Monday, January 26

.. Pulang ..

Aku telah pulang..
Ke Kota Tinggi...
Huhu~ Aku rindu...
Pada semua yang aku tinggalkan di Serdang...

Dah laa balik Kota nie dah susah nak online..
Banyak benor komitmennya...
Especially yang dua orang tuh...
Menduga kesabaran jugak...
Apa yang pasti
Mama dah tak boleh tidur siang...
Huwaa~

Saturday, January 24

.. Shopping jugak ..

Eizzah Nur tersenyum gembira dengan baju barunya yang dihadiahkan oleh Nema (Grandma).
Thanks Nema, Eizzah love Nema so much!!
Baju baru berjenama Blueberi Boulevard yang dibeli dari Butik O'Kids, Alamanda.

Semalam (Jumaat 23 Januari) aku pergi shopping untuk kali terakhir sebelum aku balik ke Kota Tinggi. Aku beli stok diapers yang sangat laa banyak untuk kedua-dua orang budak kecik tuh, serta stok susu tepung untuk Eizzah Nur. Kitorang shopping kat Alamanda Putrajaya, and bagi aku harga diapers dan susu kat situ sangatlah murah (berbanding kat tempat lain). tapi kalau ada suggestion kat mana lagi murah, do share the info, k??

Then, ummi singgah sekejap di kedai favouritenya iaitu The Body Shop, beli pelembap dan juga blusher. Aku ingat nak bodek lipstick satu, tapi ummi kata dia ada lipstick yang dia belum pakai. So, dapatlah aku sebatang lipstick The Body Shop yang baru... Thanks ummi

On the way nak turun, lalu kat satu kedai, Butik O'Kids. Sekali ummi sudah tertarik pada baju budak yang dijual kat situ. Pandai je diorang display kat luar, terus nampak. Tapi tak dinafikan, memang cantik sangat baju-baju kat situ. Semuanya ala-ala English style. Asalnya nak beli yang lain, tapi saiznya agak kecik. Kalau Eizzah Nur pakai mesti sekejap je dah tak boleh pakai lagi. So, pilihan Grandmanya adalah yang di atas tu lah!! Thanks again Nema!!...

Nota di kaki : Memang best shopping dengan Nema.. Hua hua hua~

Friday, January 23

..Shopping lagi!! ..

Aku pergi shopping nie sebenarnya hari Rabu.. Tapi line internet rumah aku down sebab ada mangkuk mana ntah masuk kawasan nie bawak lori langgar line telefon sampai putus. Kepada encik mangkuk, bawak lori tolong hati-hati ye. Jangan jadikan kawasan ini macam **** awak yang punya..

Aku terasa nak cari bekas untuk letak susu badan, sebab aku kan dah nak start bekerja. So aku cari dalam Internet, jumpa laa satu online store (tapi bleh jugak nak pergi beli secara manual pon) called Mom's Little Ones dekat Pusat Bandar Putra Permai, Seri Kembangan. So, seperti biasa team search and rescue (Kak Yi, aku, Eizzah Nur dan Eizz Zikri) pon pergi laa cari. Nasib baik laa Kak Yi pandai area sini, so senang je dia cari kedai tu.

Aku jadi weng bila masuk dalam store dia.. Best sangat!! Barang-barangnya khas untuk parents start dari pregnant, birth dan juga parenthood. Ada books about parenting jugak.. Boleh dikatakan ianya one-stop boutique untuk parents laa.. Aku nie kan tak boleh tengok barang-barang baby (dalam friendster aku pun aku ada tulis aku minat baby stuffs) Maka, inilah hasil pembelianku...


Ini mainan untuk Eizzah Nur.. Stacking Ring dari jenama The Coloria. Kelakarnya,
Auntie Ju yang takut nak pegang mainan nie sebab ada ular (padahal cute aje ularnya)


Patutnya, ini aje benda yang aku nak cari, hehe. Terlebey sudah beli yang lain..
Ini adalah Disposable Liners for Breastmilk Storage dari jenama Playtex.


Ini double bolster dan bantal untuk Eizz Zikri. Saja je rasa nak beli yang baru untuk dia.
Dari jenama Bumble Bee.


Ini pula beg kertas yang aku dapat untuk letak barang-barang hasil shoppingku.
Visit la homepage itu untuk keterangan lanjut.


Wednesday, January 21

.. Shopping ..

Aku baru tahu gaji dah masuk hari Isnin lepas. Kebetulan ayah suruh aku dan Kak Yi pergi cari farmasi, belikan cream utk Zikri. Ntah laa anak teruna sorang tuh, kulit dia macam allergic. Ayah cadangkan ke PKNS Bangi, so aku plan nak shopping la sket, cari apa-apa yang patut.. Kan dah nak start mengajar, so berkobar-kobarlah.

Plan nak pergi pagi, tapi takut rushing nak hantar Qayyim gi sekolah, so kitorang keluar petang lepas dah hantar Qayyim dan ambik Danial. Pergi berempat jek, aku, kak Yi, Eizzah Nur dan Eizz Zikri. Sampai je, tempat pertama yang dituju adalah..... MESIN ATM!! Dah lama tak cucuk duit.. Dalam pantang nie, semua benda bayar guna maybank2u je.. Senang, perbankan di hujung jari laa katakan..

First place dituju, bukan farmasi pun, tapi kedai baju baby..Hehe~ Terlebey sudah.. Nampak sangat memang niat lain dari arahan ayah.. Kuang3.. Kedai tu kata (kedai bleh bercakap?? Hmm, berfikir seketika ~.~) ada sale 50%.. Tapi rasanya tak semua kot, ada jek yang harga masih mahal.. Aku carik kat area yang agak murah je (tapi tak murah sangat jugak). Lepas beberapa diskusi (pergh, ayat... Mcm nak buat tesis jek) antara aku ngan Kak Yi, so kitorang decide nak beli sepasang baju untuk Eizzah Nur, dan booties untuk Eizz Zikri. Saja tak nak beli baju untuk Zikri, nanti dia cepat membesar, rugi...

Dan inilah hasil pencarian kami dalam keadaan kalut sebab mood Eizzah Nur kurang baik.. Dia tak cukup tidur.



Booties Eizz Zikri dari jenama Fiffy


Baju baru Eizzah Nur dari jenama O'Dear


Eizz Zikri yang tersenyum gembira mendapat
booties baru..


Aku pun ada gak beli sesuatu, sepasang baju kurung untuk dibawa mengajar nanti. First time aku beli baju kurung yang mahal, ratus-ratus gitu. Tapi untuk kepuasan hati, apa salahnya.. Dah lama tak berbelanja untuk diri sendiri. Lagipun dah tanya abang, dia kata dia nak belanja.. Yey~ \(^O^)/
Akan kucari lagi barang-barang lain untuk dibelanja olehnya.. Thanks abang.. (Walaupun sms nya berbunyi "Baju dah tak muat almari pun nak beli lagi ker.. Teruk tol la". Haha~)
Ala, abang kan sayang saya, kan?? Hua hua hua~


Nota di kaki : Nak balik baru pergi farmasi, tapi pharmacist tak ada. So?? Tak beli jugak laa cream Zikri (dah agak dah wakakkaka~)

..Hari ini..

Aku penat laa hari nie.. Budak dua orang tu gilir-gilir berjaga.. Yang pasti, aku laa yang tetap terus berjaga.. Sampai pagi, terus aku breakfast sesama Danial (macam aku plak yang nak pegi sekolah)..

Hari ini sempat call abang (panggilan utk beloved hubby), konon nak kejutkan dia bangun solat Subuh.. Walhal kawan tu dah lama bangun.. Hehe.. Rupanya dia kena ikut big boss dia.. Sepanjang kitorang call and sms hari nie, first dia ada kat Segamat, pastu kat Muar, pastu dah ada kat Melaka plak, then last kat KL sebab dia ada urusan kat KL esok. Abang call tanya leh tak nak tidur Serdang, tapi susahlah sebab boss dia ada..Rumah Serdang tak macam rumah Shah Alam, ada banyak bilik.. Kat sini tak ada satu bilik pun yang sesuai untuk dibuat guest room..Huhu~ Kalu tak dah dapat aku jumpa hubby aku.. Last-last diorang tidur kat Cheras.. Rumah siapa, aku tak pasti.. Hotel kot..

Sedih gak, tempoh berpantang dah hampir nak habis..Aku naik mengajar semula 10 Februari.. Tapi Sabtu 24 Januari nie, Ayah ngan Ummi dah nak hantar aku balik Kota Tinggi. Saja pilih time tu sebab lama sket leh diorang leh duduk sana,kebetulan cuti raya cina.. Just adik2 aku yang besar2 laa tak ikut.. Masing2 ada plan..Yelah, they have their own life,takkan nak mengekor ummi ngan ayah 24-7, kan?? Sedih gak, tapi nak wat camne, tanggungjawab pada suami tu lebih besar..

Hari ni ntah kenapa tiba2 je dua orang anak murid aku contact untuk tanya khabar. Mula2 Khoo Jin Yee sms, then Tan En Hui plak call awal malam tadi. Dua2 tgh tunggu result SPM.. Sorang aku pernah ajar Bio, sorang aku pernah ajar Sains..Tiba2 teringat plak diorang kat teacher diorang nih..

Dlm kul 8pm tadi ummi baru balik dari outstation kat Kedah, macam2 buah tangan dibawa balik.. Dikirim oleh makcik2ku kat sana.. Zikri dapat rezeki dari Mak Su Liza..Tapi aku tak ada plak kirim apa2 utk Humaira (anak Mak Su) sebab aku tak tau laa plak yang Ummi nak tidur rumah Mak Su.. Sori ye, nanti Kak Yong ganti dalam bentuk duit raya.. Yang pasti,ummi sempat jugak bershopping dengan Mak Su dan Mak Dah kat sana..Siap bawak balik tudung 2 helai,cantik sangat.. Ummi punya taste kan.. takkan korang tak tau.. Ummi sampai je dah serbu cucunya yang dua orang tu.. Tu baru dua hari tak tidur rumah tu.. Kalu dah balik nanti, sah-sah dua2 pihak merindu..

Apa lagi nak cerita ek... Yang pasti, hari nie sangatlah panas, dan hujan mula turun lewat petang tadi.. Lebat plak tuh.. Ayah kata "biasalah dekat raya cina nie, hujan turun".. Kat Serdang nie aku tak kisah sgt hujan, rumahku di atas bukit.. Yang aku risau kat Kota nun.. Akan berulang kembalikah sejarah bah besar 2 tahun dulu.. Tiidakkk.. Ya Allah, jauhilah segala mala petakamu.. Tak mampu lagi nak menanggungnya sekali lagi.. Dulu takpe, tak banyak barang kat umah sebab baru kawen.. Kalau sekarang, banyak dah perabot, barang dapur, dan paling banyak, barang-barang Eizzah Nur laa.. Sesiapa yang baca entry aku nie, tolonglah doakan yang terbaik ek.. InsyaAllah... Kena bersangka baik dengan Allah..

Monday, January 19

Ke Port Dickson!!

Eizzah Nur bersama Cik Ngah
(tengok senyum pun dah tau dia HAPPY)

Eizz Zikri dengan grandma tengah layan blues kat tepi pool

Kak Yi, Danial, Qusam, Qayyim dan... eh, anak aku!!

Eizzah Nur tengah happy sangat-sangat (akhirnya dapat jugak 'syujuk')

Eizzah Nur bersama Auntie Ju and Pak Tam (yg tak berapa nampak tu)

Eizz Zikri bersantai di atas katil grandma
(apa laa diorang tuh pegi main panas.. Dalam bilik grandma nie lagi best...)
kata beliau...

Aku dah lambat memblogkan aktiviti ini, sebab Ngah guna one whole night. Bukan main suka dia sebab pokcik Husen nya menang Juara Lagu... Huhu~

Gi PD kali nie more to make Eizzah Nur happy, because she LOVES playing in the pool.. She calls all kind of watery places as 'Syujuk' (her pelat saying of 'sejuk', maybe).. We promised her to go 'syujuk' on Saturday. Late that night, she woke up suddenly from her sleep, started crying and said to me (since her Auntie Ju slept already) "Tak pergi 'syujuk' pun...".. Jenuh gak memujuk, even atuk join gak pujuk cucu kesayangannya itu. We told her that we'll go to 'syujuk' tomorrow (on Sunday).

Nak jadi ceritanya, Ummi ada program kat Pusat Latihan RISDA (RISTEC) di PD. It's not a hotel, but they have swimming pool there. So, apa lagi, wedding planner, eh salah, event planner (Kak Yi) pun buat planning,konfem dengan Ummi, konfem dgn Ngah and Matt, and off we go!! Rombongan Che Kiah yang pergi ke PD terdiri daripada Grandma, aku, Ngah, Yi, Qusam, Qayyim, Danial, Eizzah Nur, Eizz Zikri dan Kak Emi kawan Ngah. Atuk taknak ikut, katanya nak rest. Za'im plak terpaksa tinggal sebab.. ntah, aku pon tak pasti apa sebabnya.

Siapa kata aku tak bawak Zikri?? Salah hipotesis korang tuh... Zikri mana boleh tinggal, sebab dia kan fully breastfeeding. Tapi dia baik sgt, tak wat hal pun.. Tidur je.. Maklumlah, bilik grandmanya sejukkkkk...

Gambar-gambar nie aku pow je dari Ngah sebab dia dah siap save dlm PC, and ada yang dia dah edit. Gambar dalam kameraku masih lagi di dalam kameraku, belum lagi berniat nak buat anjakan paradigma,haha~ Mekasih Ngah, jasamu dikenang :P


Saturday, January 17

Jaundice??

Tadi petang, selepas ummi dan ayah balik dari kenduri kahwin di Dewan Gemalasari.. Kitorang pun pergi bawak Eizz Zikri ke Poliklinik Samsiah di Bandar Baru Bangi.. Kakak Eizzah Nur pun ikut sekali.. Dia bersiap lagi awal dari kitorang. Bila dia nampak aje nema (bahasa pelat dia untuk grandma) dah bertudung, dan atuknya dah pegang kunci kereta, terus dia bangun dan berlari ke pintu rumah.. Haha~ Dia tau aje itu tandanya orang nak pergi jalan-jalan..

Niat di hati nak tunjukkan skin Zikri yang banyak rashes, especially kat area dahi dan leher. Sampai aje kat Klinik Samsiah, takde pesakit lain langsung yang menunggu, so kitorang pun dengan segeranya dapat giliran masuk jumpa doktor.. Masuk-masuk je, terus dia bagitau Zikri macam ada kuning (??). Nampak ketara pada bahagian matanya.. So aku dengan grandma pun macam agak-agak konfius, sebab kitorang nampak tak ada pun kuning yang dikatakan doktor tu..Ummi asked for the doctor's suggestion, dia kata dia boleh ambil darah untuk confirmation, tapi tetap kena hantar ke tempat lain untuk lab test. So, dia syorkan kitorang terus ke Hospital Pakar An-Nur di Bandar Baru Bangi tu jugak untuk ambik darah dan sekali dengan lab test. Dia bagi sekali reference letter untuk kitorang bawa pergi ke Hospital An-Nur.

Grandma biasa laa, dah mula gabra.. Aku pun naik cuak gaks, sebab Eizz Zikri dah sebulan lebih (38 days to be exact). Takkan laa masih ada kuningnya. Tapi, tak nak mengambil risiko, kitorang pun terus ke Hospital An-Nur. Masuk-masuk aje, orang ramai..Tapi tak sampai 10 minit lepas mendaftar, nama Zikri dah pun dipanggil. Masuk-masuk aje, doktor memang tengah pegang reference letter, tapi dia macam musykil sebab katanya dia tak nampak pun ada kuning pada Zikri... Lagi laa aku dan ummi double cuak... Ahaks. So, untuk menyenangkan hati kitorang, dan doktor tu pun memang cadangkan agar darah Zikri diambil dan dibuat lab test. Aku dan ummi pun naik nervous sebab bab-bab ambil darah nie, memang kitorang surrender...

Doktor kata tak apa, tak payah tengok, so kitorang pun just pusing-pusing dalam bilik doktor tu je. Tapi bila jarum ditusuk ke tangan kiri Zikri, tangisannya bukan main kuat dan mendayu-dayu.. Sedih laa plak. Aku tak puas hati, so aku beranikan diri pegang tangan kanannya sambil pujuk-pujuk dia, usap-usap kepala dia. Dahlah Zikri nie manja, makin kuat plak dia menangis bila aku pegang tangan dia... Hehe.. anak mama nie... Lepas tunggu dalam 15 more minutes, doktor pun memberitahu yang bacaan TSB Zikri cuma 9.4mg. Aku tanya laa doktor tu, bacaan normal berapa, katanya less than 12mg is considered as normal. Alhamdulillah, lega hati aku dan ummi...
Later, ayah bagitau masa Eizzah Nur dengar adiknya menangis kat dalam bilik doktor, dia sibuk ajak atuknya masuk nak tengok baby (she still refers to Zikri as Baby). Sayang dia pada adiknya... Terima kasih diucapkan kepada doktor kat Poliklinik Samsiah di atas keprihatinan beliau, dan juga preskripsi ubat untuk Eizz Zikri Harris bagi masalah kulitnya. Tak lupa juga terima kasih kepada Doktor Abdul Qahhar di Hospital Pakar An-Nur..

Bila dah konfem tak de kuning,barulah senang hati kami...Aku pun dapat balik ke Kota Tinggi dengan happy..

Saturday, January 10

Imbas Kembali versi 2


Kebetulan pulak hari ini Zikri genap sebulan.. So, nak gak cerita tentang kelahiran Zikri.. Zikri lahir awal 11 hari dari EDD..
"Setiap anak tak sama gayanya", kata sorang kakak yang aku jumpa masa tengah tunggu giliran nak buat pregnancy check-up. Memang betul, kali ini, aku ada sedikit masalah. Paling ketara, lepas raya puasa... Aku tetiba dikesan ada kencing manis.. Fuh, gabra aku dibuatnya. Maka bermulalah rutin check-up ku yang agak strict.. Asyik ambik darah jer.. "Itulah, siapa suruh makan kuih raya banyak sangat", kata Dr. Rahayu,KKIA Kota Tinggi. Haha~, aku suka doktor nie, sempoi... Semua nurse kat KKIA Kota pun best gaks.. I like (sebut macam King Julien dalam katun Madagascar)

Masa mengandung Eizzah dulu, aku suka western food such as spaghetti bolognaise, Pizza Hut tu hampir setiap minggu aku ajak suami aku pegi, chicken chop kat SDS.. Tapi kali nie, aku lagi prefer nasi goreng ikan masin yang suamiku goreng sendiri (sedap, wa cakap lu).. Nasi goreng biasa kat MZ, nasi putih lauk ikan keli kat kedai ayah anak muridku (Julida Riani Amzil) dan yang sewaktu dengannya.. Selera Melayu gitu...

Kali ini, aku ada tempah 'bibik'.. Haha~ sorry Kak Yi.. Aku ajak adik aku yang tengah tunggu result final kat UPM datang teman aku masa aku menunggu hari. Dekat sebulan gaks dia teman aku. Masa Hari Raya Aidiladha, kitorang sempat pergi kenduri korban kat Sedili, rumah Cik Wan. Aku makan Rendang Pahang siap bertambah, sedap!! Then esoknya 9 Disember (wedding anniversary yang ke-3), aku ikut suamiku ke cawangan officenya kat Danga Bay. Siap bawak pegi jalan-jalan kat Angsana, makan ice-cream lagi...

