Friday, April 16

Setelah undian dibuat secara SMS atau bertulis, yang pastinya, Mawi tak menang dah!! Yeay!!

Hari-hari aku dikelilingi oleh pelajar. Kadang-kadang sabtu dan ahad juga aku dikelilingi oleh pelajar. Maklumlah, guru yang baik seperti aku, (ehem, ehem...) pstinya sentiasa diingini oleh pelajar-pelajar... Diam dowh, kau tak puas hati, diam-diam sudah...

So, boleh dikatakan tutur bicara mereka sekarang benar-benar mencabar toleransi telinga aku serta perasaan aku. Aku dibesarkan dengan ideologi bahawa bahasa kesat adalah dosa... Tengok weh, aku seorang yang baik dan anggun, okay?? Sila setuju. Jika tidak, amat wajar untuk penumbuk aku singgah di perut kamu. Walaupun kamu hanya akan merasa geli sahaja dengan tumbukan aku itu.

Jadi, bila aku dengar budak-budak zaman sekarang berbual sesama sendiri, aku pun tidak tahu bagaimanakah mereka boleh merasa bangga dengan adab sopan masing-masing. Telinga aku terasa seperti ingin menyumbat dirinya sendiri. Sesiapa yang mendengar pun merasa meluat, seperti ingin membuat kuih lepat dan memakai seluar singkat. (Ada kena mengenakah?)

Jadi hari ini, aku ingin kupas 3 perkataan kegemaran anak-anak murid aku di sekolah. Tidak mengikut ranking. Kedudukan adalah rawak.

Pertama, BODOH.

Sana sini aku dengar mesti ada perkataan bodoh.

"Cikgu suruh pergi makmal la, bodoh.."

"Wei bodoh, aku nak pakai la pensel tu.."

Macamlah yang berkata itu pandai sangat. Dia sendiri pun gagal dalam exam ****nya, sedangkan kawan yang dipanggil bodoh itu lulus juga, walaupun cukup-cukup makan...

Kedua, B**I.

Dalam banyak-banyak haiwan di dunia ini, najis mughallazah ini juga yang kamu mahu sebut. Kenapa, sudah tidak ada vocabulary lainkah? Sebab itulah apabila guru-guru meminta untuk membawa kamus, jangan MALAS! Nanti terkena virus Monday Morning Blues.

Dua huruf dan dua asterisk di bawah adalah merujuk kepada haiwan mughallazah itu. Aku tidak mahu menyebutnya secara terang-terangan. Aku takut tiba-tiba Ustaz Khir kata yang blogku ini kena disamak. Kan susah aku dibuatnya.

"Kan aku dah kata kena buat latihan tu, b**i.."

"B**i betullah, ko ambik aku punya liquid paper tu nape?"

"B**i betullah b**i ni. Sebab kaulah aku kena selesema b**i.."

Ayat terakhir direka oleh aku.

Cuba kamu berusaha keras sedikit menambahkan pengetahuan dalam nama-nama haiwan. Apa salahnya kalau kamu gantikan dengan haiwan universal seperti itik, kambing biri-biri atau rakun. Kalau kamu mahu kelihatan hebat sedikit, gunakan platipus.

"Hoi platipus, pulang balik buku teks aku.."

Bukankah kamu kedengaran lebih macho dan cool?

Ketiga, GILA.

Aku hairan juga melihat perkataan ini diguna dengan selambanya. Semua kawan-kawannya dipanggil gila. Habis tu, adakah orang gila akan berkawan dengan orang yang tidak gila? Semestinya si pengguna perkataan ini juga berada di tahap yang sama dengan kawan-kawannya juga. Senang cerita, semua sama-sama gila.

"Wei gila, ko pijak kasut aku!!"

Itu pun nak bising. Dahlah pakai stokin pendek berwarna pink dan nampak buku lali. Dia seorang sahaja perasan dia cantik berpakaian begitu. Padahal hodoh gila (kan, dengan aku sekali TERguna perkataan tu), dan kelihatan seperti orang yang kurang pelajaran. Memang pun, sebab aku rasa dia memang duduk di kelas kedua terakhir. Kesian dia...

"Jomlah woi!! Diorang tengah gaduh tu, gila!!"

Ayat penyibuk budak yang tak terlibat tapi sengaja nak jadi batu api bila ada orang bergaduh.

"Kesian, pakcik ni gila ye? Pakcik dah makan?"

Ayat terakhir seseorang sebelum dikejar dengan orang kurang waras (yang betul punya) tidak berbaju, berperut buncit dan berseluar steng di hadapan pejabat pos di sebuah daerah di negeri Johor.

No, seseorang itu bukan aku.

Bukan aku la, gila!!

Fitnah dowh...

4 comments:

aitotyati said...

salam yong,

ok aku gelak guling-guling dowh, gila!!


opss


cabuttttttt.... :P

::alifdalmim:: said...

ermmm..budak sekolah rendah pun sama jer..cuma ranking adalah berbeza dan rawak..

~rhinoceros betul bdk2 skrg nih..

Yong Zahura said...

Tot : Ahaha~~ siot la ko... Tapi kan, ko sebagai cikgu, betul tak cakap aku? Budak2 sekarang perlu disamak mulutnya...

Ustaz Ayie : ayie, wat la entry ttg favourite word bdk2 skolah rendah plak... tringin nak tau... (rhinoceros?? cool, bebeh!!)

aizuemi said...

fav quotes aku n d geng dulu ..

1. BUDIKS.. nk sebut BODOH cam kuang ajaq sgt.. tp maknanya sama ar..~

2. BAPEK.. nk sebut BABI tp cam kuang ajaq gaks..

kira masih supan santun la kitorg d zaman dulu~ ehhehehehehe~