Wednesday, September 2

Apa jadi pada peminat Arsenal bila mereka kalah dengan MU?? Jadi je burung unta. Tanam muka dalam tanah. Sebab tak hensem.

Rutin kesibukan yang lebih memeningkan bermula. Hari ini, bermulalah cabaran Peperiksaan Percubaan SPM bagi Negeri Johor. Sekolah aku dah mula semalam, bagi paper ICT. Tapi secara rasminya, hari ini adalah hari pertama. Sebagai setiausaha SPM sekolah aku, aku berlari naik turun tangga tau, untuk menguruskan trial exam ini. Hmm, esok kalau aku penat sangat, baik aku buat-buat pengsan sahaja. Boleh duduk di sick bay. Auw..wah ha ha!!

Teringat pulak aku masa zaman sekolah aku dulu. Aku pernah cakap kan, aku suka peperiksaan. Suka bangat yang amat. Tapi, tak ramai orang tahu, banyak perkara yang aku belajar tentang cara untuk meniru dalam peperiksaan. Tapi bukan aku. Kawan-kawan aku. Hebat mereka itu.

Aku ceritalah tentang orang terer meniru (OTM) ni satu-satu.

OTM nombor satu.

Kawan sekolah rendah aku. Masa aku di Baling,Kedah. Disebabkan masa itu Persatuan Peniru-peniru Sedunia belum ditubuhkan, jadi kaedah meniru masa tu pun tahap bongok je. Kalau kamu nak pakai kaedah ni sekarang, memang kamu tak akan diajak ke Konsert Search Di Awan Biru. Sebab kamu TIDAK "berbaloi-baloi..." Malah Maya Karin, Rita Rudaini dan Aaron Aziz (wah! macam promote Celcom pula!) pun tidak akan berkawan dengan kamu juga.

Masa itu, kaedah yang digunakan adalah guna penuh (full use) jari. Sebelum masuk dewan periksa, dia bersungguh-sungguh mengeksplen tentang kaedahnya pada aku.

"Ingat, kalau aku angkat satu jari, maknanya A. Kalau dua jari, maknanya B. Kalau ... blablabla.... Okay??"

"Huh, ok."

Aku bukan pedulik pun apa dia cakap. Bukannya aku hingin sangat nak tiru dia. Aku lagi pandai dari dia apa. Aku lebih konsentret pada cucur udang makcik kantin yang menggiurkan itu. Dan juga air sarsi ais makcik kantin itu. Sebab kelas aku depan kantin.

Disebabkan aku berlagak sangat, aku tak reti jawab soalan nombor 26. Padan muka aku. Terpaksa jugak aku mintak tolong dia.

"Psstt...."
(dengan mata bersinar-sinar) "Apa?"

Aku angkat jari aku. Tunjuk nombor dua. Genggam. Tunjuk nombor enam. Genggam. Yelah, takkan aku mahu buka kasut dan stokin dan tunjuk jari kaki aku sekali. Itu pun tak cukup lagi 26. Silap-silap kena pinjam jari cikgu aku. Tak ke haru.

Dan dengan konfidennya, dia angkat empat jari. Letak.

Aku pun konfiden jawapan dia D.

Tapi tiba-tiba dia angkat dua jari. Letak.

Alamak? Rupa-rupanya... Macam yang kamu sangkalah. Dia ingat aku tanya jawapan untuk soalan dua DAN enam. Buat apa. Jawapan itu aku tahu.

Akhirnya, aku curi-curi bawa keluar kalkulator dari bawah meja aku. Okay apa. Sekurang-kurangnya aku kira sendiri. Aku tidak meniru sesiapa.

Dan sampai sekarang aku tak tahu macam mana nak gunakan isyarat jari untuk soalan yang bernombor lebih dari sepuluh. Aku tak pernah tanya.

OTM nombor dua.

Masih di sekolah rendah. Kali ini di Sungai Petani. Yang ini lagi hebat. Taktik meniru ini kami bincangkan seminggu sebelum peperiksaan bermula. Kalah Parlimen bersidang nak luluskan usul. Dan seminggu juga masa yang kami ambil untuk menghafal taktik ini. Susah dan konfius sial. Taktiknya?

Kalau jawapan A : Garu hidung.
Kalau jawapan B : Garu kepala.
Kalau jawapan C : Urut dahi.
Kalau jawapan D : Tongkat dagu.

Masalahnya, belum sempat soalan diedarkan lagi aku tengok kawan aku yang sebelah aku dah urut dahi.

Bila dapat soalan sahaja, kawan aku yang duduk di hadapan meja cikgu dah garu hidung. Itu belum buka soalan lagi.

Bila dah buka soalan, kawan aku yang duduk tepi pintu sebelah tingkap dah tongkat dagu. Sambil memuncungkan mulut dan mengimbangkan pensel di atas muncungnya itu.

Budak lelaki di hadapan aku dah berpeluh-peluh sambil menggaru kepala. Walaupun dia bukannya satu geng peniru dengan aku.