Masa aku bangun pagi 10 Disember 2008, perutku terasa sakit. So, aku ingatkan sakit perut nak 'melabur', aku 'melabur' je laa.. Tapi sepanjang hari pulak aku sakit perut.. So sepanjang hari laa aku berulang alik ke toilet, tanpa sedikit pun aku meneka yang aku dah nak bersalin. Macam yang dulu jugak, tak ada tanda langsung.. Makin petang, makin aku sakit.. Pukul 7 petang aku dah kena puasa, sebab aku kena check darah pukul 9 malam..

Sakit datang makin kerap. Aku dah tak senang duduk, so aku minta dengan suamiku untuk makan kat luar hari nie sebab aku dah tak larat nak masak. So, kitorang pergi KKIA ingatkan nak check darah, tengok2 KKIA gelap je takde orang. Malas nak cakap banyak, pergi pasaraya Kini beli barang-barang then singgah kat salah satu gerai makan dekat2 Pasaraya Kini tu jugak. Aku tunggu dalam kereta je, tak selera nak makan sebab aku rasa makin sakit. Suamiku decide untuk bungkus je makanan and terus bawak aku ke hospital.

Sampai Hospital Kota Tinggi, aku terus je wat check-up and guess what? Jalan dah terbuka 8 cm! Still tak ada tanda pun. Aku terus dibawa ke dalam labour room pada pukul 10.30 dan tepat jam 11.16 malam Eizz Zikri Harris pun dilahirkan.. Alhamdulillah, Allah tetap permudahkan proses kelahirannya.. Dan kini Eizzah Nur Harris telah bergelar kakak~ Walaupun bukan dilahirkan pada Hari Raya Aidiladha, pada 12 Zulhijjah, Hari Tasyrik tu... Raya ke-3.. Haha~

And, lagi cantik lagi, genap 3 tahun dulu, 10 Disember adalah hari majlis resepsi kitorang di Negeri Sembilan. Makin bermakna laa tarikh tu dengan kelahiran baby boy ku..

"Alhamdulillah, terima kasih Allah di atas kurniaanMu terhadap
hambaMu ini. Kami bersyukur di atas rezeki yang Engkau berikan, iaitu zuriat
kami ini. Ampunilah kami, redhailah kehidupan kami, sinarilah jalan hidup kami
agar sentiasa berada dalam syafaatMu ya Allah. Jadikanlah kami hambaMu yang soleh
dan solehah. Semoga kami adalah khalifahMu yang tetap berada di jalanMu, dan
bukan yang berpaling dariMu ya Allah. Amin ya Rabbal Alamin"

Thursday, January 8

Imbas kembali...

Anak abah dan mama, Eizzah Nur Harris, semoga menjadi
anak yang solehah, InsyaAllah..

Ingatkan nak imbas kembali saat-saat baru jadi berdua (Berdua lebih baik laa katakan).. Tapi rasanya gambar kahwin tinggal kat rumah Kota Tinggi,so KIV je laa dulu.

Nak flashback kenangan indah ketika Eizzah Nur Harris dilahirkan dulu.. Aku berulang jauh hari-hari pergi mengajar. Aku mengajar di Mersing (SMK Tenggaroh A) tapi aku stay kat Kota Tinggi. So 5 kali seminggu (belum kira hari yang ada ko kurikulum lagi tuh) aku akan berulang alik sejauh lebih kurang 120km pergi dan balik.. Tapi aku enjoy, tak rasa letih pun... Dan syukur Alhamdulillah during my pregnancy aku tak ada apa-apa masalah. Sampai kandunganku berusia 38 weeks, aku masih berulang lagi.. EDD aku yang sepatutnya adalah pada 18 November 2006..

