Thursday, October 27

Kalau pergi Econsave, mesti nak kena beli apa-apa... Apsal eh?

Dua tiga menjak nie, aku tension setiap kali aku on laptop aku. Lambat sangat. Mula la aku memikirkan ada virus la, hard disk kecik la, RAM ciput la, lama tak defrag la... Pastu aku pun terfikir, apa kata aku check balik sume disk drives dalam laptop aku. Apa-apa yang aku rasa tak perlu lagi, aku delete... Tentu sedikit sebanyak menyumbang kepada pengurangan tekanan kepada lappyku jugak, kan? Haha, hipotesis orang tak tau apa kebenda tentang lappy....

Banyak jugak la yang aku operate lappy pagi tadi. Delete sana, delete sini, kosongkan Recycle Bin, yang penting, aku berkorban membuang game Counter Strike aku. Besar woo size file dia! Patutlah setiap kali main, mesti nak gak 'hang' sikit-sikit. Elok dah habis hanging, aku pun dah mati kena tembak. Kuang hasamm.. Len kali jelah aku download balik... Tunggu aku gemukkan dulu saiz hard disk aku.

Habis drive C, aku bergerak ke drive D. Kat sini takde mende pun yang aku delete.. Tapi, aku terjumpa gambar kenangan lama-lama masa budak-budak nie kecik-kecik. Hehe.. Comel la masa kecik.. Cuba sekarang? Comel jugak, tapi mak dia pun jadi otromen jugak laa nak bagi sama comel dengan diorang.. Hua hua hua... Next entry aku letak gambar diorang... Banyak~~~

Pastu disebabkan aku leka cuci lappy, aku tak perasan jam dah pukul 10.45 pagi. Alamak!! Nak ambik kakak! Dahlah budak Zikri tu belum bangun lagi.. Cepat-cepat aku kejutkan dia, terus mandikan, siapkan laju-laju, lepas tu berdesup bawak kereta pergi ambik Eizzah. Hari ni, Aina dengan Izzati (anak-anak jagaan pengasuh aku) pun tumpang sekali untuk dibawa balik ke rumah ibu diorang.

Lepas dah makan nasi (diorang, bukan aku. Kali nie aku sempat masak breakfast - dinner semalam yang direheat. Muah ha ha ha), terus pergi Econsave. Nak tukar tudung kakak yang aku beli semalam. Kecik laa pulak. Huh, konon-konon nak tukar tudung laa sangat. Melayan budak-budak nie, sahih la ada sesi beli membeli sekali.....

Hasil shopping-an aku, tapi kecil-kecilan je laa... Dua cawan air dari Green Apple, waffle dan jagung cawan. Zikri nampak aku nak amek gambar je, trus dia wat aksi tidur. Hampehh~

Aku ready je dengan kamera aku. Dia intai je, aku pun snap. Muah ha ha ha... Misi berjaya..

Satu cawan air telah berjaya dicucuk straw-nya. Sebab itu diorang punya. Aku punya blom lagi... Ehehe... Waffle tu aku beli chocolate-butter. Aku snap plastik je tu. Isinya aku dah makan dalam kereta lagi.. Kikikii~


Tu air bebudak nie. Blueberry ice blend tambah pearl. Haha, sila meleleh air liur ye adik-adik aku kat Serdang sana....

Ni aku punya. Green apple milk tea takde pearl. Aku terpaksa tukar opsyen, sebab perasa chocolate kat kedai tu dah abess.... Ni pun okay apa, sedap sangat-sangat!

Ni laa rupanya jagung cawan tu. Tapi dah takde cawannya. Sebab aku dah jatuhkan bungkusan jagung nie masa aku loading barang keluar dari kereta. Berkecai kau, cawan dia. Tapi nasib baik aku ikat plastik tu kemas-kemas, so jagung dia berselerak dalam plastik tu je la... Tuang je terus masuk mangkuk. Jadi la jagung mangkukk.. Ehehe...


Sesi Zikri menyedut air.. Lepas tu lari-lari pergi tengok TV...

Kakak pulak menyedut. Lepas tu, lari tengok TV jugak...

Tengok, punyalah bersungguh-sungguh tengok TV. Sampai aku snap gambar pun tak perasan, menganga je mulut masing-masing....

Ha kau, tengok la cerita apa dia layan. Cerita Dragon Ball... Masa si Yamcha berbual dengan Guru Roshi sebelum naik pentas untuk final. Final apa? Yang pasti, bukan final Maharaja Lawak ye?

Ha, dah naik pentas. Pengacara tengah introduce finalis. Guru Roshi dengan Goku. Agak-agak siapa menang? Kipas-susah-mati Dragon Ball sahih dah tau dah ending perlawanan nie punya~~

Nie masa lagu ending kartun. Menari-nari Eizzah sambil ikut nyanyi sama lagu nie. Aku pun ikut nyanyi gak.. Lepas snap, baru aku perasan Eizzah tak pakai kain. Kikikii... Rupanya sampai je rumah, dia terus bukak kain baju kurung dia. Rimas agaknya...

Sekian dahulu entry malam ini. Ada kartun Conan laa plak. Faveret aku tu... Muah ha ha ha~~

No comments: