Monday, October 24

Sesekali Merasa Jadi Suri Rumah (takde) Tangga...

Wallaweh... Dah lama tak update blog nie, dah tak tau apa nak menulis dah.

Tapi hari nie, entah macam mana aku boleh ada plan best pulak. Lepas tu kelam-kabut pulak plan-nya. keh keh keh...

Okay, aku cuti seminggu sempena Deepavali. Campur tolak bahagi, dalam 9 hari jugak la aku cuti. So hari ini Isnin. Aku yang biasa sekolah Isnin, cuti la pulak. Konon-konon dah plan dengan diri sendiri la ni, nak bangun lambat. Lepas bangun Subuh, aku baring-baring sambil buat-buat tidur. Aku pun tengok la suami aku siapkan Eizzah Nur pergi sekolah. Selama nie tu memang tugas dia pun. Baik pulak dia hari ni, tak nangis bila kena kejut dengan suami aku.

Lepas tu, bila suami aku dah nak pergi, salam cium tangan, cium Eizzah sekali, aku pun berhooray la dalam hati, konon dapat sambung tidur lagi. Nak hooray kuat-kuat takut suami aku sound baekk punya pulak. Kang dia kata aku pemalas, yang merajuk aku jugak. Muah ha ha ha...

Tapi padan muka aku, tak boleh tidur pun. Mungkin jam Biologi badan aku nie dah terbiasa dengan bangun pagi. So aku pun memaksa diri aku untuk bangun (wu wuu). Ingat nak pergi dapur bancuh Milo, makan ubat yang 4 jenis tu dan buat roti celup telur. Biasa-biasa breakfast kat kantin, dah sekolah cuti, apa kejadahnya nak pergi kantin sekolah aku pulak, ye dakk?

On the way ke dapur, baru laa aku perasan stor rumah aku.. Ya Allah, bersepah giler! Semua mainan ditambun dekat atas lantai je.. Sampai aku nak jalan masuk ke dalam bilik tu pun tak boleh. Nak tutup pintu pun tak boleh! Bertuah betul.. Selama ni aku cuma jerit je suruh diorang hantar mainan masuk stor. Aku lupa plak nak observe macam mana rupanya diorang letak mainan.. Lantak kome le kononnya.. Dah tak pasal-pasal dengan aku-aku sekali dilantaknya..

So, pagi-pagi hari lagi aku dah mengemas stor, sapu ruang tamu, kemas dapur. Dah kuat sikit tubuh aku nie. Tapi mabuk-mabuk masih maintain, cuma simptomnya di malam hari je. Siang aku okay. Gagah perkasa... Boleh main bola macam nenek perkasa.. Haha, mau marah suami aku dengar statement perasan gaban nie.. Bau nasi pun muntah, kata beliau... Ehehe...

Pastu, elok je aku habis mengemas, Zikri pun bangun. Eh, aku lupa pulak. Rupanya semua Milo, roti telur dengan makan ubat tu aku tak buat pun. Huhu~ So, disebabkan perut dah mula main lagu dangdut acapella, aku cepat-cepat mandikan Zikri dan diri aku sekali, terus siap pergi makan kat luar. Haha, mana daya lagi aku nak masak kalau dah pukul 11.00. Kesian baby dalam perut aku.. Lapar...

Tanya Zikri, dia nak makan apa. Dia jawab je "Nak makan sup". Aku tau dah, kalau sup, sahih nak mushroom soup punya. So, kalau aku pergi Pizza, kadang-kadang dia ada buat chicken soup. Tak makan pulak anak teruna aku tu. So, aku decide untuk ke SDS je.

Sampai je, Zikri dah mula berlari-lari ke arah kolam ikan yang ada dalam kedai tu. Aku pun memang suka duduk sebelah kolam tu. Senang sikit, sebab ada daya tarikan untuk Zikri duduk diam-diam. Kalau aku duduk kat lain, dia akan sibuk nak lari ke arah kolam tu je. Susah pulak nak handle. Kebetulan tadi time untuk pekerja SDS tu bagi ikan makan. Aku tengok macam terpegun je Zikri tengok ikan makan. Hahaa, kelakar pun ada.