Then, on 7th November 2006. Aku ready nak pergi sekolah.. Biasanya sebelum ke sekolah aku akan singgah office suamiku dulu and minum pagi dengan dia (aku ngajor petang yek... Jgn nak tuduh aku ponteng plak!) Tapi pagi tu aku rasa tak best.. Bukan sakit or ada 'tanda', just perasaan aku rasa tak best. So, aku singgah je laa kat Wad Bersalin Hospital Kota Tinggi. Nurse check, dah bukak 2cm, so aku ditahan.. Bukan dalam lokap, tapi dalam wad... Punyalah relax aku duduk dalam tu, selesa, nurse pun baik-baik, tak rasa sakit... Cuma boring je laa...

Ummi (my beloved mother) call kerap jugak.. Maklumlah cucu pertama.. Ummi nasihatkan aku banyak selawat, tasbih dan tahmid.. Aku pun cuak gak sebenarnya.. Aku duduk Wad Kelas 2 (sebab takde Wad Kelas 1), sebilik 4 katil.. Tapi bayangkan aku duduk sorang je malam tuh.. Macam kat wad hospital swasta gak.. So, buat apa aku menghabiskan duit pegi swasta sedangkan aku ada keistimewaan sbg pegawai kerajaan.. Kosnya pun, dah banyak save.. Dari sudut layanan pun, aku rasa tak ada yang kurang..Ataupun memang rezeki aku agaknya..

Then pada 8 November 2006, aku ada rasa sakit jugak sikit-sikit. Nurse datang check tapi aku tak diberitahu apa-apa pun, so aku pun pepandai je budget kononnya lambat lagi laa.. Then dalam pukul 11, doktor check, katanya dah bukak 5 cm - aku still tak rasa sakit dan still tak ada tanda. So doktor pecahkan air ketuban, masa nie baru rasa sakit tu datang tapi tak sakit sangat pun.. Nurse pun call suamiku masuk labour room.. Dan tepat pukul 12.01 (tengahari, diulangi tengahari) dengan 2 kali teran (hehe~), Eizzah Nur Harris, our darling princess selamat dilahirkan.. Awal 10 hari dari EDD.. Alhamdulillah... Thanks abang for your support masa dalam labour room tuh..


Esoknya, aku pun dibenarkan pulang ke rumah... Alhamdulillah, Allah permudahkan aku.. Yey~ kami menjadi abah dan mama jugak akhirnya...

Wednesday, January 7

Busy, busy...

Hari nie dapat banyak call
Dari Hawa, Penolong SU SPM
(Penolongku laa tuh)
Kesian dia.. ada urusan yang perlu dibuat
Berkait dengan ko-kurikulum
Mesti dia gabra...
Last-last cikgu Farzeli pulak call
Minta tolong email senarai nama
Calon SPM last year
Nasib baik penolongku OK
Kesian kat Hawa
Sabar je la dik
Nanti bulan 2 akak ada
Yeehaa~

Makcikku (Puan Halijah Idris)
Bagitau kata urusan pendaftaran online
Untuk SPM mula bulan 2
So sempatlah aku kembali bertugas
Takdelah menyusahkan Hawa lagi
Tapi seriously said
Walaupun aku cuti
Tapi aku tak puas hati
Selagi ada benda tak settle
Sebab aku rasa masih macam tanggungjawab aku

Sebab tu aku kurang suka
Bercuti pada waktu persekolahan
Tapi ramai yang anggap rugi kalau
Cuti bersalin serentak dengan cuti sekolah
Tapi bagi aku, aku tak rasa macam tu
Aku rasa macam ada perkara tak selesai
Selagi aku tak start kerja balik
Itulah... Ramai orang anggap kerja cikgu nie senang
Kalau korang tak ceburi sendiri
Tak payahlah nak buat hipotesis mengarut tu
Kalau niat nak jadi cikgu sebab
"nak senang,cuti banyak, bla bla bla"
Forget it!!
Kena ikhlas, baru tak rasa tertekan
Bukannya kerjaya cikgu dijadikan pilihan
(Last choice plak tuh)
Sebab kerja lain taknak kat korang
Itu yang ramai tak bersungguh jadi cikgu
Lalu seluruh kerjaya cikgu diperkotak katikkan
"Disebabkan nila setitik,
rosak susu sebelanga"
Aku BENCI orang macam tuh

Tuesday, January 6

Rindu laa plaks...