(Mana dia tau taktik kami, ha??)

Ya. Macam yang kamu sangka juga. Keempat-empat kaedah itu rupa-rupanya perkara yang selalu kita buat bila kita berfikir. Jadi, aku sendiri tak tahu bila mereka garu hidung, garu kepala, urut dahi dan tongkat dagu masing-masing itu, mereka memberi jawapankah, atau mereka sedang bersungguh-sungguh berfikir.

Apa pendapat kamu?

Aku?? Seperti biasa, aku keluarkan sahaja kalkulator secara curi-curi dan terus mengira. Tanpa perlu meniru sesiapa.

OTM nombor tiga.

Ini masa aku di Alor Setar. Sudah sekolah menengah. Taktik baik punya.

Kawan aku demam. Kesian pula aku melihatnya. Dari pagi, dia diam sahaja. Bunyi yang keluar dari dia hanyalah,
Sok-sek, sok-sek (bunyi menyedut hingus. Menggunakan hidung. Bukan straw.)

Jadi sepanjang peperiksaan, keheningan dan kedinginan kelas peperiksaan (sebab kami tidak berada di dewan, jadi tak bolehlah aku menggunakan perkataan dewan peperiksaan) itu diganggu oleh bunyi sok-sek kawanku itu. Punyalah banyak tisu berlonggok di atas mejanya. Kalau aku jadi dia, pastinya aku tidak berdaya menjawab lagi. Sebab aku memang alah dengan selesema. Habis tenaga aku. Dan aku cepat lapar jika selesema. Eh, kalau tak selesema pun aku tetap cepat lapar juga. Jadi tiada kena mengena.

Selepas kelas, aku tengok dia masih diam. Tetapi sok-seknya juga telah hilang. Dengan tiba-tiba dia tanya aku,

"Hang nak tau dak, aku bengang gila tat sat?"
"Awatnya? Hang penin takleh jawab peksa ka? Aku dengaq teghuk selesema hang." Masa itu, aku belum pandai menjawab "Tak tanya pun?"
"Penat laa aku tulih toyol kat ataih tisu ni. Satu soklan pun takdak kena mengena. Sampai habih tisu aku wat-wat pakai. Tak dak pa pun aku boleh guna. Ghaplah jingga betui la tukang wat soklan tuh"

Laa, dia tulis jawapan kat tisu rupanya! Patutlah punya banyak tisu yang dia bawak. Rupa-rupanya, selesema tu pun fake! Pandai betul kawan aku ni..

Dan aku dengar mak dia mengamuk sebab dia habiskan sekotak tisu untuk membuat toyolnya itu.

OTM nombor empat.

Mamat nie memang hebat sangat-sangat. Aku kenal dia masa di Matrikulasi. Dan, serius aku cakap, aku memang guna taktik ini. Terutamanya masa exam kalkulus dengan aljabar linear masa kat U dulu. Caranya apa?

Ok, sebab apa taktik ini mesti berkait dengan paper maths sahaja? Sebab, bahan untuk menjalankan taktik ini mestilah KALKULATOR. Oh, dan sebatang pensel juga. Tak kisahlah pensel 2B ke, HB ke, asalkan pensel. Dan, tak kisah juga jenama apa pun. Stabilo ke, Faber Castell ke, atau jenama apa-apa hotel di dunia. Sebab kamu pow pensel dari dalam bilik hotel yang kamu tumpang.

Okay, caranya... Tulis formula yang kamu mahu di celah-celah butang kalkulator kamu dengan pensel. Ya, jika kalkulator kamu berwarna hitam, lebih baik. Jika berwarna lain, kebarangkalian kamu ditangkap menoyol adalah sangat tinggi. Sila cuba jika kamu tak percaya. Sekali imbas, seperti tiada apa-apa di permukaan kalkulator kamu itu. Tapi aku jamin, dengan bantuan pencahayaan yang baik di dalam bilik peperiksaan kamu, kamu pasti dapat melihat hasil toyolan kamu itu.

Dan aku amat pasti kamu akan cepat-cepat mengambil sebatang pensel dan sebiji (??) kalkulator lalu mencuba teknik ini. Yeah bebeh... Berjaya, kan?

Jika tidak, sila tikam tangan kamu dengan pensel kamu sendiri. Losers.

2 comments:

aizuemi said...

bunguks arrr.. tektik2 meniru yg agk shengal~ tapi mmg digunapakai sepanjang persekolahan dr skolah rendah ( chup.. aku skolah cina, aku tak mniru.. sbb aku rs aku lagi bijak drp mereka.. wakkakaakak ).. start skolah melayu la aku meniru.. jengjengjeng.. statement apa tlh aku bikin? tetiba aku rs mcm tergantung sperti hangman~

Yong Zahura said...

Aku pun tak berapa faham apa hang nak sampaikan sebenarnya...
Hehehe~