Ni la kolam ikannya. Siap ada air terjun mini. Aku suka. Tenang je bila makan. Kurang tenang bila Zikri cuba-cuba nak tangkap ikan. Huhu~



Ni aku dah dudukkan atas baby chair. Nak dapat adik pun tetap baby lagi. Ehehe.. Nampak aku keluar kamera je, mulalah perasan buat pose Stephen Chow. Huh~



Tengok, duduk betul-betul sebelah kolam. Jap-jap tengok ikan, jap-jap tengok ikan. Ikan-ikan tu pun macam tengok dia jugak. Kikikii...


Air sudah sampai. Chocolate milk shake. Yummy! Harga dia RM7.90 kot, tak salah...


Air sampai je, terus Zikri pow biskut Love Letter tu, ngapp! Aku paksa dia letak balik sebab nak tangkap gambar. Kah kah kah...


Tengok, dah licin dah rainbow sprinkle tu. Itu yang dia makan dulu sebelum minum airnya. Time nie aku dah sound-sound jangan habiskan air, sebab makanan belum sampai.


Muncung je tunggu makanan. Yelah, air dah jauh ke tengah meja aku letak. Letak dekat-dekat nanti konfem habis....


Masa nie dia tengah usha-usha kaunter roti tu. Elok lepas ambik gambar nie, dia pun tanya "Mama, kek ada tak mama?" Aku pun jawab "Takde, blom masak"... Haha.. Padahal aku tau dia nak kek edible bergambar kartun tu je. Nanti bukannya makan habis pun, suka dengan kartun je. Membazir.



First order, mushroom soup. Bagi aku, sup kat sini lebih pekat. Sedap sikit dari Pizza Hut. Harga aku tak ingat.


Makan dengan garlic bread ni. Bukan satu set, a la carte. Walaupun korang nampak macam hitam-hitam, tapi bila dah cicah dalam sup, pergh marvellous wa cakap lu~~


Lagi satu order, Chicken and Mushroom Spaghetti. Harga dia RM 7.50 kot tak salah aku. Banyak, aku share separuh dengan Zikri. Yang kitorang tak makan langsung cumalah carrot, broccoli dengan tomato tu je. Hehe..


Full set dah sampai. Masa untuk mengketedarah. Yang pinggan kosong ada sudu garfu kat atas tu, pinggan extra aku mintak untuk Zikri. Senang dia nak makan nanti.


Tengah-tengah makan tu, aku saja-saja la SMS teacher Qilla kat Tadika Darul Ilmu, nak tanya berapa orang budak kat tadika Eizzah. Nak plan birthday dia yang lagi dua minggu. Tup-tup teacher dia balas, "Eizzah siapa ambik kak?" Aish, bukan ke pengangkutan balik sekolah-rumah pengasuh dengan van? Aku pun tak sedap hati, terus aku call teacher Qilla. Rupanya, macam aku jugak, van dia cuti seminggu. Laa, apsal la driver van tu tak cakap dengan aku. Ish ish ish... Sup dengan air ada sikit lagi, tapi aku dah kalut sangat sebab Eizzah balik pukul 11, sekarang dah pukul 12 dah. So aku suruh je diorang bungkuskan. Aku bayar, cepat-cepat bawak Zikri pergi toilet basuh tangan, amek duit baki, terus berambus laju-laju pergi tadika Eizzah.

Lepas tu aku pergi hantar dia rumah Kak Yati pengasuh dia dulu, sebab dia ada mengaji dengan Mak Jah. Semput sekejap, tapi dapat lepak rumah Kak Yati okay laa.. Berbual-bual sambil tengok dia masak. Belajar resipi baru. Hehe..

Itulah dianya plan baekk jadi kalut. Keh keh keh...

Hmm, esok kena masak spaghetti la untuk makan tengahari. Sebab Eizzah tengok gambar-gambar nie, dia dah tak puas hati. "Nak mi kuah jugak!!", kata beliau. A'ah, dia panggil spaghetti bolognaise tu, mi kuah. Esok la ye nak? Sehari dua kali makan spaghetti, muak la pulak mama kamu nie... Huhu~


No comments: