Tuesday, April 13

Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? Benarkah? (ulang sampai kamu bosan)

Pernah dengar "Monday Morning Blues'?

Tidak pernah??

Sama ada kamu kamu memang tidak memulakan minggu bekerja kamu dengan hari Isnin (khas untuk mereka yang menetap di Kedah, Kelantan dan Terengganu)..

Atau..

Kamu memang tidak memiliki pengetahuan kerana kurang membaca. Kamu tak tahukah membaca itu meningkatkan pengetahuan?? Jika tidak, masakan Pendekar Mustar Pinang Sebatang mengarahkan Pendekar Bujang Lapuk pergi ke sekolah? Lihat, mahu belajar silat juga perlu sekolah, inikan pula kalau mahu menjadi angkasawan...

Pergilah ke sekolah... Walaupun pelajar di sekolah itu mengeja "Alif... Ya... Mim...., Buaya!.."
Atau belajar tidak tutup mulut, sehingga gurunya menyound (sila Google perkataan ini) pelajar itu untuk menutup mulutnya kerana dikhuatiri dimasuki lalat.

Itulah belajar namanya...

Jika kamu bangun pagi pada hari Isnin, biasanya kamu akan merasa sedikit malas, lemah-lemah badan, dan tidak bermaya. Tetapi jika kamu itu memang zahiriah, lahiriah dan harfiahnya PEMALAS, kamu bangunlah hari apa sekalipun, sama sahaja perasaannya..

Secara saintifiknya, jam semulajadi dalam badan kamu (biological clock) beroperasi lebih daripada 24 jam sehari. Jadi, setiap kali munculnya Isnin, secara sedar, tidak sedar, kurang sedar, tak sedar-sedar dan semua yang sama waktu dengannya, tubuh kita telah mengalami kondisi kurang tidur (sleep deficit) sekurang-kurangnya satu jam. Seronoknya dapat bangun lewat pada hujung minggu, dan bila minda kamu sedar yang kamu bakal menghadapi satu lagi minggu untuk bekerja atau bersekolah atau berkuliah... Dah sah-sah tubuh kamu akan memberi tindakbalas lemah longlai, lemah gemalai...

"Fiiuuuu..... Lepukk....!!"
(Sound effect bunyi handphone ber'alarm' yang telah di'snooze' berkali-kali dibaling oleh adik kamu ke kepala kamu. Tepat pula sasaran beliau walaupun mata beliau sedang pejam..)

Sudah-sudahlah tu, pergilah bangun.... Apabila kamu semakin bermalas-malasan di katil, di dalam keadaan sejuk berhawa dingin, serta di bawah comforter tebal dan enak, kamu akan semakin membenci pagi Isnin. Tak baik, kau. Encik Muhammad Pagi Isnin itu tidak bersalah langsung kepada kamu. Disyorkan juga kamu mandi dengan air sejuk, kerana itu dapat menghilangkan rasa mengantuk kamu itu dengan lebih pantas. Kalau kena air sejuk pun masih tidak mahu bangun-bangun juga, apa kata aku simbah kamu dengan air milo panas yang aku bancuh kaw-kaw khas untuk kamu. Mahu?? Beritahu aku. Segera. Aku mahu pergi beli Milo.

Secepat mungkin, keluarlah dan lihatlah keadaan di luar rumah kamu. Tunjukkan pada tubuh kamu bahawa memang sudah pagi, matahari sudah bersinar. Barulah 'internal clock' kamu akan me'reset' semula 'alarm'nya... Tapi, pastikan kamu sudah siap mandi dan memakai baju yang sesuai (baca : bukan HANYA tuala) sebelum keluar. Jika kamu keluar dengan muka tak mandi dan penuh bakteria di dalam mulut, aku pasti kamu akan dikejar oleh anjing-anjing liar yang menyampah dengan aroma harum-harum kelat kamu itu. Ketika itu juga, kamu akan menyesal kerana memakai telefon bimbit yang ringan dan nipis. Semasa kamu berpeluh-peluh dikejar anjing, pastinya kamu benar-benar mengharapkan telefon bimbit di dalam saku kamu adalah telefon awam. Barulah anjing itu rasa indahnya makan tanpa gigi geraham.

Tapi, aku pula tidak sanggup membayangkan kamu berbaju tidur, tidak mandi, berpeluh-peluh dan berlari dikejar anjing dengan keadaan membawa telefon awam di dalam saku pada pagi hari Isnin.

2 comments:

aizuemi said...

aku akui yg isnin mmg mbuat sistem tubuh badan aku lemau..

Yong Zahura said...

Memang ada saintifik study pun.. Terpaksa laa kita terima..