Di tengah malam-malam buta nie, rindu laa plaks dekat suami tercinta yang kena tinggal sekejap kat Kota Tinggi sepanjang berpantang nie. Apa laa yang dia buat sorang-sorang kat sana,ek?? Masa first time kena tinggal dulu, (masa dalam pantang melahirkan Eizzah), dia baaanyakkkk kerja sebab masa tu banjir besar melanda Johor. Termasuk laa rumah sewa kitorang (masa tu menyewa lagi). Tak tinggi mana pun air masa tu, setakat habis tingkat bawah ajer.

Sekarang nie mesti dia boring sorang-sorang kat rumah. Takde member nak diajak "jom dik" (istilah yang diguna pakai oleh Eizzah yang bermaksud nak pegi jalan-jalan), takde member nak mengajak dan diajak bertekak (aku la tuh). Zikri is still quite new in our life, maybe lepas nie dia jadi member abah dia jogging or main basketball kot...

Sekejap je masa berlalu, Zikri dah nak masuk sebulan. Memang betul kata ayah, boys kuat menyusu. Alhamdulillah, setakat nie cukup untuk dia fully breastfeeding. Niat di hati nak jadikan macam Eizzah, almost 2 tahun jugak dapat menyusu badan. Memang ada hikmahnya kita diseru menyusukan anak dengan susu badan. Yelah, menyusu dgn orang dan menyusu dgn lembu (oops...), memang la tak sama...

Apa kata kita tidur dulu... Nanti baru nak tidur, Zikri bangun laa plaks.
Gud nite!!

Monday, January 5

Sekolah dah start balik...

Hari ini 5 Januari 2009, bermulalah sesi persekolahan bagi semua negeri (kecuali Kedah, Kelantan dan Terengganu yang telah bermula pada 4 Januari 2009). Termasuklah adik-adikku yang 3 orang tuh...



Qusam : dah masuk Form 3... Study hard, tahun nie nak PMR..

Qayyim : special one, sebab first day masuk Form 1....

Danial Danish : dah masuk Darjah 5 dah... masa ngko lahir, kak Yong baru Form 5...




Kepada kawan-kawanku seperjuanganku di seluruh Malaysia, selamat menjalankan tanggungjawab anda sebagai pendidik... Walaupun budak-budak sekarang memang susah nak diajar, dan tahap ke'kurang ajar'an mereka agak tinggi berbanding zaman kita dulu-dulu, tabahkanlah hati. Niat kita hanyalah nak mendidik agar mereka menjadi orang yang berguna. Tapi kalau diorang rasa diorang bagus sangat sampai tak boleh nak ditegur, biarlah... Doakan ajelah agar dibukakan pintu hati mereka untuk memahami niat kita sebenarnya...




Kepada anak-anak muridku, especially di SMK Laksamana, Kota Tinggi... Insaflah. Jangan main-main lagik... Especially yang dah masuk Form 5 tuh. Tahun nie tahun penentu. Nak merempit, nak shuffle, nak ponteng sekolah, ponteng kelas, kuat pegi tandas, tak bawak buku, malas buat kerja rumah, asyik nak berbual je dalam kelas.... Hentikanlah. Kalau korang nak berjaya, korang sendiri yang kena berusaha. Cikgu-cikgu hanya membantu setakat yang terdaya. Kesedaran datang dari diri korang sendiri sebenarnya...


Huahuahua~
Banyak plak meluahkan perasaan...
Inilah luahan hati seorang guru yang sentiasa mengharapkan kejayaan anak didiknya...
Kalau anak-anak didiknya berjaya, gurulah orang yang paling gembira..
Semoga kejayaan menjadi milik kita semua..


Be The Best !!


Qayyim first day menjadi pelajar sekolah menengah,
bersama anak sedara kesayangan Eizzah Nur Harris
(apsal tak nampak badge yg aku jahit tu ek?? hehe)