Salam Hari Raya Aidilfitri buat para bloggers, para bukan bloggers, para silent readers, para bukan silent readers, para anak murid, para bapak murid, para mak murid, para cikgu kepada anak-anak murid, para yang tak terlibat langsung dengan murid, para-para sakura, pap para pap pa (macam iklan McD) dan segala para yang sewaktu dengannya....
Hehe... Raya! Raya! Lepas sahaja sembahyang raya, maka sesi wajib keluarga kami pun bermula. Mari bergambar! Kamu tahu, aku rasa seperti aku terlibat dalam photoshoot untuk majalah Keluarga pula. Dengan dua propesional potograper (tahu ejaan sebenar. ikut suka aku la nak eja macam mana pun) bersama tripod (cheiss, terer seyh aku, tahu ejaan sebenar dan maknanya sekali) masing-masing. Maka, sesi berposing pun bermula.
Tumpuan utama? Mula-mula aku ingat aku, sebab aku rasa akulah yang paling 'vogue voogie da vass' di situ. Aww, tak tahan. Terpuji diri sendiri pula. Tiba-tiba ada dua orang budak sudah curi fokus lensa kamera dari aku (hahaha. ayat skema macam RTM.) Siapa budak berdua itu? Tak apalah, biarlah aku merujuk kepada mereka sebagai putera kacak dan puteri jelita dari kayangan. So, agak-agak kamu, mak bapak mereka berdua bagaimana pula? Kata pepatah Melayu, ke mana tumpahnya kuah, kalau tidak ke nasi, kan? kan? kan? Sila iyakan. Saya paksa.
Inilah dua orang budak yang aku maksudkan itu. Siapakah ibu bapa mereka ya? Pastinya menawan seperti mereka juga. Terutama sekali mamanya. Hua hua hua...
Ya, begitu bijak sekali aku mengcover rasa bersalah kerana terlupa mahu memasukkan butang baju hadiah pemberian ayah yang dibeli dari Sabah untuk suamiku ke dalam beg baju. Dan beliau sedang khusyuk membaca komik Doraemon. Ye ke? Hehe, fitnah tak konkrit.
Cukup lengkap. Tiada seorang pun yang tertinggal. Nampak, sudah tambah seorang lagi, berbanding 2 tahun dahulu. Ya, yang itu. Yang di atas ribaan Grandma itu. Kalau aku tak kontrol, pastinya raya-raya yang akan datang akan bertambah lagi dan lagi dan lagi dan lagi!!
Alaa, boring tau asyik pose ala-ala formal aje. Inilah hebatnya hasil kekreativitian kami berposing. Nampak Ultraman Gaia di tengah? Percaya tidak itu suami aku? Ya, sila percaya.
SELAMAT HARI RAYA SEMUA!! Aww wah ha ha.... Gumbira, gumbira!! Eceh, yang atas ribaan atuk itu juga sedang melompat rupanya.
Perkara yang paling aku tak sangka sekali, suami aku punyalah excited join dalam sesi fotografi kitorang. Hehe. Baru beliau tahu betapa kadang-kadang kami adik beradik memang separa siuman. Maksud aku adik beradik aku, tidak termasuk aku.. Tetapi, jika diberi pilihan sama ada menerima suntikan anti tetanus dari doktor kerajaan yang perasan bagus, atau menjadi separa siuman seperti adik beradik aku, aku rela memilih pilihan kedua. Walaupun aku perlu suntikan anti tetanus itu.
Jadi, kalau begitu, bagaimana aku mahu mendapatkan suntikan anti tetanus itu? Ya, aku tak perlu lagi mengadap doktor-doktor hospital kerajaan. Sebab syarikat suami aku ada klinik panelnya sendiri. Babai para doktor kerajaan. Eh, tak ada kena mengena pula. Kurang betul tahap pemfokusan aku disebabkan oleh bahulu, tart nenas, biskut dahlia, semperit, biskut suji, almond london, kuih bangkit, chocolate cornflakes, kerepek pedas, lontong rumah Tok Chik, soto rumah Mak Teh, kek lapis Sarawak, dan sirap ais. Eh, sirap ais pun rezeki apa. Jangan tidak bersyukur seperti budak-budak yang berlakon iklan Ribena bersama Maria Tunku Sabri itu.
Ini entry yang banyak gambar. Entry yang banyak cerita? Selepas ini...
No comments:
Post a Comment