Tuesday, October 25

Kesian wallet aku menangis... Huhu~


Hari nak buat picture blogging, bole tak? Sebab hari ni first time merasmikan kamera. So, teruja sket. Kita mulakan ya, ibu ibu bapak bapak adik adik abang abang! Hehe..

Tengok, dah pukul berapa sekarang? Nak ambik kakak pukul 11. Aku bangun je dah terus ready tengok TV, basuh pinggan, kemas ruang tamu, mandi, gosok gigi, cuci muka.... Dah macam lagu zaman-zaman tadika pulok doh.. Eh, mana pulak Zikri ni?

Tengok, bukan main lagi dia tidur. Lena sungguh.


Ewah ewah. Melintang atas katil aku pulak tu. Entah bila dia lari masuk bilik aku entah. Masa aku bangun Subuh, belum ada lagi. Huhu..

Tengok, tak pasal-pasal ni aje breakfast aku hari ni. Sebab kononnya aku nak ke Kipmart pagi-pagi, beli barang nak masak. Bolehlah masak breakfast dan juga lunch dulu sebelum ambik kakak. Hmph, harapann je la....


Ni dia... Muka budak bangun lambat. Pukul 10.30 baru bangun. Tu pun boleh buat muka selenga sambil tengok TV walaupun mulut mama dia dah riuh suruh mandi takut lambat ambik kakak dari school.



Lepas ambik kakak, hantar pegi rumah ibu (pengasuh) untuk mengaji. Balik mengaji, sempat lagi main. Siap ada lagu "Hamburger, hamburger... bla bla bla..." Elok ibu dia nak suap makan nasi, Zikri pun mengamuk "Nak balikkkkkk.....". Cepat-cepat ibu dia packing nasi, lauk kari ikan dengan air masak sebotol, sebab lepas tu aku tak terus balik rumah.


Emm, sedapnya lauk kari ikan. Dapat gak aku merasa sikit. Walaupun Eizzah banyak meratah lauk. Zikri banyak makan nasi putih. Pedas katanya. Walhal kakak dia makan rilek je.


Ni la sebabnya aku tak balik rumah terus. Gara-gara budak-budak ni tumpahkan mushroom soup dalam kereta semalam. Aku ingatkan diorang habiskan, rupanya memang habis pun... Habis tumpah dalam kereta. Pagi tadi bukak kereta bau dah masam giler.. Stress! Bawak je la pergi kedai. Tunggu esok karang, bau apa pulak la yang keluar.



Haa, nampak tak? Macam terpegun gitu. Agak-agak korang, apakah pemandangan yang berjaya membuatkan budak ini duduk diam-diam tengok kereta aku dibasuh tanpa berlari-lari di sekitar tempat mencuci kereta itu?


Even Eizzah pun terdiam tengok situasi yang sama. Macam hairan pun ada. Nampak sangat aku ni tak pernah bawak diorang pergi tempat cuci kereta, sebab suami aku cuci kereta sendiri (kadang-kadang je. Banyaknya aku tak pernah basuh kereta sampai berbulan-bulan. Muahhahaha.)

Tadaa! Inilah pemandangan yang memegunkan diorang tu. Lepas tu, dua-dua bising-bising nak bagitau aku "Mama, kereta pakai syampu mama".. "Mama, kereta tu pandai sabun macam kita masa mandi eh, mama?" Pening mak dia yang tengah makan nasi ni menjawab. Haha, padahal nasi tu untuk diorang. Dah diorang tanak makan, aku la yang makan.


Dah nak siap dah mencuci di bahagian luaran.


Time to vacuum di bahagian dalaman. Masa ni dia lambakkan semua kasut-kasut yang ada dalam kereta tu kat luar. Kasut aku ada sepasang, Eizzah 2 pasang, Zikri 4 pasang. Eh, kereta siapa ni? Apsal kasut aku paling sikit?


Lepas cuci kereta, disebabkan diorang behave (padahal takut nak main lari-lari sebab orang cuci kereta tu berjambang bagai), aku belanja la diorang membeli-belah di Pustaka Buku Kota. Bukan main lagi shopping, pilih barang macam orang dah ada gaji. Yang ada gaji ni tak beli apa-apa pun... Huhu~

Eceh, tengah bincang la konon nak beli apa.. Wallet aku dah seram sejuk dah dalam handbag aku ni ha... Dah laa aku belum mintak 'ubat demam' dari suami aku untuk bagi wallet aku ni makan.

"Dik, dah pilih ke?"
"Em, dah..."
"Jomlah, nanti lama-lama, wallet mama nangis pulak"
Huhu.. Perli aku la tu...


Ini saya punya.. Disebabkan saya dah sekolah, saya tak boleh beli mainan lagi. Saya dapat pemadam Princess dengan pensel Princess je la... Padahal sekolah tinggal lagi sebulan je pun...


Ni saya punya jam tangan Ben 10. Bolehlah saya perasan jadi Ben 10 lepas ni, walaupun saya nak pergi toilet sorang-sorang pun saya takut lagi....

Hensem tak saya? Jam saya lagi besar dari lengan saya. Apa kess??

Muka happy orang yang berjaya meng-separuh kosong-kan wallet mamanya.. Haha!

Abah balik je kerja, sibuk suruh pakaikan jam Ben 10. Padahal dari tadi pandai je pakai sendiri. Siap order suruh beli bateri, sebab sepatutnya jam ni boleh bernyala dan berbunyi. Aku dah malas nak layan dah.


Ini rupa jamnya selepas dipasang aksesori alien kat atas tu.

Walao.. Rupanya kat dalam tu dah ada bateri. Hehe.. Sungguh aku tidak mempedulikan apa-apa. Bila tekan je, keluar lampu kaler hijau siap dengan bunyi sekali. Macam lagu tema Ben 10 je...


Nampak tak betapa bangganya saya sebab mendapat jam yang sungguh hebat ini? Lepas tu, terus keluar ayat "Mama, saya nak pergi toilet. Siapa nak teman saya. Jomlah teman saya nak pergi toilet.." Nyampah. Ben 10 la sangat :D


Kakak yang sporting tak mengendahkan langsung mainan adiknya. Sebab dia dah ada mainan baru. Handphone aku. Bila ntah dia pandai main game dalam handphone tu. Huhu...

6 comments:

zUeNayRaH said...

rindu ngn izzah n zikrie..
:)

Yong Zahura said...

Datang laa umah :)

aizuemi said...

sabar je a.. ntah pape bdk 2 org nih..

zUeNayRaH said...

haha..Insya-Allah.. :)

::alifdalmim:: said...

kak ngah, bukan sabar je dgn budak 2 org nih...sabar je la dgn mak budak nih...mesti paksa si Eizzah ngn zikri posing2..."cpt..tengok cni..mama nk ambil gambar guna kamera baru mama nih.." hahaha

Yong Zahura said...

Hahaha!! Kamera tu dah lama, hadiah budak bagi masa hari guru.. Tapi kak yong punya laa sayang nak guna. Kuikuikui~