat islam yang mempercayai bahawa setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi saat menemui ajal....terlebih dahulu..marilah kita bersama2 sedekahkan al-fatihah kepada arwah 'mohd khairi ridzwan bin rusli' yang telah kembali ke rahmatullah..ucapan takziah daripada kami buat seisi keluarga arwah.....al0fatihah...
Komen di atas sebenarnya dari anak muridku, Khairul Iman Syah bin Abu Nawar. tapi dia lupa nak choose open ID untuk komen. So, nama aku juga yang naik...
So Iman, thanks for being so thoughtful...
Post a Comment