Saturday, September 12

Lain kali, jangan lupa tidur basuh kaki. Baru tak mimpi ngeri. Kalau mimpi ngeri jugak? Entah, mana aku tau.

Wah, hari ini merupakan hari yang menggembirakan buat aku. Sebab ramai betul anak-anak aku berkampung di rumah aku. Seronok betul rasanya. Tahun ini merupakan tahun aku betul-betul mempunyai anak-anak kesayangan.. Terima kasih banyak-banyak ya. Aku tak nak bagitahu apa mereka buat di rumah aku. Cukuplah kalau aku bagitahu kamu yang mereka study di rumah aku. Fakta atau auta?? Abaikan...

Selepas study (hehehe), kami pergi bermain bowling pula. Wah, pun seronok juga. Tapi kalau aku tidak masukkan lagi entry bowling, boleh? Sebab aku kalah. Hehehe.

Tadi, disebabkan aku agak terlambat balik, jadi suami aku tidak mahu keluar ke PaRam. Katanya, mesti dah banyak benda dah tak ada. Maka, dengan baki masa sejam sebelum berbuka, sempat juga aku sediakan lauk-pauk yang suami aku suka. Dan disebabkan terlalu penat, aku hanya berbuka dengan 4 gelas air dan sepinggan nasi 3 kali tambah sahaja. Wah, berbuka gitu...

Dan, sedang aku bersungguh-sungguh menonton cerita Anna Maria yang sebijik tiru jalan cerita sebuah drama Thai, aku teringat pula mahu berkongsi teka-teki dengan kamu. Jadi aku tinggalkan sahaja Anna Maria di dalam kaca TV, dan terus mengadap kaca lagi satu. Jika kamu sebut 'kaca' itu seperti mamat Bangla baru sampai Malaysia, pasti kamu salah faham maksud aku.

Pernah alami tak, dialog di stesen minyak seperti di bawah. Aku pernah. Lama dahulu.
"Adik kaca, mau minyak apaa... mera kaa, ijau kaa.."

Aku? Kacak?? Wargh kah kah kah... Kamu tahu kenapa dia tidak panggil aku 'adik manis'? Sebab aku turun kereta dengan muka seperti seekor platipus berjiwa kacau dan kurang kasih sayang. Apa itu platipus? Sila Google.

Kaca lagi satu itu adalah kaca monitor komputer peribadi aku.

# # #

Ada beberapa blog aku pernah baca tentang kesalahan besar tatabahasa bagi Bahasa Inggeris. Dan aku abaikan sebab aku tidak pernah mengalaminya. Tapi, bila aku alaminya, memang aku akui, ianya membuatkan aku merasa seperti ingin menumbuk bawang di dapur selumat-lumatnya lalu menempelnya di mata orang yang melakukannya. Doakan aku berjaya. Dan, aku akan berpura-pura mengatakan bawang lebih baik untuk menghilangkan keletihan mata. Bukan timun. Wuuhuu... Jika aku berjaya, aku akan belanja diri aku percutian seumur hidup di rumah aku sendiri.

Serius macha, memang menjengkelkan. Atau annoying kata posmen yang lalu depan rumah aku punya pakcik sedara belah atuk dia punya jiran. Sebab aku tidak kenal jiran pakcik sedara belah nenek dia punya posmen. Nak tahu apa yang annoying itu?

Sila baca cerita ini. Cerita ini hanya untuk tontonan mereka yang pernah berumur 13 tahun ke atas sahaja, memiliki sijil tamat darjah 6, pernah mewakili rumah Melati dalam acara lari dalam guni dan dengan selambanya pernah didenda kerana tidak menghantar kerja rumah lukisan semasa darjah 4. Eh, kenapa ciri-ciri itu macam aku, ya??

Di Bazar Ramadhan, mencari barang-barang persiapan raya. Di sebuah kedai tudung.

Pelakon utama : Si lelaki kedekut dan si perempuan malang (bagi aku lah)
Pelakon tambahan : Aku, sebab aku curi dengar.

Si Perempuan : Eh, cantik kan tudung ni? Macam nak beli je. Boleh pakai masa raya pertama.
Si Lelaki : Mana ada orang pakai kebaya nipis tu dengan tudung? Buruklah. Tak payah pakai tudung baru cantik.
Si Perempuan :Kan orang pakai tube kat dalam kebaya tu? Takpun beli selendang tu. Selendang lilit-lilit lawa jugak.
Si Lelaki : That's mean, awak nak pakai jugak la tudung? Ikut suka awaklah. Saya belum cucuk duit. Tak boleh nak bayarkan.

Si perempuan beredar bersama si lelaki dengan muka seperti cipan sembelit.

Dalam hati aku, "That means! That means laa bongok!! Engkau tak nak bagi awek kau pakai tudung tu baru that's mean!"

Bengang betul aku. Aku memang pantang kalau dengar (bukan ke aku yang curi dengar? Diorang tak suruh aku dengar pun rasanya.. huhu~) seorang pakwe-berlagak-bagus-tapi-salah-guna-tatabahasa macam itu. Kalau dia cakap baik-baik tak apalah. Ini, satu kedai tu pun dengar. Aku siap terbayangkan semua tudung-tudung di situ macam nak lilit leher si lelaki hingga mati. Tapi tak jadi. Mungkin sebab tudung-tudung itu takut kena masuk mahkamah untuk membela diri. Lebih-lebih lagi kalau peguam pendakwanya Karpal Singh.

# # #

Oh ya. Bukankah awal-awal tadi (rujuk perenggan empat, baris kedua) aku kata nak kongsi teka-teki dengan kamu, kan? Aku sudah terlupa.

Teka-teki ini hanyalah untuk mereka yang mendapat 4A dalam UPSR, 8A 1B dalam PMR, mendapat D+ dalam subjek Kalkulus di tahun akhir ketika di universiti, bukan atlit sekolah, serta mendapat nombor satu sebanyak berkali-kali dalam peperiksaan. Eh, kenapa ciri-ciri itu juga sama seperti aku??

Teka-teki ini sepatutnya ditanyakan pada orang yang sama pada hari yang berbeza. Ulang suara. Teka-teki ini sepatutnya ditanyakan pada orang yang SAMA pada hari yang BERBEZA. Barulah terasa kenikmatannya. Umpama meneguk air secara curi-curi di dapur selepas penat mengecat rumah pada siang hari di bulan Ramadhan. Itu bukan aku.

Hari pertama. Soalan senang. Pasti si penjawab soalan hanya menjawab dengan sebelah tangan memegang remote ASTRO dan tangan sebelah lagi makan kuaci.

Q : Macam mana nak masukkan gajah dalam sebuah peti ais?
A : Buka pintu peti ais, pastu masukkan je laa gajah tu. Apa susah?

Eksyen ye. Takpe. Tunggu esok.

Esok. Bergantung pada orang yang ditanya. Kalau pikap cepat, soalan masih dianggap senang. Boleh menjawab sambil mencungkil gigi. Kalau pikap lambat, sila langgar dengan lori pikap.

Q : Raja rimba, Sang Singa membuat jamuan hari lahir. Dia menjemput semua haiwan di hutan untuk menghadirinya. Yelah, lagi banyak jemputan, lagilah banyak hadiah boleh dapat, kan? Dalam banyak-banyak haiwan, haiwan mana yang tak datang jamuan itu?
A : Gajah. Sebab dia ada dalam peti ais.

Masih eksyen ye? Takpe. Tunggu lusa. Yang dah kena langgar lori pikap tu, lantak la kamu.

Lusa. Masih bergantung pada yang ditanya. Kalau pikap cepat, boleh menjawab sambil tangan memicit jerawat. Yang telah dilanggar lori pikap, bolehlah anda melawatnya di hospital untuk bertanyakan teka-teki terakhir ini.

Q : Encik _________ (isi ruang kosong dengan nama yang anda suka) mahu berpindah rumah. Dalam banyak-banyak perabot, perabot apa yang kena tinggal?
A : Peti ais. Sebab berat. Kat dalam ada gajah. Jadi, tak ada sesiapa mampu mengangkatnya.

Lagi jauh selang hari kamu bagi teka-teki ini, lebih cemerlang efek tensennya-aku-nak-jawab-tekateki-dia-ni yang akan kamu terima. Tak percaya? Ukurlah sendiri. Eh, iklan Garnier pulak. Taknaklah aku promosi iklan itu. Sebab aku tak suka Fasha Sandha. Watak Fasha dalam cerita Hikayat Putera Shazlan pun aku tak suka. Ulang suara. Tak percaya? Cubalah. Dan aku cadangkan, kamu pilihlah calon yang mudah dilanggar oleh lori pikap. Seperti nombor 1 dalam iklan DiGi.

(masukkan runut bunyi lagu iklan DiGi "I Will Follow You" selepas perenggan terakhir untuk mendapatkan kesan lebih mendalam)

2 comments:

Anonymous said...

Soalan serius ni...ada gak ke pakwe yang bangang sangat awek nak pkai tudung tp dia x bagi?yang dia suka sgt 'harta benda' awek dia tu,dikongsi2 dgn org lain tu nape?patutnya digalakkan,ini ditegah plak.klu mmg awek tu x nk pakai,up to her la.x bole nak komen,itu hak msg2.tp x penah la plak dgr kes yg mcm ni.klu pakwe srh awek pakai tudung,tp she's the one yg resist,slalu la gak dgr.ntah la,mayb i ni kolot kot,pakai x suka org yg dedah sana sini.nmpk x berapa sopan la.n jgn ingt sumer lelaki suka cuci mata tgk aurat org tau.majority maybe,but not all.

Yong Zahura said...

Ada laa encik. Itu pasal saya tulis. Sbb dahlah salah guna perkataan, bangang pulak tu. I rasa dia bangga la kot, coz awek dia cun giler. tu yg dia tak bagi pakai tudung kot. I rasa laa. Tapi, pd pendapat i juga, i rasa awek dia tu pun bukan nak pakai tudung terus, just untuk raya pertama je. then baju dia yang jenis kain transparent tu.I panggil kain akhir zaman. hehe. ntahlah, i dibesarkan dgn keadaan keluar mesti pakai tudung. I tau encik, u memang baik orangnya. dan memang ramai lelaki yang meluat tengok orang pakai dedah2 ni.